Sunday, April 10, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 9

.
Petang itu sedang aku sibuk menyemak report yang disediakan oleh Dida, telefon bimbit ku berdering.  Aku segera mengangkat telefon bimbit yang terletak di meja sisi dan terlihat nama kak Lia tercatat di skrin.  Dengan cepat butang hijau ku tekan.
“Hallo! Kak Lia”.
“Sara, apa khabar?” suara kak Lia kedengaran sayup di hujung talian.
“Baik, kak Lia?”.
“Akak sihat,  Lia kat ofis ya?”.
“A’ah, Lia ada kat ofis.  Hari sabtu hari tu Sara balik rumah ibu.  Kak Min sefamili pun ada.  Kenapa kak Lia tak balik?” tanya ku ingin tahu.
“Oh kak Lia balik rumah mak abang Idham, kitorang tidur sana.  Ibu dengan ayah sihat?”.
“Mereka sihat, ibu ada jugak tanya pasal kak Lia.  Ibu kata dia ada cuba telefon kak Lia tapi tak dapat.  Bila senang-senang tu kak Lia telefonlah ibu, kesian dia”.
“Iyalah, nanti kejap lagi akak telefon.  Oh ya,  kak Lia  nak jumpa Sara nanti boleh tak?”.
“Eh! boleh, bila?”.
“Petang karang, lepas ofis, ok tak?”.
“Emm boleh, di mana?”.
“Akak tunggu di A&W PJ pukul 6 nanti, ya!  Tapi Sara sorang je tau.  Jangan pulak bawa Azry, akak ada hal sikit nak bagitau Sara”.
“Oklah kak, nanti kita jumpa ye”
“Bye..” ujar kak Lia mengakhiri perbualan kami.
Selepas meletakkan telefon bimbit ku di atas meja, aku tertanya-tanya pada diri ku sendiri.  Apalah yang hendak diceritakan oleh kak Lia kepada ku sehingga Azry tidak boleh ku bawa sama. Tumpuan ku pada kertas report di hadapan ku terganggu. Soalan demi soalan mulai datang menghimpit fikiran. Kak Lia tidak pernah begitu.  Selalunya jika hendak berjumpa, pasti dia akan membawa suaminya abang Idham dan bayinya yang masih kecil bersama.  Kenapa ya?  Tetapi persoalan itu tiba-tiba terganggu dengan kehadiran Dino ke bilik ku. 
“Hai, hari-hari jumpa pun rindu jugak ke?  Melamun jauh nampak, mengalahkan orang tengah bercinta” sapa Dino. 
Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulutku selain dari senyuman yang hambar yang ku pamirkan. 
“Kenapa ni Sara? Lain macam je you ni”.
“Kenapa apa? Ada-ada saja you nilah.  I tengah berfikir macamana nak buat report yang sekali imbas bos tengok dah boleh faham, dan tak payah lagi I nak explain panjang-lebar”.
“Alah pasal report tu.  You janganlah nak pening-peningkan kepala you fikir pasal report you tu.  I guarantee you buatlah macammana canggih pun, Datuk mesti tanya banyak jugaklah.  Dia mana boleh kalau tak dengar suara you yang manja tu, sebab tulah kalau boleh seminggu tiga kali nak buat meeting.  Buat menyusahkan orang aja” tempelak Dino.
“You ni cakap siang pandang-pandanglah”.
“Tak habis ayat tu, biar I habiskan, cakap malam intai-intai. Betul ke?” aku ketawa, gelihati dengan gelagat Dino yang lucu itu.
“Suka hati youlah.  Ha! ada apa hal ni?  You ni kacau sajalah”.
“Sampai hati you cakap dengan I macam tu ya.  You tak suka I datang  ofis you ni ke? Kalau tak ada urusan I tak datang sini Puan Sara.  Ni ha! proposal you pasal exhibition di PWTC tu dah approved” dokumen yang Dino letakkan di atas meja ku ambil dengan perasaan gembira.
So, I dah boleh proceedlah dengan apa yang I dan marketing staff I rancangkan tu? Sayanglah kat you Dino”.
“Bila nampak duit sayang ye, you ni betullah mata duitan.  Kesihan betullah kat husband you”.
“Ha! jangan nak babitkan husband I pulak dalam hal ofis kita ni.  Duit yang I nak dapatkan ni pun bukan masuk dalam poket I tau.  Ini untuk ofis jugak, nanti you jugak yang sibuk tanya mana saleslah mana collectionlah, cakap senanglah..”.
“Oklah, I faham.  Jangan lupa nanti bagi I detail dan exact figure, how much is the amount and what are the things to buy, senang staff I nak refer dan prepare the cheque payment”  pinta Dino.
“Cayalah you Dino.  Eh lagi satu, disebabkan short of staff I need a favour, boleh tak?”.
Dino merenung dengan senyuman manis di bibirnya yang dihiasi kumis tipis membuatkan aku serba salah.  Tetiba semacam ada satu perasaan aneh yang datang menyelinap ke sudut hati.  Eh! apahal aku ni?
Dino tidak berkata apa-apa selain dari senyuman miang yang membuatkan aku terkada      ng menyampah dibuatnya. 
“Hallo! You dengar tak apa yang I cakapkan ni Dino?”  meja ku hempuk dengan fail kertas yang ada di tangan.  Dino terus tersengih.
“Apahal lagi Sara?”.
“Tak ada, on the exhibition day nanti I kalau boleh nakkan your staff including you to help us at the booth.  You tahukan, I buat dua shift.  Satu shift ada dua orang so maknanya satu hari empat orang kena on duty di exhibition booth.  Lagi dua orang I nak stay di office to answer phone calls and attend to walk-in puchasers on enquiries.  Nanti I buatkan duty rooster I masukkan nama dua orang staff you dengan you sekali ya, boleh tak?” tegas ku seakan-akan merayu.
“Amboi! Manisnya bicara you bila nak minta tolong ya.  Boleh, no problem tapi jangan lupa masukkan jugak nama staf-staf I untuk claim and replacement leave nanti dalam your claim report.”
“Eh, takkanlah I nak lupa pulak.  So, ok ya.  Nanti bila dah siap schedule tu I will pass to you a copyThanks ya Dino”  aku terasa sedikit lega dengan persetujuan itu.
You are most welcome.  Eh, hari sabtu kelmarin I tengok husband you lain macam aje pandang kat I, suspen betul” Dino mengingatkan kejadian tempoh hari.
“Iya ke? tak adalah”.
My two friends tu ingatkan you berdua girlfriend boyfriend. I kata diowrang tu laki bini dowh.  Siap diowrang kata kenapa I tak tackle you.  Kalau I dapat tackle you diowrang nak belanja I makan tiga hari tiga malam.  Diowrang yang kata tau bukan I buat-buat cerita, betol”  beria-ia Dino bercerita.
Aku mempamirkan senyuman, enggan mengulas lanjut kerana sikap Dino yang memang aku sedia maklum, kalau lebih banyak aku bercakap dan bertanya lebih banyak pula cakap dan pertanyaan yang akan dia ungkapkan.  Diam adalah jalan yang terbaik.  Bila melihat tiada apa-apa reaksi dari ku, Dino pun menyambung kata-katanya tadi.
“You pergi tengok wayang ke?  Ni mesti tengok cerita Fast & Furious 4 kan?  tak sanggup I nak beratur panjang.  Hari tu memang ingat nak tengok cerita tu jugak tapi tengok orang ramai beratur nak beli tiket, langsung tak jadi” jelas Dino.
“Best jugaklah cerita tu.  Husband I yang beria-ia nak tengok, I temankan aja”.
Husband you ada tanya apa-apa pasal I tak?”.
“Nak tanya apa?  Jangan nak perasan “.
“Tak adalah, sebab hari tu I tengok dia tertoleh-toleh sampai dua kali.  Semacam je muka dia, agaknya dia jealous kot.  Tulah kahwin lagi dengan orang cantik, nasiblah kan”.
“Ada-ada aje you ni”  jam di tangan ku kerling.
“Dah nak dekat pukul lima, I nak baliklah”  ujarku.
“Ehwah, baru pukul lima dah nak balik.  Boss apa ni?”.
“I ada hal sikit”.
“Tak habis-habis dengan hal.  Hero you ajak pergi mana pulak?”.
“Eh eh, suka hati I lah.  You pulak yang jelous kenapa?”.
Jealous tu tak adalah, cemburu sikit je.  Oklah, I nak pergi minum teh tarik dengan Mior dan Amin kat kedai biasa.  Kalau agak-agak you nak join datanglah ye”.
Kan I kata I dah nak balik ada hal”.

Aku terlewat sampai ke destinasi yang dijanjikan.  Petang itu jalanraya sesak sungguh.  Apabila sampai di kawasan parkir A&W kelihatan kereta-kereta telah penuh memenuhi kawasan parkir tersebut.  Aku terpaksa berpusing dua tiga kali untuk mendapatkan tempat untuk meletakkan kereta.  Semasa memerhatikan tempat kosong untuk meletakkan kereta, aku ternampak kereta Suzuki Swift biru kak Lia sudah berada di situ.  Nasib ku agak baik apabila sampai di satu sudut ada pula kereta yang mahu keluar dan aku segera memakirkan kereta.  Sejurus enjin kereta ku matikan aku segera keluar dan berlari anak ke restoran itu.  Pintu kaca A&W terbuka dengan sendirinya sebaik aku tiba, terasa lega bila berada di dalam restoran yang berhawa dingin itu.  Sambil melangkah mata ku liar mencari kelibat kak Lia.  Tidak berapa jauh dari situ aku ternampak kak Lia sedang melambaikan tangan.  Aku segera mendapatkannya. 
Sorry kak, dah lama akak sampai?” tangan ku hulur dan kak Lia memelukku erat. 
“Baru je, air pun tak habis lagi.  Sara nak makan apa-apa tak?”. 
“Tak apa, Biar Sara pergi beli sekejap, akak nak apa-apa lagi?” kak Lia menggeleng.  Aku terus melangkah ke kaunter dan kembali semula menatang dulang yang berisi segelas float dan ubi kentang goreng.
“Azry tau ke Sara datang jumpa akak ni?” tanya kak Lia sebaik aku menghenyakkan punggung.
“A’ah, Sara ada bagitau Azry, kena bagitaulah kak, nanti kalau Sara balik lambat tak bagitau bising pulak dia”  ujarku dan kak Lia mengangguk tanda faham. 
“Baby Farah macamana? Sihat? Dah pandai apa dah dia?” float di gelas besar ku hirup. 
“Farah dah pandai menyarap dah, sekarang ni tengah angkat-angkat buntut, tak lama lagi merangkaklah tu” kak Lia kelihatan gembira apabila bercerita tentang puteri kesayangannya yang seorang itu. 
“Mulut dia bising.  Dia pun dah pandai panggil mama papa, gigi pun dah penuh, kuat menggigit pulak tu, ni ha tengoklah” kak Lia menunjukkan lengannya yang lebam kesan gigitan Farah pada ku.
“Seronok ya kak ada baby”. 
“Sara bila lagi? Jangan nak merancang-rancang, beranak satu dulu, lepas tu barulah boleh nak merancang untuk menjarangkan anak”. 
“Tak adalah, mana ada merancang.  Merancang nak dapat anak adalah.  Azry tu tak sabar-sabar nak timang anak. Tapi tak apalah, baru sepuluh bulan kahwin, relax dululah kak, nak honeymoon puas-puas, lepas tu barulah boleh fikir tentang anak”. 
“Tak semestinya ada anak tak boleh honeymoon” celah kak Lia.   
“Akak tentu bahagia dengan abang Idham dan sekarang dah tambah dengan Farah lagi kan?”  wajah kak Lia kelihatan berubah.  Kak Lia terdiam dan aku terkedu. 
Oops! Aku tersalah cakap ke?  Tak mungkin.  Sepanjang yang aku kenal dengan abang Idham suami kak Lia tu, orangnya baik dan kelihatan begitu romantik sekali.  Tak tahulah kalau di depan orang sahaja dia berlakun begitu. 
“Akak ok ke?” tangan kak Lia ku genggam. 
Kak Lia hanya menundukkan muka.  Wajah kak Lia masih cantik seperti dulu dan bertambah ayu dengan memakai tudung.  Mana-mana lelaki pun jika terpandang kak Lia pasti akan menoleh dua kali.  Walaupun bertudung tetapi kak Lia pandai bergaya.  Almaklumlah, tugasnya sebagai setiausaha membuatkan dia harus sentiasa kelihatan up to date dalam berfesyen.  Kak Lia kelihatan mengesat airmata dengan tisu putih di tangannya. 
“Eh kenapa kak? Ada apa-apa yang Sara terlepas cakap yang buat akak menangis ke?”  kak Lia menggelengkan kepala. 
Tangisan nya bertambah. Walaupun tanpa esakan tetapi dari henjutan tubuhnya aku dapat merasakan begitu.  Nasib baiklah kami duduk di penjuru yang agak terpencil dari orang yang lalu lalang.
“Kak.., cakaplah kak, Sara sedia mendengar” pujuk ku. 
Mata kak Lia kelihatan sembap kerana menangis.  Aku begitu simpati melihatkan keadaan kak Lia yang begitu sedih sekali.  Aku tidak pernah melihat kak Lia beraksi begitu.  Kak Lia seorang yang periang dan dia tidak cengeng.  Apakah yang membuat dia begitu sedih sehingga menangis teresak-esak?  Aku merenung wajah kak Lia.  Kak Lia cuma diam. 
“Boleh Sara janji dengan kak Lia?”  aku mengangguk. 
“Tolong jangan cerita pada ibu dan kak Min, janji ya”   aku mengangguk lagi buat kesekian kalinya. 
Selepas terdiam buat seketika kak Lia memulakan bicara, “Abang Idham dah beberapa hari tak balik rumah. Semenjak Farah lahir, akak dah perasan perubahan abang Idham.  Dia selalu saja balik lambat dan kadang kala tak balik langsung. Setiap kali akak tanya dia akan marah-marah, melenting tak tentu pasal”  kak Lia mengesat hidung dengan tisu. 
“Akak tak tau apa puncanya tiba-tiba ja dia boleh berubah perangai macam tu”, luah kak Lia dengan sedu, matanya berkaca.  
“Dia ada girlfriend ke kak?”  tanpa berselindung aku bertanya. 
“Memang mula-mula akak tak percaya.  Sampailah satu hari akak terbaca SMS dari telefon abang Idham. SMS yang perempuan tu hantar sebut perkataan I love youlah, I miss youlah, apa maknanya tu? Tapi abang Idham tak tau yang akak ada terbaca mesej tu. Bila akak tanya dia ada girlfriend lain ke, dia beria-ia menafikan. Kami selalu bertengkar pasal ni.  Bila dia marah dia akan keluar dari rumah dan balik jauh malam”  cerita kak Lia lagi
“Dah lama ke hubungan dia dengan girlfriend dia tu?”  tanya ku. 
“Akak rasa perempuan tu memang sudah ada semasa akak mengandung lagi tapi akak yang tak perasan. Sejak lepas akak bersalin tu memang menjadi-jadilah perangai dia, sekarang ni dia dah tak balik rumah tiga hari”  kak Lia mengesat airmata. 
“Akak tak call ofis dia?”  
Ada, tapi staff dia kata dia bercuti.  Akak malaslah nak tanya banyak, nanti semua orang tahu pulak cerita kami ni”.  
Aku hanya mampu memujuk dan menyabarkan kak Lia sahaja.  Aku tidak mahu melihat kak Lia bersedih dan aku tidak suka kakak ku diperlakukan begitu.  Kak Lia telah banyak berkorban untuk abang Idham. Dia dah lupa ke? Semasa dia menyambung pelajarannya keluar negeri siapa yang membiayai perbelanjaannya?  Waktu itu mereka sudah mengikat tali pertunangan sebaik sahaja mereka berdua tamat diploma.  Beberapa bulan selepas itu kak Lia mendapat tawaran pekerjaan dan abang Idham mahu terus mengambil ijazah Jurubina di luar negeri walaupun dia boleh berbuat demikian di sini sahaja.  Kerana memikirkan masa depan, kak Lia bersetuju untuk membantu dari segi kewangan sementara mendapat pinjaman yang telah dipohon dan diluluskan oleh pihak kerajaan.  Oleh kerana sayangkan abang Idham jugalah kak Lia mengirimkan wang untuk abang Idham membeli sebiji motor di sana untuk kemudahannya ke kuliah.  Abang Idham ibarat kacang lupakan kulit, habis madu sepah dibuang.  Geram betul mendengarkan cerita kak Lia tentang dia.  Ini tidak boleh jadi, aku harus usahakan sesuatu supaya Farah tidak kehilangan papanya ke tangan orang lain.  Kesian Farah…



No comments:

Followers