Sunday, November 29, 2009

Orang yang ingin hidup bahagia
perlu menjaga empat perkara
teguh menjaga kehormatan
redha menerima apa yang sedikit
berbuat kebaikan setiap hari
sert memelihara lidah dari perkataan keji

Wednesday, November 18, 2009

Kebahagiaan adalah adil di dalam kehidupan walaupun pada diri sendiri.
Kalau jasmani diberi makan,
rohani juga harus demikian,
iaitu dengan ilmu pengetahuan,
Kalau jasmani diberi pakaian,
rohani juga demikian,
iaitu dengan budi.
Kalau jasmani diberi latihan,
rohani juga harus demikian
iaitu dengan kesucian
Kalau jasmani diubati,
rohani juga demikian,
iaitu dengan takwa kepada ALLAH...

Monday, November 16, 2009



Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

Wednesday, November 11, 2009

menatap matamu



Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Monday, November 9, 2009

Orang yg bahagia itu akan selalu menyediakan waktu utk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu untuk tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa
menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan
menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan
menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu untuk beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala
ketenangan jiwa

Sunday, November 8, 2009


"Bila senyum dan tangis menjadi satu
rindu adalah jawapan pada segalanya
rindu adalah ingatan abadi
yang tak pernah mati
biarpun jasad terpisah jauh
dan kasih adalah
cantuman segala rasa
yang menjadikan ia
sesempurna keinginan...”

Thursday, November 5, 2009

Sedekat-dekat seorang hamba kepada TUHAN nya, ialah ketika dia sujud.
Kerana itu diperbanyakkan doa (dalam sujud).

Tuesday, November 3, 2009

bukan kasihku



Inikah akhirnya
Tinggallah lara di sini
Terpadamlah api kasih
Setelah dikau pergi
Telah kukorbankan
Sudah aku curahkannya
Semua kasih suci pada dirimu

(Korus)
Takku mahu
Asmara kan hancur seperti debu
Takku mahu
Dirimu bukan lagi kekasihku
Dan di sini tinggallah aku
Menantikan kasih
Sesaat berlalu
Bertahun kurasa

Oh manakah silapnya
Kemanakah kan kubawa
Erti cinta sejati
Cuma dimimpi

Oh pedihnya

- KAER HAZAMI -

Monday, November 2, 2009

PILIHAN & KESEMPATAN



Bagaimanapun….
“Takdir takkan pernah bertukar….”, percayalah kepada-Nya


Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai
Ketika kita berada di tempat dan saat yang tepat
Itulah kesempatan
Ketika engkau bertemu dengan seseorang
Yang membuatmu tertarik
Itu bukan pilihan itu kesempatan
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan
Itu pun adalah kesempatan
Bila engkau memutuskan untuk mencintai orang tersebut
Dengan segala kekurangannya
Itu bukan kesempatan itu adalah pilihan
Ketika engkau memilih bersama dengan seseorang
Walau apapun yang terjadi
Itu adalah pilihan
Bahkan ketika engkau menyedari
Bahawa masih ada banyak orang lain
Yang lebih menarik, pandai dan kaya
Daripada pasanganmu dan
Tetap engkau memilih untuk mencintainya
Itulah pilihan
Perasaan cinta, simpatik, tertarik
Datang bagai kesempatan pada kita
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan
Pilihan yang kita lakukan
Berbicara tentang pasangan jiwa
Nasib yang membawa kita bersama
Tetapi tetap bergantung pada diri kita
Bagaimana membuat semuanya berhasil

Sunday, November 1, 2009

SESUNGGUHNYA




Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Followers