Monday, August 31, 2009



Air mengatasi kemaraan api, manis mengatasi kepahitan hempedu, akal mengatasi kekurangan diri, senyum mengatasi kedukaan kalbu, iman mengatasi ketandusan jiwa.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir
.

Ada 4 perkara yang baik tapi 4 perkara yang lain lebih baik.

* Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik.

* Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik.

* Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik.

* Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah dari orang miskin itu lebih baik.

Sunday, August 30, 2009

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi..

HAMKA
Maaf itu penghujung sabar. Marah pulak pelengkap benci. Namun akan padamkah satu titik hitam dihati jika maaf dan marah menjadi dendangan lidah yang tak bertulang? Akan tenangkah perasaan kalau sabar dan benci pemula gerak bibir untuk melahir kata-kata? Biar sekali dalam kehidupan memohon maaf asal nilainya sepanjang nyawa….

Thursday, August 20, 2009

Cinta pada rakan mereka hanya peneman,
Cinta pada sahabat hanya untuk memenuhi hajat,
Cinta pada kekasih lama2 dia akan menyisih,
Cinta pada yang disayang tak selamanya menyenangkan,
Cintalah kepada Allah!
Insyaallah akan membawa berkah & kebahagiaan,di dunia & juga di akhirat!

Wednesday, August 19, 2009

" AIR SEMBAHYANG "




1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".


Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.



3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".


Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .



4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .



5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"


Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.



7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"


Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.



Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?


Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Tuesday, August 18, 2009

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Followers