Wednesday, December 7, 2016

2016 TANPA KARYA

Pejam celik pejam celik, tanpa sedar kita sudah hampir kepenghujung tahun 2016.  Seakan baru minggu lepas kita menyambut tahun baru. Subhanallah.. waktu semakin pantas berlalu.  Hanya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi tahun baru 2017 akan menjelang. Mudah2an di tahun baru nanti, perjalanan hidup kita semua bertambah baik dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Aamiin.

Tahun 2016 berlalu tanpa karya baru. Dan hingga ke hari ini, aku masih belum mula menulis. Ilham seperti sudah ke laut perginya. Mood untuk berkarya juga seperti sudah terbang dibawa angin lalu. Mudah2an semangat dan ilham akan menggebu2 setelah melangkah ke tahun baru.

InsyaAllah, aku berazam tahun baru mahu terbitkan sebuah karya baharu. Mudah2an berhasil dan Allah permudahkan. Senyum lebar sampai ke telinga.. hehehe.. harap2 azam jgn hanya tinggal azam saja. Doakan aku ya sahabat2. Oklah. Mata pun dah kelat. Jam sudah hampir pukul 12 tengah malam. Sebelum aku akhiri coretan kali ini, aku tinggalkan dgn serangkap pantun.

Bulan di langit bersinar terang..
Bintang berkelip cahaya terserlah..
Selamat malam utk yg tersayang..
Semoga mimpi yg indah2..





Wednesday, November 9, 2016

JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN 2016




Jualan Gudang akhir tahun 2016 sedang diadakan di perkarangan Karangkraf di Shah Alam. Kali ini jualan gudang akan berlangsung selama sebulan. Mulai 28 Oktober sehingga 27 November 2016. Harga runtuh semurah RM1. Jangan fikir dua tiga kali, pergi saja serbu dan pilih buku2 yg diidamkan. Kalau tak serbu rugi besar sebab tidak akan ada lagi jualan sehebat ini. Kepada yg belum beli novel2 ku, jangan lupa dapatkan.. huhuhu...

Friday, February 12, 2016

TERBAIK UNTUKMU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Lama benar blog ini terbiar sepi dan tidak ada cerita baharu yang dikongsikan. Kerajinan aku menulis di blog sudah jauh ke laut. Bukan tidak rindu utk menitip sebaris dua ayat tetapi kekangan waktu sangat2 tidak mengizinkan. Waktu datang dan pergi dgn pantas. Adakalanya sehari suntuk di rumah seperti tidak cukup waktu, padahal bukan sibuk buat apa pun. 

Sekejap saja kita sudah berada di tengah bulan Februari. Seperti baru minggu lepas kita menyambut tahun baharu. Tahun baru cina pun sudah masuk hari ke lima hari ini. Cuti panjang tahun ini aku dan keluarga tidak kemana2. Pengalaman lalu mengajar kami supaya duduk di rumah saja, tidak menambahkan kesesakan jalan raya dan tempat2 percutian.

Masih belum terlambat untuk aku mengwar2kan karya terbaru aku. Baru ke? Hehehe.. Sebenarnya "Terbaik UntukMu" sudah berada di pasaran sejak bulan Jun 15 yang lalu. Kepada sesiapa yang belum mendapatkannya janganlah fikir dua tiga kali untuk memilikinya.. Beli dan bacalah karya terbaru aku tu. Selesai baca bagilah komen. Aku terima dengan redha hati walaupun komen yang diberi pedih hati untuk aku mendengarnya. Kalau boleh bagilah komen yang menaikkan semangat aku untuk berkarya lagi.. hehehe..


Setakat ini dulu ya.. nanti aku update status lagi..

Followers