Saturday, April 30, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 17

.
Aku meminta Azry menghantar aku ke pejabat kerana terlewat bangkit dari tidur.  Oleh kerana keadaan yang kelam kabut itu aku tidak sempat berdandan.  Lalulintas dijalanraya agak sesak.  Kereta bergerak perlahan bagaikan semut.   Aku melihat wajah tanpa mekap melalui cermin kecil. Sementara berada di tengah kesesakan jalanraya aku menyapu bedak kompak ke wajah.  Mata yang bundar ku lukiskan sedikit garisan dengan menggunakan pensil celak berwarna coklat.  Maskara digunakan untuk melentik dan menghitamkan lagi bulu mata.  Akhir sekali ku calitkan lipstik Lancome ke bibir. Wajah ku yang tadi kelihatan pucat kini berubah.  Rambut yang melepasi bahu ku sisir rapi. Bila berada di depan cermin, aku jadi leka dengan membelek-belek wajah ke kiri dan ke kanan.  Masih cantik jugak aku ni, bisik ku dengan hati berbunga-bunga. Perasan!
“Amboi sudah-sudahlah tu, nak pergi kerja ke nak melaram?” Azry di sebelah ku menegur.   
Kalau cantik isteri siapa? gumamku di dalam hati. Jam dipergelangan tangan ku kerling sekilas, jarum jam menunjukkan kepukul 9.30 pagi. Kereta yang bergerak perlahan agak membosankan dan boleh membuatkan hati jadi panas. Nasib baik alat penghawa dingin yang terpasang jadi penyelamat.  Celoteh DJ Era Aznil Nawawi dari corong radio mencuit hati dan membuat aku tersenyum sendirian.  Azry di sebelah kelihatan serius memandu menumpukan perhatiannya di jalanraya.
Seketika kemudian kami telah sampai di perkarangan bangunan pejabat ku.  Azry memberhentikan kereta betul-betul di depan pintu masuk bangunan pejabat dan aku terus keluar dari perut kereta sebaik bersalam dan mengucup tangannya.  Aku melangkah pantas sambil membetul-betulkan anak rambut yang terjuntai di dahi.  Maria penyambut tetamu pejabat ku mengucapkan selamat pagi sebaik aku masuk dan melintasi tempat duduknya.  Aku membalas dengan menghadiahkannya sebuah senyuman.  Semua staf-staf sedang sibuk membuat tugas masing-masing sehingga tidak perasan dengan kehadiranku.   Belum pun hilang mengah  kedengaran daun pintu diketuk dari luar. 
“Ya, masuk”  suara ku tersekat-sekat. 
Pintu terkuak dan terjengul wajah Dino.  Wajahnya mengukir senyuman.  Dia melangkah menuju ke tempat duduk di depan ku dengan mengepit sebuah fail ditangan. 
“Assalamualaikum.. Puan Sara”.
“Waalaikumussalam Encik Dino, ya ada apa pagi-pagi lagi dah datang bertandang ke pejabat orang ni?”. 
“Wah berseri-seri sejak balik dari bercuti ya.  Tak ada apa-apa ke?”.
            “Apa-apa apa?”  soalan yang dijawab dengan pertanyaan, aku berpura-pura tidak mengerti. 
“Biasanya kalau orang pergi bercuti luar Negara mesti ada ole-ole, tak kan tak ada apa-apa untuk I?”. 
“Tak ada beli apa-apalah Dino.  I pergi bercuti bukan pergi bershopping”. 
“Hai tak kanlah tak beli apa-apa kot?”. 
“Adalah beli sikit-sikit, kalau kata tak ada tu tipulah kan.  Beli pun untuk parents I, parents inlaw dan untuk nephew dan niece I aja, untuk you tak ada, sorry”  aku bergurau. 
“Ialah kita ni siapa kan? Orang mana nak ingat kita”  rajuk Dino. 
“Eee buruknya orang lelaki merajuk, tak apalah nanti I belanja you lunch” pujuk ku. 
“Belanja lunch? Betul ke Sara? Macam tak percayalah” 
“Kenapa? You ingat I kedekut sangat ke? Kalau setakat you sorang yang makan berapa sen sangat”. 
“Ok set. Lunch hari ni ya”  aku mengangguk setuju. 
Ada apa-apa cerita yang menarik ke sepanjang I tak ada di ofis ni?” 
“Itulah yang pagi-pagi lagi I dah datang mengadap you ni.  Ada dua berita, satu yang gembira dan satu yang tak gembira.  Mana satu yang you nak dengar dulu?”.
“Ia ke? Ada dua?”  aku teruja ingin tahu. 
Tell me the bad news first”. 
“Ok, you nampak excited sangat, relax lah Sara.  We are going to launch the new shop houses by end of this month”. 
“Itu bad news ke? Come on lah Dino you ni nak bergurau pulak?”. 
“Ialah it’s a bad news to you lah sebab you dengan staff you kena prepare all the detail reports pertaining to the new shop houses. Siapkan flyers baru, price list, layout plan dan yang penting budget for the launching day.  Jangan nak buat semuanya last minute, nanti bukan you saja yang kelam kabut, nanti dengan department I pun sekali jadi lintang pukang.  Dalam meeting hari tu Dato’ ada kata launching kali ni dia nak buat dekat site.  So, maknanya you kena buat arrangement dengan pekerja-pekerja di site”. 
“Bila ya the exact launching date?” tanyaku sambil membelek kalender yang ada di depan ku. 
Tentatively will be end of this month, 29 haribulan ke 30 haribulan ke, it’s not confirm yet.  Dato’ will inform in the next meeting”. 
“Bila tu next meeting?”. 
“Kalau ikut schedule next meeting will be on this coming Thursday”. 
Ok, now what’s the good news?” aku rasa teruja dan tak sabar-sabar.
Three months bonus for your department only, tau.  The rest cuma dapat dua bulan saja” jelas Dino.
“Oklah tu, bersyukurlah Dino walau pun dapat dua bulan, ada orang tu bukan kata bonus, gaji bulanan pun sangkut” pujukku. 
Sememangnya berita gembira yang disampaikan oleh Dino itu amat memberangsangkan sekali dan sudah tentu staf-staf ku akan merasa  lebih gembira lagi apabila mengetahui berita itu nanti.  Itulah ganjaran yang mereka terima diatas kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas yang diberi dan dipertanggungjawabkan kepada mereka.  Segala penat lelah mereka bekerja tujuh hari dalam seminggu berbaloi. 
“So, apa yang you nak I belanja you lunch nanti?”  tanya ku. 
“You yang nak belanjakan, so I ikut youlah”. 
“OK, so I see you later”  Dino pun bangun dari tempat duduk lalu beredar keluar. 
“Oh ya, sebelum I terlupa, you tolong go through this file dan bagi I detail bayaran-bayaran tertunggak purchaser ni, ok”.  Dino menghulurkan fail yang dipegang kepada ku sebelum berlalu pergi.

                        Sejurus selepas Dino keluar, aku memanggil Dida ke pejabat ku melalui interkom.  Sebentar kemudian pintu di ketuk dan Dida masuk melangkah dengan membawa beberapa buah fail bersamanya. 
Morning puan Sara”. 
Morning, duduk Dida”. 
“Ok ada apa-apa masalah atau mesej untuk saya sepanjang ketiadaan saya dipejabat?” tanyaku kepada Dida. 
Dida adalah seorang staff senior ku.  Dia yang ditugaskan untuk membuat segala tugas-tugas sales admin yang akan menyediakan segala report, menyediakan minit mesyuarat dan menyiapkan surat-surat yang aku arahkan atau lebih senang jika aku katakan dia adalah setiausaha ku yang  menguruskan segala tugas-tugasku sepanjang ketiadaan aku di pejabat. Dida seorang staf yang boleh diharap, suruh apa saja dan dia akan lakukan dengan baik tanpa merungut.  Dida mempunyai raut wajah yang cantik berkulit hitam manis dan ayu bertudung.  Perwatakannya lemah lembut, selalu tersenyum dan mudah mesra.  Dia masih bujang dan berusia didalam lingkungan 24 tahun. Telah beberapa kali aku cadangkan Dino untuk mengurat Dida tetapi lelaki itu hanya tersenyum tanpa apa-apa komen yang terkeluar dari mulutnya.  Pelik kan dia, gadis secantik dan semanis itu pun susah untuk meragut perhatiannya.  Wanita bagaimanakah yang menjadi kriteria pilihan hatinya? 
“Ini fail-fail problematic cases, saya sudah siapkan surat-surat reminder untuk dihantarkan kepada mereka, lepas Puan Sara tandatangan saya akan hantar melalui AR Register.  Ini report untuk bayaran-bayaran tunai yang telah diterima semasa ketiadaan Puan Sara dan ini senarai bayaran melalui cek.  Duit-duit tunai semuanya telah saya serahkan kepada Finance Department.  Lagi satu, ada beberapa suppliers yang telefon dan saya ada catitkan nombor telefon mereka untuk Puan Sara hubungi mereka semula. Datin Fariza pun ada call dan dia minta Puan Sara telefon dia semula.  Itu saja, nanti kalau ada apa-apa lagi saya akan update Puan Sara lagi”  jelas Dida panjang lebar. 
“Ok, thank you Dida” ucapku sambil memerhatikannya melangkah keluar.

                        Seketika kemudian talipon di sudut meja berdering.  Gagang telefon ku angkat lantas menjawab panggilan.
“Assalamualaikum” kedengaran suara Datin Fariza menjawab ditalian. 
“Waalaikumsalam Sara.  Sorry lah menganggu you ni.  Bila balik dari bercuti?  I cuba call beberapa kali you tak ada, I lupa yang you bercuti ke BaliHow’s your holiday? Seronok?”. 
“Bercuti Datin, seronoklah, bila dah balik cuti macam malas pulak nak mula kerja”  aku ketawa dan Datin Fariza turut kedengaran ketawa. 
“Macamana wedding hari tu, meriah?” tanya ku pula.
“Alhamdulillah ramai yang datang, tak sangka saudara mara yang lama tak jumpa pun datang.  You saja yang tak dapat datang, kalau ada tentu lebih meriah”. 
“Eh eh, ada-ada saja datin ni”. 
“Sara, I call you ni nak jemput you and your husband datang ke rumah I hari minggu ni” 
“Hai, baru je lepas kenduri, dah nak buat kenduri lagi ke datin”.
“Bukan kenduri, tapi buat majlis harijadi dato’, datang ya Sara”. 
“Hari minggu ni? Pukul berapa?”. 
“Pukul 8.00 malam, kali ni mesti datang tau jangan pulak tak datang, ok”. 
“InsyaAllah datin kalau tak ada aral melintang sampailah tu”.  

“Oklah Sara, kita jumpa nanti ye, bye”. 

Wednesday, April 27, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 16

.
            Hari yang dijanjikan tiba untuk aku berlepas ke Bali bersama Azry .  Penerbangan MAS dari Lapangan Terbang KLIA yang dijadualkan bertolak jam 10 pagi tertunda.  Namun begitu, alhamdulillah jam 2.30 petang kami sudah selamat sampai ke destinasi yang dituju.  Sesampainya kami di sana, sudah ada seseorang yang menantikan kami, menurut kata Azry lelaki itu adalah pakcik kepada teman pejabatnya.  Lelaki itu membawa kami terus ke hotel Grand Hyatt Bali.  Setelah beg dipunggah turun dari kereta kami terus menuju ke kaunter untuk mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah awal.  Keadaan biliknya sungguh selesa dan cantik sekali.  Aku merebahkan diri di atas katil empuk bercadar putih.  Kedua kelopak mata ku tertutup rapat, lega sungguh rasanya.  Perasaan ku begitu girang kerana sampai ke destinasi impian.  Beg pakaian yang dibawa diletakkan di dalam almari pakaian yang telah sedia ada.  Kehangatan tubuh Azry yang berbaring di sebelah begitu terasa. Kerana kepenatan kami terlelap, alat penghawa dingin yang terpasang membuatkan suasana bilik itu begitu menyegarkan dan mata bagaikan begitu berat untuk dibuka. 
Tiba-tiba Azry bingkas bangun dan terus ke sinki membasuh muka.
“Ya Allah tertidur rupanya.  Jom, pakcik tadi tu ada tunggu kat bawah.  Abang dah janji minta bawa kita pergi bersiar-siar”.  
“Kenapa abang tak cakap tadi, kesian lama dia tunggu kita”, aku terpisat-pisat bangun, kedua kelopak mata ku tenyeh-tenyehkan dengan tangan.
 
Kami pun segera keluar dari kamar sebaik daun pintu dikunci dari luar.  Pak  Herman membawa kami menyaksikan tarian tradisi barong.  Tarian itu sungguh menghiburkan dan kami diingatkan supaya tidak mengambil gambar bersama penari-penari tersebut kerana biasanya mereka akan meminta wang upahan.  Selepas itu kami dibawa ke Ubud pula dimana di sini terdapat banyak hasil-hasil kerja tangan seperti lukisan-lukisan, ukiran-ukiran kayu dan barang-barang yang diperbuat daripada perak.  Barang-barang yang dipamerkan dijual dengan harga yang agak mahal.  Kemudian kami dibawa pula melawat ke Elephant Cave Temple.  Gua itu merupakan tempat orang-orang ugama mereka bertapa, di situ juga terdapat air terjun dimana airnya dikatakan boleh membuat wajah kita awet muda sekiranya diminum.  Beruntunglah jika benar ada air yang boleh membuatkan manusia kekal muda dan sudah tentunya manusia seluruh dunia akan tertumpu ke sini untuk mendapatkan air ajaib itu. 
Setelah penat sehari suntuk dibawa bersiar-siar, badan terasa letih apabila sampai ke bilik hotel.  Walaupun penat tapi menghiburkan. Perut pun mulai berkeroncong.  Di sini agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.  Menurut kata Pak Herman, kita perlu berhati-hati agar tidak keliru.  Pada waktu malam, selepas berehat seketika, kami ke sebuah restoran seafood Jimbaran Bay untuk makan malam.  Sambil menjamu selera kami menikmati panorama di tepian pantai yang sungguh indah walau pun airnya kelihatan sedikit kotor.

                        Hari kedua di pulau Bali, Pak Herman telah sedia menunggu kami di ruang menunggu.  Jam 10 pagi selepas menikmati sarapan pagi di kafeteria hotel itu kami bertolak keluar dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Pak Herman.  Pak Herman orangnya tidak banyak bercakap, sepatah ditanya sepatah dijawab.  Aku lebih senang berurusan dengan orang yang tidak banyak mulut begitu.  Pagi ini kami dibawa ke Tanah Lot Temple pula.  Menurut kata Pak Herman setiap pengunjung yang datang ke Bali patut singgah ketempat ini.  Ramai pengunjung yang datang ke sini bertujuan untuk membeli belah disamping itu di sini juga ada seekor ular bersaiz kecil yang dikatakan suci dan sekiranya ular ini dipegang sebaiknya berniat di dalam hati dan dipercayai niat itu akan termakbul. Itu adalah kepercayaan mereka dimana sebahagian besar penduduk di Bali merupakan penganut ugama hindu dan bagi kita umat Islam wajib percaya segala-galanya datang dari Allah yang Maha Berkuasa. 

                        Kemudian kami dibawa ke Seminyak untuk membeli belah.  Aku mengambil kesempatan membeli beberapa cenderamata untuk dibawa pulang.  Kata orang kalau sampai ke Bali tidak sah kalau tidak  menyaksikan tarian kecak di Uluwatu Temple.  Pada mulanya aku takut untuk menonton tarian ini, anggota penarinya agak ramai, kaum lelakinya tanpa memakai baju dan kaum wanitanya pula hanya berkemban dengan aksesori di atas kepala dan kesemua mereka meletakkan tanda didahi seperti kaum india memakai pottu.  Kelihatan ramai pengunjung-pengunjung dan pelancung-pelancung yang sama-sama menyaksikan tarian ini.  Dan tidak melepaskan peluang untuk merakamkan aksi-aksi penari-penari itu di lensa kamera mereka. 

Pemandangan di tepi laut diwaktu senja di sini sangat mengkagumkan. Betapa agungnya kebesaran Allah pencipta alam semesta.  Pulau Bali adalah pulau yang paling indah yang pernah aku lawati.  Pantai-pantainya sungguh cantik dengan deruan suara ombak yang mendamaikan jiwa. Suasana sekeliling sungguh romantik, memang sesuai untuk dikunjungi oleh mereka mereka yang sedang dalam berkasih sayang.  Banyak waktu yang kami luangkan bersama-sama sepanjang percutian ini membuatkan kasih sayang ku terhadap Azry semakin dalam dan jitu.

Masa begitu cepat berlalu rasanya.  Hari ini sudah 4 hari kami meluangkan waktu bercuti di Pulau Bali.  Sudah sampai masanya untuk kami berangkat pulang ke tanah air.  Rindu pula rasanya mengenangkan orang-orang yang ditinggalkan di sana.
                        Semasa hari terakhir sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur kami bersantai di katil empuk di bilik hotel sementara menunggu waktu untuk mendaftar keluar.  Aku berbaring berbantalkan lengan Azry.
“Terima kasih bang”. 
“Terima kasih untuk apa?”. 
“Sebab bawak Sara bercuti sampai ke sini”. 
“Emm..kan abang dah pernah janji dulu, lagi pun percutian ni hadiah istimewa sempena harijadi Sara”  ujar Azry sambil tangannya bermain-maian dengan rerambut ku yang mengurai. 
“Sayang abang”  ku dakap Azry dengan erat dan satu ciuman hinggap ke pipinya. 
“Hai! sayang sebab abang bawa bercuti ke Bali? Kalau tak bawa tak sayang ke?”.
“Bukanlah macam tu, sebelum ni pun sayang jugak, tapi bawa datang bercuti ke sini la…gi sayang”  lalu pipi ku dicubit manja dan kami sama-sama ketawa. 
“Minggu depan abang akan mula pergi out-station.  Kalau ikut jadual abang akan pergi Penang dulu empat hari.  Lepas tu ke JB pulak untuk few days.  Sebab itulah sebelum abang sibuk, abang nak spend time puas-puas dengan Sara” beritahu Azry mengenai jadual kerjanya. 
“Lamanya abang kena pergi out station tu, sunyilah Sara kalau abang tak ada”. 
“Alah kak Rinakan ada.  Selalu-selalulah berbual dengan dia”. 
“Sara malaslah nak ganggu orang. Waktu tu mesti kak Rina nak berehat atau pun keluar dating dengan Hakim ke”  aku mencebek manja. 
“Tak apalah nanti abang belikan Sara novel banyak-banyak, Sarakan suka baca novel?” pujuk Azry dengan senyuman terukir dibibirnya. 
Aku bermenung panjang memikirkan bagaimana akan aku hadapi hari-hari tanpa Azry di sisi, tentu membosankan. 
“Bang, bila kita nak duduk rumah sendiri?” lama Azry terdiam apabila aku meluahkan pertanyaan itu. 
“Memang abang dah fikirkan pasal rumah tu, cuma menunggu masa yang sesuai saja. Tapi abang risau kalau selalu kena tinggal nanti Sara bosan pulak duduk rumah sorang-sorang”. 
“Kalau duduk rumah sendiri, tak adalah Sara asyik nak duduk dalam bilik aje.  Banyak benda yang  Sara boleh buat , atau boleh jemput kak Min dan kak Lia datang ke rumah, buat makan-makan ke” cadangku lagi. 
“Lagi pun tak lama lagi kak Rina dah nak bertunang, lepas tu nak kahwin pulak kan?  Kalau kak Rina dah kahwin tentulah mereka duduk rumah papa tu, tak kan dia nak terus pindah?” aku terus memujuk. 

“Betul jugak cakap Sara tu.  Nantilah, kita tenguk dulu macamana, ok”  matanya merenung ku sekilas sebelum bangkit untuk bersama-sama bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur .



Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan
mengapa mereka gagal
tetapi
mereka sebenarnya hanya perlukan
satu sebab yang kukuh untuk berjaya.
Manusia gagal bukan kerana kebodohannya
tetapi
mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh.




.

Monday, April 25, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 15

.
            Sejurus selepas makan aku berehat sebentar sambil bersandar di kerusi.  Surat khabar The New Straits Times dibaca.  Semakin lama ayat-ayat yang tertulis semakin kelihatan kabur, mata semakin mengecil. Rasa mengantuk yang amat sangat lantaran kekenyangan kerana makan terlalu banyak tadi. Aku segera ke bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor di surau kecil yang disediakan.  Setelah menunaikan solat fardhu 4 rakaat aku ke bilik pejabat menyambung semula kerja-kerja yang terhenti tadi.  Zul melangkah masuk ke bilik pejabat ku setelah daun pintu diketuk beberapa kali.  Di tangan Zul ada sebuah kotak yang dibalut dengan kertas hadiah berwarna putih berbunga merah jambu lalu dihulurkan kepada ku. 
“Ini untuk Puan Sara dari seseorang”  hadiah yang dihulur ku sambut dengan tanda tanya yang tidak berjawab. 
“Terima kasih Zul”  Zul tersengih dan mengangguk lalu melangkah pergi sebaik hadiah bertukar tangan. 
Kertas hadiah yang membaluti kotak itu ku buka dengan berhati-hati sekali sebelum sebuah kad kecil yang terselit disisinya ku baca. 
“THERE IS ONLY ONE HAPPINESS IN LIFE, TO LOVE AND BE LOVED” Happy birthday to you and may Allah bless you. Regards, Dino.” 
Oh dari Dino rupanya, bisik ku.   Aku terkesima membaca susunan ayat-ayat yang kemas dan cantik ditulis dengan tangan menggunakan pen berdakwat hitam.  Kotak hadiah itu ku buka dengan tidak sabar.  Di dalamnya terdapat dua ekor kucing perhiasan yang diperbuat daripada kristal. Comelnya. Dan ianya ku letakkan di atas meja tepi sebagai perhiasan.  Aku segera mencapai telefon bimbit dan menyusun ayat untuk menghantar mesej kepada Dino . “ Thank you very much friend,  for the lovely present”.
                         

                        Tengahari itu aku tidak keluar makan. Banyak dokumen-dokumen yang harus aku baca sebelum mengarahkan staf ku menyediakan surat-surat untuk aku tandatangan sebelum semua dokumen-dokumen itu dihantar keluar.  Begitu juga Sales & Purchase Agreement yang telah dipinda, aku perlu meneliti dokumen-dokumen itu sebelum mengarahkan peguam yang terbabit membetulkan dan menyediakan untuk ditandatangani oleh pembeli-pembeli yang telah membayar wang pendahuluan secara tunai atau pun melalui cek. Sedang aku sibuk meneliti dokumen-dokumen penting itu, suara Maria kedengaran melalui interkom.
“Puan Sara, Dato’ Saiful dan Datin Fariza dah sampai”. 
“Ok bawa mereka masuk ke bilik I ya” jawabku tanpa mengangkat gagang telefon. 
Seketika kemudian, Dato’ Saiful dan Datin Fariza pun masuk dengan seyuman berseri di wajah.  Aku menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
“Please have a sit Dato’, Datin”.  Mereka pun mengambil tempat duduk di kerusi yang telah disediakan di hadapan mejaku. 
“Dah makan Dato’, Datin”  tanya ku penuh hormat. 
Sudah, how about you?”. 
“I pun sudah.  So would you like to have some tea?” tanyaku lagi. 
“Ok jugak” jawab Datin. 
Aku menekan butang interkom dan meminta Maria supaya memberitahu kak Ani untuk menyediakan minuman untuk tetamu yang berada di bilik pejabat ku.  Fail yang tertulis nama Dato’ Saiful dan Datin Fariza yang telah sedia ada di atas meja ku capai.  Seketika kemudian kak Ani pun masuk membawa tiga cawan minuman panas yang ku minta dan berlalu keluar. 
“So how’s our request? Dah approved ke?”  tanya Datin Fariza lembut. 
“Yes, we have discussed and the management agreed to give you further discount.  On top of the 10% discount, mereka tambah lagi another 5%.  Is it ok?”. 
“Can you calculate the total amount for the price of the bungalows that we have chosen? How much is it after the discount deduction?”. 
Aku pun membuat kiraan dengan menggunakan calculator dengan teliti berpandukan dokumen yang telah disediakan oleh Badri.
“The total amount for the two bungalows after deduction… RM965,500.00”  aku memandang ke wajah Dato’ kemudian beralih ke wajah Datin pula
“OK!” jawab Dato’ Saiful.  Mereka kelihatan berpuas hati dan memandang diantara satu sama lain sambil menganggukkan kepala tanda setuju. 
“So, how much do I have to pay?” tanya Dato’ Saiful pula. 
“You jelaskan untuk bayaran 10% dulu, kemudian kita akan uruskan Sales & Puchase Agreeement”  jelas ku kepada kedua-dua suami isteri yang kelihatan sangat sepadan itu.
“What about loan? Can it be arranged?” soal Datin. 
“Kita boleh uruskan, don’t worry”. 
“Tapi umur I yang dah nak dekat 55 ni boleh lagi ke?” celah Dato’ ingin tahu.
“Apa kata I bagi you an option.  Pay cash with easy payment scheme”  pasangan suami isteri itu kelihatan teruja dan berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.  Aku mencadangkan mereka untuk mengambil skim bayaran mudah tanpa mengambil pinjaman dari mana-mana institusi kewangan dan tanpa interest.  Aku catitkan secara terperinci jumlah-jumlah wang yang perlu dibayar dan waktu bila perlu dibuat bayaran.  Bayaran adalah secara tunai atau cek tunai terus di atas nama syarikat kami. 
“Oh ya! sebelum terlupa, rumah nombor 56 tu letakkan atas nama anak I.  Minta tolong uruskan loan untuk dia ya”  pinta Dato’. 
Kertas yang telah siap ku catit segalanya dengan terperinci, ku serahkan kepadanya untuk di teliti sebelum keputusan dibuat.  Agak lama juga Dato’ merenung kertas itu dan akhirnya memberi kata putus bahawa dia bersetuju dengan pilihan yang aku berikan itu. 
“I bagi two separate cheques, satu untuk rumah I dan satu lagi untuk rumah anak I”   Datin mengeluarkan buku cek dari tas tangan Louise Vuitton nya. 
“This is for 1st 10%  payment, another 10% will be paid upon signing Sale & Purchase Agrement, am I right?” Dato’ Saiful inginkan kepastian. 
“Betul.  Kami akan call Dato’ dan Datin dan jangan lupa anak Dato’juga perlu hadir sekali untuk tandatangan dokumen tu.  Can I have a photocopy of your IC?”  Datin menghulurkan salinan kad pengenalannya, suami dan anak lelakinya untuk penyediaan dokumen jual beli.  Cek yang telah bertulis dan ditandatangani dihulurkan kepada ku. 
“Oh ya! Puan Sara terlangsung kemari, ini kad jemputan untuk you dan suami.  Jangan lupa datang ya”.  Kad jemputan yang dihulur ku sambut dan ku buka.
“Alahai sorry lah Dato’ Datin, I tak dapat datanglah”. 
“Kenapa? Puan Sara ada urusan lain ke?” tanya Datin lembut. 
“Kebetulan I pergi Bali on that day dengan husband I.  Anyway congratulations Dato’ Datin”. 
“Tak apalah, nanti bila-bila boleh datang ke rumah kami. Ke Bali pergi bercuti ke?” tanya datin dengan suara yang sangat lembut.
“Ya”  jawabku pendek sambil mengiringi mereka keluar
“We’ve been there, it’s a beautiful place.  Anyway,  have a nice trip ya” ucap Datin ramah.

                        Di rumah malam itu kelihatan mama dan mak Mah sibuk menyediakan hidangan makan malam.  Wah! Istimewa nampaknya hidangan malam ni, ada tetamu yang nak datang ke? fikir ku.  Kak Rina tidak kelihatan walaupun keretanya ada di tempat letak kereta di luar.  Aku terus ke dapur untuk membantu mama. 
“Banyaknya masak malam ni, ma?  Sedap-sedap pulak tu? Ada tetamu yang nak datang ke?”. 
“Hakim kawan Rina nak datang makan malam kat sini”. 
“Oh, ada apa-apa yang Sara boleh tolong?”. 
“Tak apa Sara, dah siap pun.  Kejap lagi mak Mah hanya bancuhkan air, itu saja.  Azry dah balik?”. 
“Belum, dia kata malam ni dia balik lambat sikit”. 
“Sibuklah agaknya tu, jom kita ke depan”. 
Kak Rina menuruni anak tangga sambil menyanyi-nyanyi kecil.
“Gembira nampaknya kak” tegur ku. 
“Iya ke?” kak Rina tergelak. 
Kami duduk di ruang tamu sementara menunggu tetamu istimewa kak Rina sampai. 
“Assalamualaikum”  suara papa memberi salam dari luar. 
“Waalaikumussalam” kami menjawab salam papa serentak. 
“Tak sampai lagi Hakim?”  tanya papa sambil melangkah masuk ke rumah dengan berbaju melayu dan berkain pelikat. 
“Di mesjid tadi ada jamuan makan, tapi papa minum air teh tarik saja sebab teringatkan masakan mama yang sedap-sedap di rumah”  kami tersenyum mendengarkan gurauan papa itu. 
Sejenak kemudian kedengaran hon kereta dibunyikan dan kak Rina berlari anak ke tingkap untuk mengintai, adakah itu gerangan orang yang ditunggu. 
“Hakim dah sampai” kata kak Rina girang dan terus keluar untuk mendapatkan tetamunya itu. 
Hakim mendapatkan papa dan mama untuk berjabat salam.  Sebagai menghormati tetamu kak Rina aku segera naik ke bilik sebelum mereka masuk ke dalam rumah supaya tidak menganggu. 
Di dalam bilik terasa pula kesunyian, walaupun aku sudah biasa dengan keadaan Azry yang sering pulang lewat dari pejabat kerana tuntutan tugas-tugasnya atau temujanji-temujanji yang perlu dihadiri.  Aku kemeja kerja Azry dan laptop di atasnya ku buka.  Sesekali dapat melayari internet memang menyeronokkan.  Dari satu blog ke satu blog ku lawati.  Kalau aku dapat reka satu blog untuk diriku sendiri bagus juga.  Boleh aku luahkan segala apa yang terbuku di hati.  Tok! Tok! Tok!  Daun pintu diketuk dan aku menoleh, Mama kelihatan sudah berdiri di depan pintu yang tidak berkunci. 
“Buat apa tu Sara? Jom makan sama”.  
“Tak apalah mama, Sara tunggu makan dengan Azry, lagi pun Sara ada kerja sikit nak buat”  aku memberi alasan. 
Mama mengangguk faham dan berlalu keluar sebelum daun pintu ditutup semula.


                        Tengahari itu aku telah berjanji dengan kak Lia untuk berjumpa di luar.  Aku mengambil cuti setengah hari, selepas menyelesaikan tugas penting aku bergegas keluar dari pejabat.  Di tempat yang dijanjikan kak Lia sudah setia menunggu sambil membaca majalah.  Dari jauh dia kelihatan tersenyum menyambut kedatangan ku. Di atas meja telah terhidang makanan untuk kak Lia dan untuk ku juga. 
“Wah! dah siap order makan? Bagus lah akak ni, macam tau-tau aje adik akak ni tengah kebulurun”. 
“Ha makanlah tunggu apa lagi”  pelawa kak Lia. 
Sambil menjamu selera aku bertanyakan khabar Farah dan abang Idham.  Kak Lia tidak kelihatan sedih atau pun susah hati.  Dia nampak ceria seperti dulu.  Aku gembira dengan perubahannya itu. 
“Sara nak tau tak, akak dah jumpa dengan perempuan itu”  kak Lia memulakan bicara sejurus selesai makan. 
Aku sengaja tidak mahu bertanya mengenai hal itu takut jikalau pertanyaan itu bakal merobek hati dan perasaannya. 
“Iya ke? Habis tu macammana?” tak sabar rasanya aku mahu mengdengar cerita selanjutnya dari kak Lia. 
“Emm.. nama dia Suraya.  Dia dah kenal dengan abang Idham dekat dua tahun”.  “Maknanya masa tu akak baru kahwinlah kan?”. 
“A’ah, tapi dia tak tahu abang Idham dah kahwin. Abang Idham tak beritahu dan dia pun tak pernah bertanya sebab kata dia abang tak nampak macam orang dah kahwin”.
“Orang lelaki memanglah, umur dah 40 tahun pun nampak macam orang bujang”, aku menyampuk. 
“Akak bagitau dia yang kami dah kahwin selama tiga tahun dan dah ada seorang anak perempuan yang berusia 8 bulan.  Terperanjat dia”  kak Lia ketawa kecil, aku menjadi hairan melihatkan gelagat kak Lia itu. Tiada tanda-tanda sedih di wajahnya atau dia cuba menyembunyikan perasaan itu dariku.
“Akak ada beritahu dia jugak yang akak tak kisah kalau selepas ni samada dia teruskan juga perhubungan dia dengan abang, dan akak nasihatkan dia kalau dia betul-betul sayangkan abang, nikah saja.”  Aku tergamam, biar betul kak Lia ni, getus ku di dalam hati.
“Kak Lia tak kisah ke dimadukan?” kak Lia terdiam, lama dia bermenung melemparkan pandangannya jauh keluar.  Ada air jernih yang bergenang di kelopak mata.
“Perempuan mana yang suka dimadukan Sara.  Akak tak ada pilihan lain selain merelakan abang Idham berkahwin lain. Perasaan akak cuma akak saja yang tahu, sebenarnya susah nak akak luahkan apa yang terpendam kat dalam lubuk hati ini. Kalaulah abang tahu betapa sayang dan cintanya akak pada dia, mungkin dia tak tegah buat macam ni pada akak”  airmata kak Lia mulai gugur menitis kepipi gebunya. 
“Dia cinta pertama akak Sara. Sara pun taukan, abang Idhamlah satu-satunya lelaki yang berjaya mencairkan kedegilan akak dulu.  Setelah banyak masa dan wang yang akak korbankan untuk dia, ini akhirnya pembalasan dia pada akak”  esakan kak Lia semakin kuat.
Aku cuba mententeramkan kak Lia supaya jangan terlalu mengikut hati dan perasaan. Aku juga seorang wanita seperti kak Lia. Aku dapat merasakan bagaimana pedihnya perasaan apabila kasih sayang yang dicurahkan dipersiakan. Sekiranya ada kekurangan diri boleh juga diperbetulkan tetapi masalahnya sekarang adalah orang ketiga. Memang sukar untuk menerima keadaan apabila orang yang dipercayai seratus peratus bermain kayu tiga. 
“Akak terpaksa benarkan abang kahwin lagi daripada membiarkan dia terus bergelumang dengan dosa.  Akak sanggup menjadi isteri pertama demi Farah. Terpulanglah pada abang Idham untuk membuat keputusan.   Kalau dia dah tak nak kan akak lagi, akak tak kisah dan akak redha terima qada dan qadar dari tuhan dengan bersyukur sebab akak ada kerjaya dan mampu untuk membesarkan Farah walaupun tanpa papanya”  kali ini kak Lia nampak agak tenang mungkin kerana sudah puas menangisi nasib dirinya yang dipermainkan oleh suami sendiri yang telah diletakkan sepenuh kepercayaan.
“Banyaklah bersabar kak, segala yang berlaku ada hikmahnya. Semoga dengan pengorbanan akak ni, akak akan dilimpahi dengan rezeki dan rahmat yang melimpah ruah dari Allah.  Banyak-banyaklah berdoa”  pujuk ku. 
Setelah menghabiskan masa dua jam di restoran itu aku dan kak Lia beredar dari situ.  Kebetulan hari itu kak Lia juga bercuti maka aku mengambil kesempatan itu mengajak kak Lia menemani aku ke One Utama di Bandar Utama untuk membelibelah.  Sebelum itu kami meluangkan waktu bermain bowling.  Kak Lia kelihatan terhibur sedikit dan aku mahu dia melupakan segala peristiwa yang menghambat fikirannya.  Leka benar berlibur sehingga tidak perasan jam sudah hampir pukul 7 malam.  Kami harus beredar segera bila mengenangkan tentang Farah yang sedang menunggu kepulangan mamanya.
Aku mengiringi kak Lia sehingga ke kereta dan sebaik kak Lia masuk ke dalamnya aku pun berlalu mendapatkan kereta ku yang di letakkan tidak berapa jauh dari situ.  Sebaik berada di dalam perut kereta aku segera menghidupkan enjin, sementara itu aku cuba untuk menghubungi Azry melalui telefon bimbitnya.  Tetapi taliannya sibuk.  Aku cuba sekali lagi dan masih engaged.  Aku mengeluh, dengan siapalah dia bergayut agaknya, rungutku.  Pedal minyak ku tekan dan kereta meluncur laju selepas pagar penghalang di kaunter tiket dinaikkan.  Sepanjang perjalanan pulang, radio menjadi penemanku.  Lagu RETAK nyanyian Ella yang sedang berkumandang membuatkan minda ku melayang-layang mengingatkan dia.  Ingatan ku padanya masih bersisa di hati rupanya.  Mana bisa ku melupakan dia dari kotak fikiranku, diakan cinta pertamaku. Terngiang-ngiang dipendengaranku bait-bait lagu nyanyian Ella itu.


Wednesday, April 20, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 14

.

                        Petang itu aku ke rumah kak Lia.  Kereta kak Lia tidak kelihatan di luar rumah.  Pintu dan tingkap-tingkap tertutup rapat, kelihatan seperti tiada sesiapa di situ.  Belum balik kerja lagikah? Atau mungkin terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, fikirku.  Kata kak Lia tadi siang dia akan berada di rumah sekitar jam 6 petang tapi sekarang sudah pukul 6.15 petang.  Tidak mengapalah, biar aku tunggu sekejap, pujuk hatiku. 
Rumah teres dua tingkat milik kak Lia ini baru tiga tahun didiami, ianya dihadiahkan kepada kak Lia oleh suaminya abang Idham sempena harijadinya tiga tahun dulu.  Waktu itu mereka baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumahtangga.  Beruntung kak Lia, baru saja berkahwin sudah dihadiahkan sebuah rumah.  Tetapi apa dah jadi sekarang?  Kesihan kak Lia.., kesihan Farah yang masih kecil, masih tidak tahu apa-apa. 
Aku sedikit terkejut dan hampir melatah apabila tiba-tiba terdengar bunyi hon dari kereta kak Lia.  Sebaik sahaja kak Lia keluar dari perut kereta kami bersalaman dan berpelukan.  Farah kelihatan menggapai-gapaikan tangan dari tempat duduk khasnya yang diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu.  Comelnya Farah dengan gigi susunya jelas kelihatan apabila dia ketawa mengekek apabila diagah.  Aku mendokong Farah sementara kak Lia mengeluarkan bag-bag pakaian dan bekalan Farah dari tempat duduk belakang.  Kami terus melangkah masuk ke dalam rumah sebaik sahaja daun pintu dibuka.  Aku masih mendokong Farah walaupun dia kelihatan menghulurkan tangan kepada mamanya sambil merengek supaya dia diambil dari rangkulan ku. 
“Sara duduk sekejap ya, akak bawakan air”. 
“Eh tak payahlah kak, Sara dah minum dah sebelum datang sini tadi”,  aku duduk di sofa empuk dengan Farah ku letakkan ke atas riba. 
Aku mengagah-agah sambil menimang-nimang Farah dan dia terus ketawa terkekek-kekek.  Sesekali dia ku peluk seperti memeluk anak patung dengan geram.  Kak Lia datang dengan membawa dulang yang berisi dua gelas fresh orange dan sepiring kuih karipap. 
“Wah ada kuih karipap, sekejap je dah siap goreng”  gurau ku. 
“Alah kuih karipap versi tunjuk”  balas kak Lia dan ketawa kami pun berderai.
“Farah, mari sini, maklang nak minum tu”  kak Lia mengangkat Farah dari  ribaanku, dengan tidak sabar-sabar Farah meronta-rontakan badannya untuk segera berada di dalam pelukan mamanya.  Pipinya yang montel ku cubit manja lalu dia pun melalak sekuat hati.  Suasana menjadi bingit sekejap. 
“Oh sorrysorry….maklang tak sengaja”  pujuk ku sambil tangan ku mengusap-usap pipi gebunya. 
Kak Lia meletakkan Farah di atas tilam kecil dan memasukkan botol susu ke dalam mulut Farah yang sedang menganga. 
“Minumlah Sara”. 
“Buat susah-susah je akak ni”. 
“Azry tau Sara datang sini?”. 
“Tau, mana boleh tak tau, mengamuklah nanti kalau tak bagitau dia” jelasku tentang sikap adik iparnya.
“Macammana kak? Abang Idham ada balik?” tanyaku sebaik kak Lia duduk menghampiriku.
Ada. Ingat tak masa hari akak jumpa Sara, malam tu dia balik. Dia minta maaf pasal marahkan akak sebab dia kata kepala otak dia rungsing sebab banyak kerja di pejabat. Masalah projeklah, masalah kewangan syarikatlah macam-macam alasanlah dia bagi. Akak malas nak cakap apa”. 
“Maknanya dia dah oklah ya kak?”.
“Entahlah, bagi akak kepercayaan akak pada dia dah hilang. Memang akak ada terbaca mesej cinta dari perempuan tu pada abang Idham, tak kanlah salah hantar pulak kot”.
“Ia tak ia jugak ek”.
“Jadi, apa rancangan akak? Tak kan nak diamkan diri aje?”.
“Buat masa ni akak nak diam dulu, akak nak tengok sejauh mana dia boleh nak selindungkan perangai dia tu.  Akak ingat akak nak cuba telefon perempuan tu, tapi akak takut”. 
“Takut? Takut apa?”. 
“Bukan takutkan dia tapi takut akak ni tak kuat, nanti akak pulak yang akan menangis lebih-lebih.  Macamana ya Sara?”.  
Aku terdiam, cuba memikirkan bagaimana dan apakah taktik untuk kak Lia bertemu dengan perempuan yang dimaksudkan itu. 
“Alah kak, apa yang nak susah-susahkan badan! Berterus terang aja.  Akak ada hak ke atas abang Idham, akak tak perlu risau dan takut”. 
“Kalau abang Idham tau yang akak telefon perempuan tu, tentu dia akan mengamuk sakan”. 
“Akak pun dah biasa dengan situasi begitu kan? Apa nak ditakutkan?”  kak Lia melepaskan keluhan panjang.
“Memang akak dah bersedia sejak insiden pertama dulu. Akak sanggup terima apa saja keputusan abang Idham. Akak ada kerjaya dan yang penting akak ada Farah dan keluarga akak yang lain”  senyuman pahit terukir di bibir kak Lia. 
“Sara sentiasa ada di sisi kak Lia, akak call saja insyaAllah Sara akan datang” airmata bertakung di kelopak mata kak Lia. 
Aku menjadi sayu dengan keadaan itu.  Farah yang terbaring di atas tilam kecil sudah terlelap dengan botol yang hampir kosong masih dinyonyot.
“Assalamualaikum..” tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari luar.  Serentak pandangan kami beralih ke pintu yang memang terbuka dan kelihatan kelibat abang Idham yang sedang tunduk membuka kasut di depan muka pintu. 
“Waalaikummussalam, abang Idham dah balik”  ujarku. 
“Dah lama sampai Sara?” sapa abang Idham.
“Lama tak lama, dah habislah air segelas”. 
“Azry tak datang sama?”. 
“Tak, Sara dari tempat kerja ni, lama tak jumpa kak Lia, tu yang datang singgah sekejap”  aku cuba berselindung. 
“Duduklah dulu ye, abang nak naik ke atas”  kata abang Idham sambil melangkah ke anak tangga dan aku sekadar mengangguk. 
Abang Idham kelihatan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara dia dan kak Lia.  Begitulah sikap lelaki, egois tak habis-habis, pijak semut pun tak mati. 
“Kak Lia, Sara beransur dululah ya, hari dah senja, nak maghrib pulak tu, nanti apa-apa akak call ok. Jaga diri baik-baik”  aku memeluk kak Lia erat dan sebelum beredar keluar sempat aku mencium pipi mongel sikecil yang enak tidur dibuai mimpi indah. 
Kak Lia mengiringi aku hingga ke muka pintu sambil melambaikan tangan.


                        Sewaktu aku di pejabat dan sedang di dalam bilik mesyuarat Azry menghantar mesej ke telefon bimbitku.  Telefon bimbit ku yang terletak di atas meja segera ku capai apabila terdengar bunyi gegaran tanpa deringan itu. 
“Sayang buat apa tu? Malam ni abang nak ajak Sara keluar dinner, kita jumpa di rumah nanti, bye…”  aku tersenyum sebaik sahaja mesej itu habis ku baca. 
Dinner?  Ini mesti ada sesuatu yang nak disampaikan pada ku.  Apa ye?  Konsentrasi ku terhadap mesyuarat yang sedang berjalan sedikit terganggu.  Tiba-tiba ku sedari Chairman menamatkan meeting dengan mengucapkan tahniah kepada ku juga kepada kakitangan yang terbabit di dalam penjualan rumah yang baru kami lancarkan.  Penjualannya sangat memberangsangkan dan pihak majikan berpuas hati dengan apa yang telah terhasil.  Aku amat berbangga dan berbesar hati apatah lagi pihak majikan berjanji akan memberi insentif kepada staf-staf yang bertungkus lumus sebagai imbuhan.

                        Malam itu, selepas waktu maghrib Azry terus memandu keretanya menuju ke Port Klang.  Aku duduk di sebelahnya hanya mendiamkan diri.  Fikiran ku masih melayang-layang memikirkan tugas-tugas dan appointment-appointment yang harus aku lakukan esok kerana di dalam mesyuarat tadi ada aku nyatakan beberapa kes-kes pembeli yang masih belum menyelesaikan baki tertunggak untuk bayaran cukai dan yuran penyelenggaraan.  Aku terpaksa mengeluarkan surat-surat peringatan kepada semua pembeli-pembeli untuk melangsaikan semua baki yang tertunggak.  Aku juga ada beberapa kes pembeli yang bermasalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan juga kes pembeli yang mahu meminta pengurangan harga dari harga yang kami tawarkan.  Berbagai-bagai persoalan yang berlegar-legar di mindaku ketika itu.  Tepukan Azry ke peha ku mengejutkan aku dari lamunan itu. 
“Apasal diam je ni?  Tak nak tau ke abang nak bawa Sara kemana ni?”. 
Kan dah beberapa kali Sara kata, bawalah Sara kemana saja, asalkan bersama abang Sara tak kisah”  aku berseloroh. 
Ada senyuman yang menguntum di bibir Azry, sambil terus memandu dengan tangan sebelah kirinya di letakkan di atas pehaku.  Kereta terus meluncur laju menuju ke destinasi sambil mendengar lagu-lagu syahdu yang berkumandang dari corong radio yang terpasang.  Tiba-tiba kereta diberhentikan sebaik tiba ke destinasi yang dituju. 
“Sara dah agak abang mesti bawa Sara ke sini”. 
“Abang tahu apa yang Sara teringin nak makan”  aku memandang wajah Azry dengan senyuman yang penuh bererti lalu tangan ku dipimpin menuju ke restoran seafood di situ. 
Hembusan angin malam yang bertiup mendamaikan fikiran yang sedang berat dengan persoalan kerja yang tidak habis-habis.  Kedinginannya sekali sekala menyucuk-nyucuk sehingga ke tulang.  Nyanyian desiran ombak yang datang memukul pantai memang menghiburkan hati.  Pelanggan kelihatan tidak begitu ramai.  Oleh kerana itu, makanan yang dipesan cepat sekali datangnya.  Selepas habis makan, Azry memesan dua mangkuk aiskrim sebagai pencuci mulut.  Sambil berbual dan bergurau tiba-tiba Azry menghulurkan aku dua tiket. 
“Eh apa ni bang?” aku menjerit kecil. 
Diatas tiket penerbangan MAS itu tercatit KL – BALI – KL.  Aku begitu gembira sekali kerana akhirnya Azry menepati janjinya untuk membawa aku ke Pulau Bali.
“Betul ke ni bang?”. 
 “Betul, tengoklah tiket tu.  Sara lupa ke besok hari apa?”. 
 “Hari apa? Hari khamis, kenapa?” aku tergamam dan memikirkan tentang hari
esok yang Azry sebutkan itu. 
“Isteri abang ni, sibuk dengan kerja sampai harijadi sendiri pun dah tak ingat”,  “Ya Allah, a’ah besok birthday Sara, Sara lupa.  Terima kasih abang”  ucap ku
lantas tangan Azry ku genggam erat.  Aku merasa terharu di atas ingatannya terhadap hari yang penting itu. 
“Sayang abang” luahku dengan perasaan yang sangat gembira di atas tiket percutian empat hari tiga malam yang dihadiahkan untuk ku, terasa mahu ku peluk Azry ketika itu juga.


 “Selamat harijadi, selamat harijadi, selamat harijadi untuk Puan Sara, selamat hari jadi…..” lagu selamat harijadi dinyanyikan beramai-ramai sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik mesyuarat.
Wah! surprise birthday party untuk ku rupanya.  Aku merasa terharu dan hampir menitiskan airmata.  Beberapa batang lilin yang menyala diletakkan di atas kek coklat yang bertulis HAPPY BIRTHDAY TO PUAN SARA, ku tiup.  Semua yang ada di situ menepuk tangan sejurus lilin-lilin itu terpadam apinya. 
“Thank you everybody for the lovely birthday cake and I appreciate it, thank you very much”, itu sahaja kata-kata yang mampu ku luahkan dengan sebak yang bukan disengajakan. Badri menghulurkan sekotak hadiah kepadaku. 
“Untuk Puan Sara dari kami”.
“Terima kasih”  ucapku  lalu kotak hadiah itu ku buka dengan perasaan yang teruja.
“Tentu mahal pen ni, terima kasih semua”  ulang ku sekali lagi sambil membelek hadiah pemberian mereka. 
Selain dari kek yang enak terhidang juga beberapa hidangan lain yang ditempah dari cafeteria berhampiran.  Kami menikmati hidangan sambil berbual-bual mesra.  Dino yang sejak tadi berdiam diri datang menghampiriku dan duduk di sebelah dengan segelas air di tangan. 
Happy birthday Sara” ucap Dino ikhlas.
Thank you.  Tak ada hadiah ke?” tanyaku ceria.
“Boleh ke bagi hadiah?” aku ketawa gelihati dengan pertanyaan Dino itu.  “Kenapa tak boleh? Nama pun harijadi mestilah ada hadiahkan?” sampuk Mimi. 
“I ada beli hadiah untuk you semalam bila Mimi bagitau birthday you hari ni.  Tapi segan pulak I nak bagi, hadiah tu ada di bilik I, nanti I bagi ok” aku dan Mimi berbalas pandang.
“Ok”  dari raut wajah Dino seperti ada sesuatu yang cuba diselindungkan.  Perasaan simpati ku terhadap Dino semakin terasa di sudut hati.




Monday, April 18, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 13

.
Sejak pagi lagi ibu dan ayah sudah sampai dengan membawa sebakul kuih karipap sebagai buah tangan untuk menambahkan juadah yang sedia ada untuk dihidangkan kepada tetamu-tetamu yang datang. 
“Ibu tunggu sampai malam ya” pintaku pada ibu yang cantik berbaju kurung pesak, kerudung yang dipakai menambah keanggunan ibu.
“Tak boleh Sara, lepas kenduri ni nanti ibu dengan ayah nak ke rumah makngah di Cheras” ujar ibu.  Tangannya memegang mesra tanganku. 
Ada apa nak pergi rumah mak ngah, bu?”. 
“Pakngah tak sihat, itulah nak pergi tengok dia sekejap”, beritahu ibu lagi. 
”Oh iyake?  Sakit apa pulak?”.
“Dengar kata baru operate mata” terang ibu.
“Iya?..kesian pakngah. Sampai sana nanti ibu kirim salam kat makngah dan
pakngah, insyaAllah nanti Sara ajak Azry pergi sana, ye bu”.  Ibu mengangguk  mengiakan. 
Kelihatan beberapa orang kawan mama telah tiba dan memenuhi ruang dapur.  Kak Rina kelihatan cantik dengan berpakaian baju kurung biru polos potongan Pahang.
“Min dengan Lia tak datang sekali makcik?” sapa kak Rina sebaik bersalaman dengan ibu. 
“Hari minggu macam ni tau ajelah, ada saja program mereka tu.  Oh ya, Min dan Lia kirim salam pada Rina”  sambung ibu lagi dan salam bersambut mesra. 
Senyuman tidak lekang dari bibir mungil kak Rina sejak kepulangannya ke tanah air semalam.  Mungkin dia merasa senang hati kerana telah pulang ke tanah air, tanah kelahirannya.  Atau mungkin juga hatinya yang remuk redam dulu telah ada penawarnya. 
Makanan yang ditempah telah sedia terhidang di meja besar di luar rumah.  Hanya menunggu kedatangan para tetamu dari masjid yang dijemput hadir selepas waktu zohor . Azry kelihatan duduk bersembang di ruang tamu dengan sepupu-sepupunya kerana sudah lama tidak berjumpa.  Suasana sungguh meriah, ramai tetamu yang hadir walaupun hanya kenduri doa selamat dan tahlil. Setelah waktu zohor masuk, rombongan dari masjid pun tiba. Oleh kerana makanan dihidangkan secara buffet maka tetamu-tetamu wanita di dapur tidak perlu bertungkus lumus untuk menghidang.  Selesai bertahlil dan berdoa, para tetamu pun dijemput untuk menjamu selera di bawah khemah di halaman rumah.  Papa kelihatan begitu ramah melayan tetamu-tetamu dari masjid dan beberapa jiran tetangga yang turut sama hadir.  Selepas menjamu selera tetamu-tetamu kelihatan beransur pulang.
Setelah semua tetamu pulang, kami sekeluarga duduk berkumpul di ruang tamu.
“Baju yang akak belikan untuk Sara tu, ok ke?  Boleh pakai?”  kak Rina
bertanyakan tentang baju yang dibelinya dari UK untuk ku.
“Boleh.  Kalau akak ikut saiz akak, memang ngamlah”. 
“Tak tau nak pilih, banyak sangat pilihan, tapi akak tau Sara suka warna
merahkan, sebab tu bila akak tengok je baju tu terus akak beli”. 
“Untuk Azry tak ada ke kak?”  sampuk Azry. 
“Alah sorrylah, akak sebenarnya tak sempat nak beli.  Lagi pun tak tau nak beli
apa untuk adik akak ni.  Tak apalah nanti akak belikan di sini je”. 
“Alah di sini mana sama dengan beli di sana?”  balas Azry mencebik seolah-olah merajuk. 
“Eee.. mengada-ngada je Azry ni..”  Mama dan papa yang duduk agak berjauhan dari kami turut ketawa melihatkan gelagat kedua-dua anak-anak mereka.
Selepas selesai kenduri, pembantu-pembantu yang diupah mama mulai sibuk berkemas untuk jamuan makan di sebelah malam  pula.
 
                        Malam itu selepas menunaikan solat maghrib berjemaah bersama Azry di dalam bilik, Azry bermenung di birai katil. 
“Ha! kenapa pulak termenung ni?”  tegurku. 
“Abang nak pakai baju apa untuk jamuan malam ni?” Azry mengeluh dengan mengerutkan wajahnya. 
“Pakai sajalah baju melayu abang yang lagi satu tu”. 
“Takkanlah nak pakai baju melayu pulak? Siang tadi kenduri bolehlah pakai baju melayu”. 
“Apa salahnya pakai baju melayu?  Itukan pakaian kebangsaan kita, boleh dipakai dimana-mana dan untuk apa-apa function pun, apa”. 
Aku hampir terlupa dengan kemeja yang aku belikan untuk Azry kelmarin, lalu pintu almari baju ku buka untuk mengambil baju tersebut yang ku simpan di dalamnya.  Mengalahkan orang perempuan, cerewet betul memilih pakaian untuk dipakai, rungutku. 
Aku menghampiri Azry yang sedang membelek dua helai baju yang telah beberapa kali dipakainya. 
“Yang mana satu abang nak pakai?” kedengaran suara Azry bertanya tanpa menoleh ke wajahku. 
“Pakai yang ni ajelah bang”  baju kemeja merah yang baru ku beli itu ku hulurkan kepada Azry.  Azry memandang ke arahku dengan kehairanan. 
“Bila beli ni?”  Azry menyambut baju yang masih berlipat  di dalam plastik dari tanganku.
“Siapa lagi yang nak belikan untuk abang tu, kalau bukan isteri abang ni!”, jawabku dengan menjeling ke arahnya. 
“Iya ke? terima kasih sayang”, Azry menghampiriku lalu mencium kedua-dua pipiku dengan perasaan gembira.  Dia seperti budak kecil yang mendapat coklat saja lagaknya.
“Eh eh, sedondon pulak kita malam ni, macam majlis malam ni majlis kita pulak”, kata Azry apabila melihat aku memakai dress labuh yang juga berwarna merah yang dihadiahkan oleh kak Rina. 
Sejurus siap berpakaian Azry masih membelek-belek wajahnya di hadapan cermin lalu dia mencapai minyak wangi kegemarannya dan disembur ke seluruh pakaian. 
“Dahlah bang sembur minyak wangi tu, banyak sangat nanti bukannya berbau wangi, bau busuk lagi ada”  perli ku. 
“Sikit-sikit dahlah, nak wangi-wangi sangat pun bukan ada orang nak cium abang pun”  Azry berlagak selamba. 
“Ok, jom turun sayang”   Azry menghulurkan tangannya untuk memimpin aku ke bawah. 
Teman-teman mama dan beberapa saudara mara yang terdekat telah mulai memenuhi ruang tamu.  Kak Rina masih tidak kelihatan.  Aku menghampiri mama menanyakan tentang kak Rina. 
“Di dalam bilik, tak siap lagi agaknya”  jawab mama. 
“Biar Sara pergi tengok sekejap”  ibu mengangguk. 
Aku pun memanjat anak tangga semula ke atas.  Daun pintu kak Rina ku ketuk perlahan.  Seketika kemudian kak Rina kelihatan terjengul di muka pintu.  
“Oh Sara, masuklah”  aku pun memboloskan diri ke dalam bilik kak Rina. 
“Dah siap pun, kenapa tak turun?”  tanyaku kepada kak Rina yang duduk di kerusi berhampiran dengan meja solek.
“Akak tengah tunggu call”  jawab kak Rina dengan telefon bimbit di tangan.  “Tunggu call? Dari siapa?”  aku ingin tahu.  
“Adalah..”  jawab kak Rina pula.  Ada riak gembira di muka. 
Tiba-tiba kedengaran deringan dari telefon bimbit kak Rina.  Kak Rina pun
dengan girangnya menjawab panggilan telefon itu. 
“Dah sampai?”  tanya kak Rina kepada seseorang yang masih menjadi tanda tanya di seberang talian. 
“Ok, I nak turun dah ni”  kata kak Rina lagi.
Kak Rina kelihatan mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah sedang mendengar sipemanggil di hujung talian sedang bercakap.
“Bye..”  talian telefon dimatikan.  Kak Rina bingkas bangun. 
“Jom kita turun”. 
“Siapa tadi tu kak?”. 
Surprise, nanti akak kenalkan”.
“Dah ada pakwe baru agaknya” hatiku berteka teki. 
Mungkin seseorang yang istimewa bakal datang dan akan diperkenalkan kepada kami sebentar lagi.  Kami terus melangkah keluar menuruni anak tangga.  Kami mendapatkan tetamu-tetamu di ruang tamu dan bersalam-salaman dengan mereka.  Di luar rumah,  ramai sudah tetamu-tetamu yang sedang menunggukan kehadiran kak Rina.  Kebanyakan mereka terdiri daripada kawan-kawan lama kak Rina.  Azry menghulurkan aku segelas fresh orange dan mendapatkan kerusi untuk aku duduk di satu sudut berhampiran dengan pintu utama masuk ke rumah. Seketika kemudian Azry datang lagi membawakan aku sepiring mihun goreng dan sekeping cheese tart kegemaran ku. Azry duduk di sebelah bersama-sama menemani aku makan.
Dari kejauhan dengan jelas kelihatan kak Rina berdampingan dengan seseorang.  Seorang lelaki kacak yang sama padan dengan kak Rina yang cantik itu. 
“Siapa tu?”  bisik ku ke telinga suamiku.  Azry melilau mencari-cari siapa yang ku maksudkan.
“Tulah, yang jalan dengan kak Rina tu”  aku menunjuk dengan muncung.  Agak lama Azry memerhatikan pasangan itu.
“Eh! tu kalau tak salah Hakim pakwe lama kak Rina dulu tu”. 
Barulah aku tahu rupanya itulah lelaki yang menelefonnya tadi.  Mungkin mereka
sudah berbaik semula.  Baguslah kalau betul begitu.  Dalam sekelip mata sahaja pasangan itu telah hilang dari pandangan di tengah-tengah tetamu-tetamu yang hadir.  Mama dan papa kelihatan sibuk melayan teman-teman mereka yang turut sama ada pada malam itu. 
Kak Rina tiba-tiba menghampiri aku dan Azry yang sedang  menikmati keenakan makanan yang ada tanpa perasan kehadiran kak Rina dan lelaki tadi disisinya.  Azry bersalaman dengan lelaki kacak itu sebaik sahaja mereka terpacul di depan mata dan kak Rina memperkenalkan aku kepadanya. 
“Ini wife Azry, namanya Sara”  lelaki itu menghulurkan tangan kepadaku dan aku
menyambut tangannya dengan sekuntum senyuman manis di bibir. 
“Hai, saya Hakim, apa khabar?”  tanyanya ramah. 
“Baik”  jawabku pendek.  Tangan Azry segera merangkul lenganku.  Kak Rina kelihatan berbisik sesuatu ke telinga lelaki itu dan dengan hormatnya dia meminta diri dan mereka berlalu meninggalkan kami.
“Padan betullah mereka berdua tu, kan bang?”. 
“Ia ke? macam kita?” Azry tidak habis-habis dengan gurauannya yang menjengkelkan.  Perasan! Satu cubitan singgah di pehanya.


            Malam sudah semakin lewat dan para tetamu yang hadir mulai beransur pulang.  Kak Rina masih di luar melayan beberapa orang teman-temannya yang ada.  Lelaki tadi sudah tidak kelihatan lagi mungkin sudah lama pulang. Azry mengajak aku ke bilik kerana keletihan. Selepas bersiram terasa hilang kepenatan kerana sepanjang hari melayan tetamu-tetamu yang datang. Cuaca malam itu agak panas, alat penghawa dingin yang terpasang terasa leganya.  Oleh kerana kekenyangan aku tidak bisa melelapkan mata walau sepicing.  Puas aku melayan untuk melelapkan mata, ku pusing ke kiri, pusing ke kanan masih tidak berjaya. Suamiku yang tidur di sebelah telah lama terlelap dan dengkurannya menambahkan gangguan tidurku.  Aku terlelap sewaktu hari hampir subuh. 

                        Pagi itu kerana mengantuk yang amat sangat, aku rasa tidak berdaya untuk bangun pagi. Mata terasa berat untuk dibuka. Tangan ku meraba-raba di sebelah, ternyata Azry juga masih diulit mimpi indah.  Aku terlelap semula. Kring.. kring…kring… deringan telefon bimbit mengejutkan aku. Ya Allah! Pukul berapa ni?  Biasan cahaya matahari yang terang benderang masuk dari tingkap kaca menandakan hari sudah tinggi.  Deringan tadi terhenti sebelum ianya sempat aku jawab.  Di skrin telefon bimbit tercatat nombor pejabat, siapalah yang telefon tadi? 
Jam bulat yang tergantung di dinding  menunjukkan kepukul 9.45 pagi.  Aku mengeluh, terlewat bangun aku hari ni.  Terasa penat seluruh tubuhku. Aku menepuk belakang Azry yang masih berdengkur.  Terpisat-pisat dia terjaga dan bangun. 
“Sara tak kerja ke hari ni?”. 
“Kerja. Masuk lepas lunchlah. Letihlah bang”. 
“Abang cuti, nanti abang hantar Sara ok”.  Azry bergerak ke bilik air. 
“Ok” lega rasanya bila Azry menawarkan dirinya untuk menghantar aku ke pejabat nanti.  Aku segera menekan nombor pejabat dan kedengaran suara Maria penyambut tetamu menjawab. 
“Perangsang Delima Sdn Bhd , good morning”. 
“Good morning Maria, tolong pass the line to Dida”. 
“Oh Puan Sara, you hold on”. 
Thank you, Maria”. 
Aku memberitahu Dida yang aku akan masuk ke pejabat selepas waktu makan tengahari dan memintanya menyediakan senarai nama-nama pembeli dan nombor lot rumah yang telah berjaya dijual sepanjang pameran di PWTC berserta harga-harga rumah tersebut.  Aku terus berbaring di katil sementara menunggu Azry keluar dari bilik mandi.  Suara Azry kedengaran memanggil ku.  Dengan malas aku bangkit dari tempat pembaringan menuju ke bilik mandi.  Dato’ Dr Fadzillah Kamsah selalu berkata di dalam ceramah-ceramahnya, sekiranya mahu rumah tangga kekal bahagia hendaklah sekali sekala mandi bersama.  Itulah kata-kata yang selalu Azry bisikkan ke telingaku.


                        Selepas makan tengahari Azry menghantar aku ke pejabat.  Setibanya aku di ruang pameran berhampiran dengan meja penyambut tetamu, kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk berbincang sesuatu dengan Badri.  Aku terus ke bilik pejabatku.  Dokumen-dokumen yang telah ku arahkan Dida tadi telah siap berada di atas mejaku.  Aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan ku letakkannya di atas meja sisi.  Dokumen-dokumen tadi ku semak dengan terperinci satu persatu.  Tok… tok…tok… pintu diketuk dari luar.  Badri datang menghampiriku dengan senyuman. 
“Puan Sara, ada purchaser di luar yang nak berbincang sesuatu dengan you”. 
Ada hal apa, Bad?”. 
Purchaser tu nak beli dua lot rumah banglo, tapi dia minta diskaun lagi, I tak
berani nak bagi so kalau boleh I panggil mereka masuk jumpa you”, cadang Badri. 
“Siapa nama mereka?”  Badri menghulurkan borang pendaftaran yang telah diisi   
oleh mereka. 
“Dato’ Saiful Baharum dan Datin Fariza, emm.. ok panggil mereka masuk”  Badri
 pun keluar menuju ke pintu.  Aku bangkit dari tempat duduk apabila melihat kedua-dua tetamu itu masuk.
“Sila duduk Dato’, Datin”  dengan hormat aku mempersilakan mereka duduk.  Dato’ Saiful memberitahu aku tujuan mereka dengan ramah sekali, begitu juga isterinya Datin Fariza. 
“Kami nak minta jasa baik you untuk bagi diskaun lebih sikit, sebab kami bercadang nak beli dua biji banglo sekali.  Kami dah pergi ke tapak rumah dan sudah tengok rumah contoh tu.  I memang sukalah dan berkenan sangat dengan design rumah tu. Satu tu nak hadiahkan untuk anak I yang nak kahwin tak lama lagi”  luah datin Fariza dengan panjang lebar. 
“Beginilah Dato’ dan Datin, saya akan bawa hal ini ke mesyuarat nanti, sebab masalahnya harga-harga tu dah ditolak 10 peratus dari harga asal.  Jadi saya kena berbincang dengan pihak atasan berkenaan hal itu dulu, tak berani nak buat keputusan dan saya akan beritahu Dato’ dan Datin secepat mungkin”  jawabku dengan  seulas senyuman. 
If that is the case, tak apalah, we’ll wait for your call ”. 
“Ya”  aku menggangguk. 
Don’t worry Dato’, Datin, I’ll let you know as soon as I got the answer from the management, ok”. 
“By the way, you are?” tanya Datin Fariza sambil menghulur tangan untuk berjabat salam.
“Sara.. er.. Maisara..”  tangannya ku sambut.  Aku juga bersalaman dengan Dato’ Saiful.  Sebagai tanda menghormati mereka aku mengiringi mereka sehingga ke muka pintu.


Followers