Saturday, October 31, 2009



"Indahnya dunia hanya sementara,

indahnya bercinta hanya seketika,

indahnya bermimpi kadangnya tak pasti....

tapi indahnya persahabatan kan tetap abadi...."

Thursday, October 29, 2009

Seseorg manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil maanfaat daripada kegagalannya dan cukup berani membetulkan kesilapan.

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya

Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,jangan hidup seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti orang lain.

Wednesday, October 28, 2009

Persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. Tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. Namun takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa. Sekali kita berkawan, ia akan kekal selamanya.

Sunday, October 25, 2009



" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari"


"Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilahhati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dadakami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu... . ameen Ya Robb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA... AKU CINTA AKAN DIRIMU.. AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU ..TIADA PUJI DALAM HAL INI, DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI.. PUJI DALAM HAL INI, DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU.. YA RABB"

Saturday, October 24, 2009

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". H.R. Thabrani.
Hari Esok akan menghapus semua mimpi buruk, mengusir semua kesedihan dan menggantinya dengan keriangan dan tawa. Sesungguhnya kebahagiaan itu muncul setelah kesusahan.

Bersikap positif dan optimislah dalam hidup. Jika hari ini anda manghadapi hal yang tidak baik, percayalah bahawa ia akan berakhir dan hari esok akan menyusul membawa khabar gembira dan kebahagiaan.

Thursday, October 22, 2009

jangan jadikan diri ini sebagai helaian tisu yang hanya untuk mengelap kotoran semata-mata'

'apa jua yang berlaku ke atas diri ini adalah dugaan & cabaran yang menjadi asam garam kehidupan'

'bukan semua di dunia ini milik kita, tapi percaya yang ALLAH telah menciptakan sesuatu yang istimewa untuk kita'

'janganlah kau tangisi perpisahan sebaliknya tangisi lah pertemuan, kerana tanpa pertemuan tidak akan wujudnya perpisahan'

'tidak salah pasang angan-angan, kerana dengan angan-angan suatu hari nanti insyaallah membawa kejayaan'



Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul. Apabila kita menemui insan yang betul ,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wednesday, October 21, 2009

Sometimes...
when you cry...
no one sees your tears.

Sometimes...
when you are in pain...
no one sees your hurt.

Sometimes...
when you are worried...
no one sees your stress.

Sometimes...
when you are happy...
no one sees your smile.
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Tuesday, October 20, 2009

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.

Bergaul lah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

Sahabat mewakili suatu kekuatan. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.

Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri.....

Jangan dipertikaikan suatu nilai persahabatan hanya kerana satu kesilapan.

Dosa yang paling keji terhadap rakan-rakan bukanlah kerana membenci mereka tetapi kerana kita bermuka-muka dengan mereka.

Lawan tetap lawan..... walaupun kita tewas..... namun musuh luka jua.

Darihal seseorang tak usah kau tanya, tapi tanyailah siapa temannya, sebab tiap-tiap teman itu adalah meniru temannya

Sunday, October 18, 2009


Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.


Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Secebis KASIH membuat kita SAYANG,

Seucap JANJI membuat kita PERCAYA,

Sekecil LUKA membuat kita KECEWA,

Tetapi sebuah PERSAHABATAN kan selamanya BERMAKNA



Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insani,
Dan di mana terciptalah cinta,
Di situ rindu bermula.

Cinta itu tak pernah meminta,
Tetapi memberi sepenuh rela,
rasa bahagia biarpun sengsara,
Berkorban segala-gala.

Friday, October 16, 2009

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.

Tetapi segagah-gagah dan keperwiraan seorang lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana cinta.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira !

Aneh, tetapi itulah hakikatnya....

Wednesday, October 14, 2009


Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya...



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama...



Jangan melarikan diri daripada 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu...

Sunday, October 11, 2009



kawan yng baik umpama minyak wangi, kalau tidak memberi tetap rasa wanginya, kawan yang jahat pulak seperti besi yang panas, walau tidak didekati masih terasa bahang panasnya...
Semakin jauh perjalanan, semakin dekat kematian, semakin bertambah beban, semakin kurang keupayaan, semakin banyak jawapan semakin banyak pula persoalan.

Dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Hidup ini akan menjadi lebih indah jika ada kemaafan sesama insan.

Hanya iman dan keyakinan mampu mendayung perahu kehidupan dengan ketenangan merempuh ujian.

Tuluskan dengan TUHAN, jujurlah sesama INSAN



Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri."


simpan sedikit benci pada yang paling kita sayang...

sisih sedikit sayang buat yang paling kita benci..

kerana kasih sayang tidak selamanya kekal dihati..

dan benci tak sampai mati...



Saturday, October 10, 2009

SUATU MASA



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat.....

Kita menangis dan tertanya-tanya .....

Kemana hilangnya matahari...

Rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi


Ada ketikanya....



MATA silap memandang

TELINGA salah mendengar

LIDAH terlanjur berkata-kata

FIKIRAN khilaf menafsir

dan HATI silap menduga.....



tak salah andai kemaafan perlu dipinta....dan kemaafan jua harus diberi.... jadikan ramadhan ini.... titik permulaan untuk kita membersihkan diri dari dibelenggu kekesalan.....

Friday, October 9, 2009

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR,

Teman yang paling akrab ialah AMAL,

Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM,

Bahasa yang paling manis ialah SENYUM,

Ibadah yang paling khusyuk, ingatlah ALLAH.
Abubakar r.a.

Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik

Orang yang beriman itu lebih manis dari madu

Mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut



Umar r.a.

Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik

Seorang raja itu lebih manis dari madu

Memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut



Utsman r.a.

Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik

Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu

Beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut



Ali r.a.

Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik

Menjamu tamu itu lebih manis dari madu

Membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya lebih sulit dari

meniti sehelai rambut

Wednesday, October 7, 2009


Ketahuilah OlehMU


Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.


Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu ...
Allah SWT selalu berada di sampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawabannya.


Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Tuesday, October 6, 2009

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sunday, October 4, 2009

You are strong... when you take your grief and teach it to smile.

You are brave... when you overcome your fear and help others to do the same.

You are happy... when you see a thorn and accept the way it is.

You are loving... when your own pain does not blind you to the pain of others.

You are wise... when you know the limits of your wisdom.

You are true... when you admit there are times you fool yourself.

You are alive... when tomorrow's hope means more to you than yesterday's mistake.

You are growing... when you know what you are but not what you will become.

You are free... when you are in control of yourself and do not wish to control others.

You are honorable... when you find your honor is to honor others.

You are generous... when you can take as sweetly as you can give.

You are humble... when you do not know how humble you are.

You are thoughtful... when you see me just as I am and treat me just as you are.

You are merciful... when you forgive in others the faults you condemn in yourself.

You are beautiful... when you don't need a mirror to tell you.

You are rich... when you never need more than what you have.

You are you... when you are at peace with who you are not.



Why be other than yourself when you can be you with all the above qualities....

Friday, October 2, 2009

Hidup ini umpama roda. Adakala dibawah adakala kita diatas. Adakala jalannya lancar adakala jalannya berliku.


Begitu juga kehidupan. Hidup yang dilalui penuh dengan cabaran dan pancaroba. Tetapi dalam setiap apa yang kita lakukan jika disulami dengan keikhlasan dan kejujuran, pasti setiap liku berjaya ditempuhi dengan izin Ilahi

Thursday, October 1, 2009



Indahnya Perkenalan Jika Disulamkan Keikhlasan... Moleknya Persahabatan Andai Setia Dipertaruhkan... Dan Untungnya Berkawan Jika Berkekalan Untuk Selamanya...


Bahagia umpama buah yang ranum. Manakala derita umpama sarang tebuan. Keduanya bersebelahan…. Dua-dua ditakdirkan Allah untuk hambanya. Petiklah buah yang ranum tapi jangan sekali-kali disentuh tebuan yang menyengat tu…..

Followers