Friday, February 12, 2016

TERBAIK UNTUKMU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Lama benar blog ini terbiar sepi dan tidak ada cerita baharu yang dikongsikan. Kerajinan aku menulis di blog sudah jauh ke laut. Bukan tidak rindu utk menitip sebaris dua ayat tetapi kekangan waktu sangat2 tidak mengizinkan. Waktu datang dan pergi dgn pantas. Adakalanya sehari suntuk di rumah seperti tidak cukup waktu, padahal bukan sibuk buat apa pun. 

Sekejap saja kita sudah berada di tengah bulan Februari. Seperti baru minggu lepas kita menyambut tahun baharu. Tahun baru cina pun sudah masuk hari ke lima hari ini. Cuti panjang tahun ini aku dan keluarga tidak kemana2. Pengalaman lalu mengajar kami supaya duduk di rumah saja, tidak menambahkan kesesakan jalan raya dan tempat2 percutian.

Masih belum terlambat untuk aku mengwar2kan karya terbaru aku. Baru ke? Hehehe.. Sebenarnya "Terbaik UntukMu" sudah berada di pasaran sejak bulan Jun 15 yang lalu. Kepada sesiapa yang belum mendapatkannya janganlah fikir dua tiga kali untuk memilikinya.. Beli dan bacalah karya terbaru aku tu. Selesai baca bagilah komen. Aku terima dengan redha hati walaupun komen yang diberi pedih hati untuk aku mendengarnya. Kalau boleh bagilah komen yang menaikkan semangat aku untuk berkarya lagi.. hehehe..


Setakat ini dulu ya.. nanti aku update status lagi..

Friday, April 10, 2015

KARYA TERBARU KU AKAN TERBIT

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH swt. Penantian ku berakhir dengan berita gembira. Manuskrip ku telah pun diterima dan dikhabarkan akan diterbitkan tidak berapa lama lagi. Bagi seorang novelis seperti aku, berita manuskrip diterima dan akan diterbitkan adalah berita yang paling gembira sekali.

Insya-ALLAH, karya terbaru ku itu akan bertemu pembaca pada PBAKL yang akan datang. Tunggukan jadual bertemu penulis nanti. Akan aku khabarkan tarikh dan waktu aku akan berada di meja penulis untuk bertemu kalian. Rindu.



Wednesday, March 18, 2015

PENANTIAN ITU MENGUJI KESABARAN


Penantian itu satu penyiksaan..
Benarkah begitu?
Bukankah penantian itu mengajar kita erti sebuah kesabaran..
Ya! aku sedang menanti dengan penuh sabar dan debar
Mudah2an jawapan dari penantian akan berakhir dengan kemanisan..

Wednesday, February 11, 2015

AWAK APA KHABAR?

Rindunya untuk meluangkan masa menulis di ruang ini spt yg pernah saya lakukan beberapa tahun yg sudah. Blog saya kini sudah sepi. Tiada coretan dan nukilan yg saya titipkan untuk dikongsikan bersama. Entah kenapa malam ini, hati saya bagaikan dipanggil2 utk melakar cebisan rasa sekadar melepas rindu yang sekian lama bertakhta di sudut hati. 

Masa begitu cepat berlalu pergi. Adakalanya saya lelah tanpa berlari. Mujur saja hidup saya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa tidak memerlukan saya berkejar2 ke sana kemari. Anak2 yg sudah meniti dewasa menjadikan ruang waktu saya semakin byk untuk diluangkan utk diri sendiri. Kadang2 saya rindukan rutin saya ketika menjadi drebar aka chef kpd putra2 saya. Waktu itu saya sibuk keluar masuk rumah demi untuk memastikan putra2 saya sampai ke sekolah dgn selamat dan membawa mereka pulang tanpa perlu berpanas dan berhujan. Manusia mmg tidak pernah bersyukur dgn apa yg dimiliki. Ketika itu saya harapkan masa segera berlalu agar anak2 cepat habis sekolah dan saya tidak perlu jadi drebar. Tetapi kini saya rindu pula dengan rutin sibuk itu. hehehehe..


Cukuplah setakat ini dahulu. Nanti esok2 saya hapdet lagi.
Saya tinggalkan kalian dgn sejambak bunga mawar merah tanpa puisi.


.

Friday, May 16, 2014

ANDA MAHU BELAJAR MENULIS?

1. Sediakan buku nota khas untuk sebuah novel. Jangan campur dengan nota untuk cerpen atau novel lain. Buku nota itu biar mudah dibawa ke mana-mana.

2. Muka surat pertama, tulis tarikh - dengan itu anda tahu berapa lama akan siapkan novel tersebut. Muka terakhir, tulis tarikh - anda akan tahu bila novel itu mula terbelangkai, tak bergerak.

3. Sediakan sinopsis cerita dalam 3 hingga 5 mukasurat. Watak dan perwatakan. Latar tempat. Ini amat berguna jika anda tersekat di mana-mana, mudah untuk menyambung semula.

4. Fail rujukan, buku rujukan dan laman web rujukan hendaklah dicatat di buku nota. Mungkin kita bukan menulis cara persuratan baru tetapi biarlah maklumat yang ditulis itu betul. Lebih cantik lagi jika ada koleksi gambar - gambar bangunan dan wajah-wajah manusia sebelum perang - jika menulis novel seperti itu.

5. Mula menulis pada masa yang sama setiap hari, dengan jumlah jam yang sama juga. Disiplinkan diri.

6. Offkan handphone, offkan internet terutama facebook.

7. Siapkan dahulu keperluan keluarga dan anak-anak. Contoh, siapkan beli barang pasar, kalau tidak isteri kita suruh pergi pasar hendak masak - dah tergendala.

8. Gunakan meja dan persekitaran yang selesa dengan diri kita. Saya tidak ada masalah jika menulis sambil anak bermain di bawah meja. Ada orang yang mahu berkurung. Paling penting jangan sampai mengabaikan keluarga atau menjadikan aktiviti penulisan itu menjarakkan keluarga.

Selamat menulis!

copy/paste:  astakavilla.blogspot.com


Thursday, April 24, 2014

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat2 novel walau dimana kalian berada. Sekarang ini musim hujan petang. Walaupun setiap petang hujan turun dgn lebat namun di kawasan rumah saya masih menghadapi catuan air.  Alhamdulillah, anggaplah apa yg berlaku sebagai ikhtibar dan peringatan supaya kita menghargai air dan jangan suka membazir air.. Mandi tu jangan sampai habis air satu kolam... hehehe..



Oh ya.. pesta buku sudah bermula.  Hari ini merupakan hari pertama. Jangan lupa jom kita ramai2 serbu PWTC.  Kita borong buku2 yang dijual dengan harga murah. Saya tidak ada novel baru tahun ini. Namun semangat untuk bersama2 kawan2 yang lain di sana sangat berkobar-kobar.  Saya merancang untuk turut hadir tapi belum pasti bila saya dapat kesana.

Pintu gerbang yang menunggu pengunjung datang..



Cuba tengok jadual di atas.. mungkin ada diantara mereka merupakan novelis
kegemaran anda. Datanglah bersama keluarga dan kawan-kawan.
Novelis-novelis  kegemaran anda setia menunggu.
Jangan lupa dapatkan tandatangan mereka.
Dan yang lebih penting, bawalah kamera untuk merakamkan kenangan 
bersama novelis kesayangan anda.

Dan akhir sekali jangan lupa dapatkan karya-karya lama saya, ya... :)


Jumpa di sana!!!

.




Thursday, February 20, 2014

APA BAGUSNYA MENYEBUT JENAMA DALAM TULISAN?

Ada penulis yang tidak mahu menyebut jenama dalam karya mereka kerana berasakan cara itu akan mempromosi produk yang disebut. Contohnya, jika watak hero dan heroin menjamah burger di sebuah restoran, penulis tidak menyebut jenama McDonald’s kerana tidak mahu mempromosi jenama itu.

Jika dilihat daripada sudut begitu, pendirian penulis itu ada betulnya. Buat apa kita beri promosi percuma kepada mana-mana syarikat? Tetapi, kita harus mempertimbangkan pula, jika kita gunakan jenama itu, apakah ia akan menguntungkan atau merugikan karya kita?

Sebenarnya, penggunaan apa jua jenama memanglah akan menguntungkan syarikat berkenaan. Mereka dapat promosi percuma. Tetapi, kita pun dapat meningkatkan rasa authentic(seperti betul-betul) watak, dan latar tempat novel kita.

Jika kita gunakan watak hero yang hensem dan kaya, adalah lebih meyakinkan jika si hero memandu Mercedes Benz E-Class, berkacamata Cocoons, berpakaian baju-T jenama Polo, berseluar Strhobby, jam tangannya jenama Tag Heuer dan berkasut Hogan. Memasukkan jenama-jenama ini sudah cukup menggambarkan seorang hero yang bergaya dan kaya.

Ia memberi imej seorang hero yang ada kelas. Dan yang penting juga, ia menggambarkan yang kita sebagai penulis ada buat research untuk watak kita. 

Dalam pada itu, adalah tidak molek andainya kita gunakan sesuatu jenama yang dikaitkan dengan imej yang buruk. Contohnya, jika kita hendak buat kisah seorang pegawai bank yang rasuah, kita tidak boleh guna nama Maybank sebagai tempat watak itu bertugas.

Walaupun ia authentic, ia juga memberi imej yang buruk kepada bank itu. Kalau pihak bank tahu, kita harus bersiap-siap pasang peguam!


Credit kpd : www.facebook.com/Wayang Minda 

 .

Tuesday, February 11, 2014

KARNIVAL KARANGKRAF 7 - 9 FEBUARI 2014



Karnival Karangkraf telah berlangsung selama 3 hari berturut2 bermula pada hari Jumaat hingga Ahad lepas. Sayangnya saya tidak dapat turut sama menyertai rakan2 novelis untuk sama2 mempromosikan novel2 yg dijual kerana ada hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Harapan saya, moga2 saya akan dapat sama2 meng 'havoc' kan suasana di PBAKL nanti.. InsyaAllah...

.

Wednesday, January 29, 2014

MACAM MANA HENDAK MENYUSUN BAB?



Bagaimanakah kita boleh mengagak ketebalan novel kita sebelum ia dijadikan buku? Panduan daripada saya ialah, gunakan 12 poin, jenis font Times New Roman dan taip langkau 1.5 baris di kertas A4. Satu halaman bersamaan dengan 1.5 halaman bila ia dijadikan buku. Justeru itu, manuskrip setebal 300 halaman di kertas A4 akan menjadi 450 halaman bila ia dijadikan novel.

Setebal manakah yang elok bagi sesebuah bab? Bagi saya, satu bab yang tidak memenatkan pembaca ialah di antara 4.5 hingga 7 halaman. Andainya sesebuah bab itu lebih daripada itu, misalnya 8 atau lebih 10 halaman, pembaca akan jemu membaca.

Dia akan menyelak dan hatinya akan mengusik, ‘bilakah bab ini akan berakhir?’ Mainan di hati pembaca akan mengganggu tumpuan bacaan. Dia akan hilang fokus dan berasakan novel kita tak sedap.

Jika sesebuah bab itu terlalu pendek, misalnya 1.5 atau 2 halaman tebalnya, ia akhirnya akan menjadikan novel yang dibaca melompat-lompat. Seolah-olah, baru nak panas ceritanya, tetapi kita potong dan tamatkan bab itu.

Justeru itu, 3 halaman itu orang kata, sudah sedang elok. Lagipun, seseorang penulis boleh menyiapkan 3 halaman dengan agak mudah. Ini bermakna dalam sehari, dia dapat siapkan 4.5 halaman. Ini dikira sudah cukup sebagai penulis sambilan.

Bab-bab di antara 4.5-7 halaman ini melancarkan pembacaan dan membantu pembaca berasa ‘berjaya’ bila dia dapat menyudahkan sesebuah bab. Bayangkan marathon yang terpaksa dilalui oleh pembaca bila menatap 10 halaman untuk satu bab.

Lebih cantik jika kita boleh tulis setiap bab yang ketebalannya lebih kurang sama sahaja. Ini akan membantu ‘pacing’ pembacaan. Pembaca boleh berehat seketika, buat kerja lain sebelum menyambung pembacaan.


# copy paste : wayang minda/eyman haikal

.

Monday, January 27, 2014

TIPS MENULIS NOVEL



Bahagian Pertama 

Terlalu banyak surat dan e-mel yang saya terima meminta saya memberi beberapa tips untuk menulis. Sesungguhnya saya tidak dapat membalasnya kerana masalah masa yang seperti tidak cukup rasanya.

Melalui ruangan ini saya ingin berkongsi dengan para peminat, pembaca dan mereka yang berminat untuk menulis beberapa tips. Memang saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran penulis baru bagi memeriahkan bidangpenulisan tanah air.

Menulis dan menjadi penulis bagi saya perlukan kesabaran dan ketabahan (tip pertama saya). Ini yang paling utama dan paling perlu ada pada setiap orang yang bercita-cita mahu menjadi penulis. Ketabahan dan kesabaran ini akan dilalui dalam beberapa peringkat ketika menulis dan selepas tulisan kita sudah sedia diterbitkan (kadangkala kita rasa karya kita boleh diterbitkan tetapi penerbit rasa sebaliknya).

1. Kesabaran dan ketabahan

Dalam proses permulaan menulis, seseorang penulis baru harus sabar dan tabah bagaimana mahu mencari idea untuk menulis. Kadangkala penulis baru menghadapi masalah bagaimana mahu bercerita, mencari bahan cerita atau bagaimana membina plot-plot dalam cerita itu nanti. Di sini kesabaran paling utama kerana proses membina cerita bukanlah proses yang mudah.

Proses pertengahan adalah proses yang cukup mencabar kesabaran penulis, ketika cerita sudah dibina. Sedang sedap menulis atau menaip tiba-tiba si penulis kehilangan idea. Apa nak ditulis? Idea terbang melayang, cari tak jumpa-jumpa. Kalau idea dah terputus macam mana nak menulis, kan?

Sabarlah… ada cara untuk menanganinya.

2. Selepas menghabiskan karya, mencari tajuk buku pun satu hal. Tetapi perkara ini boleh dibantu oleh penerbit. Kadangkala dalam proses ini membuatkan kita boleh jadi tidak sabar kerana kita tidak suka dengan tajuk yang diberikan oleh penerbit. Sabarlah….

Dan paling penting, seorang penulis baru perlu sabar dan tabah dalam menghasilkan karyanya, tabah ketika mengetahui karya mereka dibakul sampahkan dan sabar apabila mendengar komen daripada editor penerbitan yang mengatakan buku awak ni rubbish!, buku awak ni tak ada nilai!, apa buat cerita macam ni?, atau bermacam-macam lagi.



copy paste: www.mykarya.net

.

Followers