Tuesday, April 12, 2011

IRAMA SEMALAM - BAB 10

.
Tengahari itu Azry datang menjemput ku di pejabat untuk keluar makan tengahari. 
Free ke hari ni bang?” soalku sambil membetulkan anak rambut yang jatuh menutup pandangan mata. 
“Tengahari ni abang free sikit, lagi pun dah beberapa hari ni memang abang ada terfikir nak ajak Sara keluar lunch. Balik ofis lambat sikit tak apa ke Sara?” soal Azry sambil memandu dan pandangannya ditumpukan ke jalan raya.
“Boleh tu boleh, tapi janganlah lambat sangat.  Sara sebenarnya ada banyak kerja pasal housing exhibition kat PWTC minggu depan. Nak jumpa beberapa suppliers untuk buat banners dan flyers” jawabku sambil memerhatikan wajah Azry. 
Dia hanya tersenyum dan terus memandu ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu ke mana. 
“OK, kita dah sampai, jom”  aku mengekori Azry dari belakang menuju ke hotel Grand Bluewave di Persiaran Perbandaran Shah Alam. Azry yang sudah agak ke depan berhenti dan menoleh ke belakang dan menghulurkan tangannya.  Azry memegang tangan ku erat sebaik sahaja tangannya ku capai.  Kami menuju ke Semarak Café yang berada disitu.  Rupa-rupanya dia telah membuat tempahan meja sebelum kemari. 
Surprise apa ni bang? Hari ni bukan harijadi Sara dan bukan harijadi abang dan bukan juga anniversary kita”  aku sedikit teruja.
“Hai! nak bawa isteri makan sesekali kat tempat macam ni kena ada hari-hari yang special saja ke?”  Azry mengerutkan dahirnya. 
“Jom kita pergi ambil makanan dulu”  kami bangkit dari tempat duduk dan menuju ke meja buffet di mana beraneka jenis makanan terdapat di situ.  Memang kesemua makanan yang dihidangkan lazat-lazat belaka. Oleh kerana terlalu banyak lauk-pauk yang nampak menyelerakan, maka aku hanya mengambil lauk sahaja tanpa nasi.
“Eh, Sara tak ambik nasi ke?”  soal Azry kehairanan. 
“Tak, tengoklah tanpa nasi pun pinggan dah penuh.  Nanti terlebih kenyang malas pulak” jawabku ringkas. 
Kami duduk dan terus makan dengan perlahan dan santai.
“Hari minggu ni kak Sharina nak balik” beritahu Azry. 
“Balik dan terus kerja di sinilah ya bang?”.  
“Agaknyalah tu.  Papa ada bagitau, dah ada kerja yang menunggu kak Rina.  Tak taulah kak Rina setuju ke tak.” 
“Eloklah dia balik ke sini ya bang, lama sangat dah dia duduk kat UK tu”. 
“Emm, ialah habis je belajar kat sana dia terus kerja, abang agak kalau tak silap dah tujuh tahun dia duduk sana, kalau kahwin dah beranak pinak”  gurau Azry disambut dengan gelak ketawa.     
Selesai makan Azry menghantar aku pulang ke pejabat semula.  Sebaik sampai di hadapan bangunan pejabat ku, kelihatan Dino sedang berbual dengan seseorang di tangga.  Azry memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pintu besar.  Sebelum aku membuka pintu kereta aku bersalam dan mencium tangan Azry.  Mata Azry hanya tertancap kepada dua orang lelaki yang sedang berbual di tangga. Air muka Azry nampak berubah. 
“Ok bang, bye” pintu kereta ku tutup semula. 
Aku masih berdiri di situ dan melambaikan tangan memerhatikan kereta Azry berlalu pergi sehingga hilang dari pandangan.  Apabila melintasi dua orang lelaki yang sedang berbual di tangga itu aku berhenti. 
“Hai! Puan Sara baru balik dari makan ke?” sapa Encik Mior. 
“A’ah.  Kenapa berborak di tangga saja? Tak masuk ke pejabat?” jawabku. 
Encik Mior adalah salah seorang peguam panel projek kami. Kebanyakan dokumen perjanjian pembelian rumah dari pembeli, kami serahkan kepada syarikat guaman encik Mior untuk diuruskan.
“I dari ofis youlah ni, tadi lunch dengan Dino.  Ingatkan nak ajak you sekali tapi you dah keluar” beritahu encik Mior. 
“Oh iyake? Tak buat appointment, lain kali calllah dulu” gurau ku. 
Dino di sebelah encik Mior hanya diam sambil menghembuskan asap rokok berkepul-kepul ke udara dari mulutnya. 
“Oklah encik Mior, I masuk ofis dulu kalau ada apa-apa jangan lupa call I ye”.  “Ok ok..nanti I call you” aku pun melangkah naik ke anak tangga atas tanpa menoleh. 

Petang itu aku adakan mesyuarat untuk jabatan ku.  Dengan enam orang staf yang di bawah selenggaraanku sudah memadai untuk mengendalikan pameran yang akan diadakan pada minggu hadapan di PWTC selama tiga hari dan menyambung dua hari lagi di Alam Central Shah Alam.  Aku bernasib baik kerana jabatan lain terutamanya dari jabatan projek dengan senang hati mahu membantu untuk melayan pembeli-pembeli yang akan datang ke tapak projek perumahan.  Begitu juga Dino yang telah berjanji akan meletakkan staf-stafnya di pejabat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari panggilan telefon. 
Advertisement akan keluar di akhbar pada hari khamis sehingga hari ahad”  aku memberitahu staf-staf ku. 
Surat khabar apa Puan Sara?” tanya Zul. 
“Berita Harian, The Star dan Metro, saya mahu Zul tolong tengokkan surat khabar yang saya sebut tadi dari hari khamis sampai hari ahad dan tolong potong iklan tu dan simpan dalam fail”  arahku.
“Badri dengan Mila, I would like to remind both of you, if you receive cash payment please pass it to encik Dino or myself immediately or before you leave the booth. I atau encik Dino akan berada di situ setiap hari.  I tak nak berlaku lagi experienced yang lepas. This time kalau ada cash yang short or  missing, both of you yang akan take the responsibility, ok” kedua-dua staf yang aku maksudkan hanya memandang sesama sendiri lalu menganggukan kepala tanda faham.  
Sebelum mengakhiri mesyuarat itu aku edarkan jadual tugas kepada mereka.
Cuba you all semua tengok schedule tu dan kalau ada apa-apa tolong beritahu saya in advance.  Jangan bila sampai hari bertugas ada yang MClah atau ambil emergency leave, ok” aku mengingatkan mereka sambil mengalihkan pandangan dari seorang kepada seorang yang berada di situ. 
One more thing, I nak beritahu, on Saturday and Sunday Sally dengan Bad dari Finance department akan berada di ofis untuk tolong answer phone calls.  Zul dengan Dida, both of you will station at the officekan on that day?”, sambil meneliti jadual yang berada di atas meja.
Both of you please also answer enquiries on the phone and at the same time to attend walk in purchasers also, ya”  kedua-dua Zul dan Dida mengangguk. 
“Puan Sara kalau ada purchaser yang nak ke site, ada orang ke kat sana?”  tanya Zul inginkan kepastian. 
“Oh ya, Ridzuan dengan Desmond dari project department akan berada di site.  Tolong beritahu purchasers yang berminat the instruction how to get to the site.  Lebih elok kalau mereka dapat ke sana supaya mereka boleh tengok tapak perumahan yang akan di bina di situ” pesan ku kepada mereka. 
I hope you all will achieve the target as I told in the last meetingAnd don’t forget, if you can achieve the target I will make sure that the company will reward you with the incentives as they promised” semua staf-staf ku yang ada di situ tersenyum gembira bila aku mengingatkan mereka tentang janji syarikat sebagai perangsang.  
“Ok, anything else?  Kalau tak ada apa-apa, we adjourn the meeting, thank you”, mesyuarat itu diakhiri tanpa ada apa-apa masalah dan kami bersurai jam 5.30 petang.


Sekembali aku ke bilik pejabat dari bilik mesyuarat, aku terus mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan.  Aku dapati ada beberapa missed calls dan sms di dalam inbox telefon ku. Sebelum menekan butang untuk melihat siapa gerangan pemanggil, pandangan mata ku beralih ke nota yang tertulis di atas kertas kecil di atas meja. Tertulis nama kak Lia dan Azry di situ.  Kemudian aku meneliti telefon bimbit di tangan, terdapat dua panggilan dari Azry dan satu panggilan dari kak Lia.. 
“Sara boleh kita jumpa esok petang, call akak ye” pesanan yang kak Lia tinggalkan.   
Esok petang aku ada management meeting, biasanya lambat habis, aku bermonolog.  Aku termenung memikirkan sesuatu, lalu gagang telefon ku angkat, nombor telefon bimbit kak Lia ku dail.  Aku menunggu jawapan sehingga deringannya terhenti. Panggilan tidak berangkat.  Aku cuba sekali lagi.
“Hallo! Sara”  suara kak Lia kedengaran dari hujung talian. 
“Kak, besok Sara tak freelah kak, ada meeting.  Boleh tak kita jumpa hari lain atau kalau akak free akak datang ofis Sara, we have lunch together kat sini” cadang ku.
“Boleh jugak, nantilah akak telefon balik ye, akak nak sampai nursery nak fetch Farah ni, ok Sara, bye”.   
Ada apa lagi agaknya kak Lia ni.  Masih belum selesai ke masalah dia dengan abang Idham? fikirku sambil menggelengkan kepala dan melepaskan keluhan.  
Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Aku sedikit terkejut dengan deringan itu.   Di skrin telefon jelas tertera Hubby ku,  maka tahulah aku siapa pemanggilnya.
“Hallo sayang!” jawab ku sebaik sahaja butang hijau ditelefon bimbit ku tekan.
“Assalamualaikum…”, dia memberi salam dan salam bersambut.
 “Meeting tak habis lagi ke?” tanyaku mesra. 
“Dah habis dah.  Nak baliklah ni”  jawab ku seraya mengemas meja yang sedikit berselerak dengan kertas-kertas kerja.  
“Abang lambat balik hari ni, nak jumpa client di KL.  Sara makan dulu ya, tak payah tunggu abang sebab abang ada dinner appointment”  aku sudah dapat mengagak tujuan panggilan Azry itu. 
“Ok, jangan balik lambat tau”  pesanku. 
“Sara tunggu abang balik ya! Bye” balas Azry. 
“Bye”  ucapku sebelum memutuskan talian. 
Hai bosannya, tinggal seorang lagi aku malam ini, walaupun sudah biasa dengan keadaan itu tetapi tetap mengeluh.  Mata ku mengerling jam di tangan.  Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.30 petang.  Kalau balik waktu begini tentu jalanraya sesak teruk jadi lebih baik aku pergi minum dulu, fikirku.  Lalu aku mengambil beg tangan dan telefon bimbit dari atas meja dan berlalu keluar dari bilik pejabat.  Aku cuba menghubungi Mimi untuk menemani aku minum tetapi dia terpaksa pulang awal kerana ada urusan peribadi katanya.  Di ruang pameran berhampiran dengan meja receptionist Zul dan Badri masih sibuk menyiapkan flyers yang akan diambil esok untuk diedarkan ke kawasan-kawasan perumahan di sekitar lembah klang. 
“Sebelum balik jangan lupa tutup semua lampu dan kunci pintu ye” pesan ku kepada mereka berdua sebelum berlalu keluar dari situ. 
Ruang legar di luar pejabat ku sunyi dari kesibukan, tidak seperti semasa waktu pejabat.  Pintu kaca utama terbuka dengan sendiri seperti tahu hasrat di hatiku.  Dan kaki terus melangkah turun enam anak tangga untuk sampai ke lantai bawah menuju ke restoran Selera Kampung yang berdekatan dengan pejabat ku.  Setiba aku di situ, aku terus mendapatkan tempat duduk.  Seorang pelayan perempuan datang menghampiriku dan mengambil pesanan.  Setelah pelayan perempuan itu berlalu aku terpandangkan Dino yang duduk berseorangan di meja lain.  Tatkala terpandangkan aku Dino lalu bangkit dari kerusinya dan datang menghampiriku.  Kerusi di depan ku ditarik dan dia mengambil tempat duduk dengan segelas fresh orange di tangannya.
“Baru habis staff meeting ke?”.
“A’ah.  Semuanya dah settle.  Harap-harap kali ni staf I dapat achieve target tu.”
“Yalah, at least 60% pun dah ok dah”.
“Tak, I memang dah highlight kat staff I untuk dapatkan target tu”.
“Kalau dapat, kayalah staff I nanti”.
“Jangan lupa pulak kalau you dapat insentif tu belanja I makan”
Don’t worry.  Eh, Sale and Purchase Agreement yang baru tu Mior dah buat amendment dah?” tanyaku tentang dokumen yang telah ku hantar ke pejabatnya minggu lepas untuk dibuat pembetulan.
“Ha, tadi dia ada call I pasal dokumen tu.  Esok dia datang bawa SPA baru tu dan nak jumpa dengan you sekali.  Make yourself available, jangan pulak nanti dia datang you tak ada pulak”.
“Siapa suruh dia datang tak buat appointment dulu? Nasiblah.  Besok dia datang pukul berapa pulak?” pelayan perempuan tadi datang dengan membawa Nescafe tarik dan roti bakar dua keping seperti yang aku pesan.  Cawan yang berisi air panas tadi ku dekatkan dan sekeping roti bakar ku jamah.
 Dino mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok dan menyalakan hujung rokok dengan pemetik api berwarna kelabu kepunyaannya.  Setelah api dinyalakan, rokok yang tersepit di bibir disedut dalam dan menghembuskan asap-asap yang berkepul-kepul keluar ke udara.  Aku mengibas-ngibaskan tangan untuk mengelakkan asap rokok dari tersedut ke hidung. 
“You ni cuba lah belajar untuk berhenti dari hisap rokok, menjejaskan kesihatan tau.  Kalau kena kat you sorang ja tak apalah jugak, ini orang  lain pun terbabit sama.  You tak sayang diri you ke?”.
“Alah I tak kisah.  Kalau mati pun bukan ada orang yang nak menangis”.
“Apa pulak tak ada.  Mak you kat kampung tu, tak menangis ke?”
“Emak I memanglah, maksud I girlfriend ke bini ke, you ni tak faham-faham”, aku ketawa mendengar kenyataan Dino itu.
“You ni, betul ke you tak ada makwe, I macam tak percayalah.  Takkanlah handsome macam Shah Rukh Khan pun tak ada orang nak.  I agak you yang jual mahal, kot”.
“Ada-ada aje you ni. Kalau setakat makwe gitu-gitu senang nak dapat, petik aje jari berlari-lari datang.  I nak yang boleh buat bini tau. You faham tak, bini”  perkataan bini disebut keras, wajah Dino serius.
“You tak cari mana nak dapat.  Tak kenal tak cinta encik Dino.”
“Cakap senanglah”.
“Perempuan macamana yang you cari yang boleh buat bini” aku tekankan perkataan bini sehingga membuatkan Dino tersengih sambil menghembus asap rokok.
Good question.  Tentulah I nak cari yang ada kriteria-kriteria idaman hati I.  Bukan senang hanya perasaan di hati ni saja yang boleh menilai”  Dino menepuk-nepuk dada bila menyebut perkataan hati.  Gelihati pulak melihat gelagat Dino begitu.
“Macam-macamlah you ni Dino” aku menggeleng-gelengkan kepala dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Dulukan, masa I kat UITM, I pernah ada girlfriend tau. I kawan dengan dia setahun aje, dia budak Mascom.  Tengah I mabuk-mabuk cinta dengan dia, dia boleh berdating dengan boyfriend lain.  Mula-mula tu kawan-kawan bilik yang bagitau, konon-konon tak nak percaya, siap I marah member yang sampaikan cerita pasal makwe I tu.  Last-last Allah tu tunjukkan depan mata I, masa I nak pergi makan I nampak dia dengan boyfriend dia pergi makan di tempat yang sama, naik motor pulak tu”.  Dino memulakan cerita yang selama ini dirahsiakan dari ku.
“Habis tu, apa you buat?” tanya ku ingin tahu cerita selanjutnya.
“I dah bengang, I pergi kat dia.  Depan budak tu I tanya dia, ni siapa? Dia pun tergagap-gagap, merah padam muka dia.  Dia kata budak tu cuma kawan.  Budak lelaki tu pun datang kat I dia suruh I relax.  I kata apa relax relax, mengelabah dia”  beria-ia Dino bercerita dan menyambung selepas berhenti seketika.

“Last last I cakap, I doakan kebahagiaan dia dan jangan datang cari I lagi lepas tu.  Memang I frust menonggeng masa tu.  Orang kata makan tak kenyang mandi tak basah.  Lepas peristiwa tu, kalau I berselisih dengan dia di kampus I sanggup pusing jauh nak elakkan bertembung.  Lama jugaklah I nak lupakan dia”.  Dino menggeleng-gelengkan kepala dengan senyuman hambar yang terlukis dibibirnya. Rupa-rupanya Dino yang kacak ini pernah dikecewakan, patutlah susah benar untuk mencari seseorang yang boleh bertakhta di hatinya.

No comments:

Followers