Aku meminta Azry
menghantar aku ke pejabat kerana terlewat bangkit dari tidur. Oleh kerana keadaan yang kelam kabut itu aku
tidak sempat berdandan. Lalulintas
dijalanraya agak sesak. Kereta bergerak
perlahan bagaikan semut. Aku melihat
wajah tanpa mekap melalui cermin kecil. Sementara berada di tengah kesesakan
jalanraya aku menyapu bedak kompak ke wajah.
Mata yang bundar ku lukiskan sedikit garisan dengan menggunakan pensil
celak berwarna coklat. Maskara digunakan
untuk melentik dan menghitamkan lagi bulu mata.
Akhir sekali ku calitkan lipstik Lancome
ke bibir. Wajah ku yang tadi kelihatan pucat kini berubah. Rambut yang melepasi bahu ku sisir rapi. Bila
berada di depan cermin, aku jadi leka dengan membelek-belek wajah ke kiri dan
ke kanan. Masih cantik jugak aku ni, bisik
ku dengan hati berbunga-bunga. Perasan!
“Amboi
sudah-sudahlah tu, nak pergi kerja ke nak melaram?” Azry di sebelah ku
menegur.
Kalau
cantik isteri siapa? gumamku di dalam hati. Jam dipergelangan tangan ku kerling
sekilas, jarum jam menunjukkan kepukul 9.30 pagi. Kereta yang bergerak perlahan
agak membosankan dan boleh membuatkan hati jadi panas. Nasib baik alat penghawa
dingin yang terpasang jadi penyelamat.
Celoteh DJ Era Aznil Nawawi dari corong radio mencuit hati dan membuat
aku tersenyum sendirian. Azry di sebelah
kelihatan serius memandu menumpukan perhatiannya di jalanraya.
Seketika
kemudian kami telah sampai di perkarangan bangunan pejabat ku. Azry memberhentikan kereta betul-betul di depan
pintu masuk bangunan pejabat dan aku terus keluar dari perut kereta sebaik
bersalam dan mengucup tangannya. Aku melangkah
pantas sambil membetul-betulkan anak rambut yang terjuntai di dahi. Maria penyambut tetamu pejabat ku mengucapkan
selamat pagi sebaik aku masuk dan melintasi tempat duduknya. Aku membalas dengan menghadiahkannya sebuah
senyuman. Semua staf-staf sedang sibuk
membuat tugas masing-masing sehingga tidak perasan dengan kehadiranku. Belum pun hilang mengah kedengaran daun pintu diketuk dari luar.
“Ya,
masuk” suara ku tersekat-sekat.
Pintu
terkuak dan terjengul wajah Dino.
Wajahnya mengukir senyuman. Dia
melangkah menuju ke tempat duduk di depan ku dengan mengepit sebuah fail
ditangan.
“Assalamualaikum..
Puan Sara”.
“Waalaikumussalam
Encik Dino, ya ada apa pagi-pagi lagi dah datang bertandang ke pejabat orang
ni?”.
“Wah
berseri-seri sejak balik dari bercuti ya.
Tak ada apa-apa ke?”.
“Apa-apa
apa?” soalan yang dijawab dengan
pertanyaan, aku berpura-pura tidak mengerti.
“Biasanya
kalau orang pergi bercuti luar Negara mesti ada ole-ole, tak kan tak ada apa-apa untuk I?”.
“Tak
ada beli apa-apalah Dino. I pergi
bercuti bukan pergi bershopping”.
“Hai
tak kanlah tak beli apa-apa kot?”.
“Adalah
beli sikit-sikit, kalau kata tak ada tu tipulah kan .
Beli pun untuk parents I, parents inlaw dan untuk nephew dan niece I aja, untuk you tak ada, sorry” aku bergurau.
“Ialah
kita ni siapa kan ?
Orang mana nak ingat kita” rajuk Dino.
“Eee
buruknya orang lelaki merajuk, tak apalah nanti I belanja you lunch” pujuk
ku.
“Belanja
lunch? Betul ke Sara? Macam tak
percayalah”
“Kenapa?
You ingat I kedekut sangat ke? Kalau setakat you sorang yang makan berapa sen
sangat”.
“Ok
set. Lunch hari ni ya” aku mengangguk setuju.
“Ada apa-apa cerita yang menarik
ke sepanjang I tak ada di ofis ni?”
“Itulah
yang pagi-pagi lagi I dah datang mengadap you ni. Ada
dua berita, satu yang gembira dan satu yang tak gembira. Mana satu yang you nak dengar dulu?”.
“Ia
ke? Ada dua?” aku teruja ingin tahu.
“Tell me the bad news first”.
“Ok,
you nampak excited sangat, relax lah
Sara. We are going to launch the new shop houses by end of this month”.
“Itu
bad news ke? Come on lah Dino you ni nak bergurau pulak?”.
“Ialah
it’s a bad news to you lah sebab you
dengan staff you kena prepare all the
detail reports pertaining to the new shop
houses. Siapkan flyers baru, price list, layout plan dan yang
penting budget for the launching day. Jangan nak buat semuanya last minute, nanti bukan you saja yang kelam kabut, nanti dengan
department I pun sekali jadi lintang pukang.
Dalam meeting hari tu Dato’
ada kata launching kali ni dia nak
buat dekat site. So, maknanya you kena buat arrangement dengan pekerja-pekerja di site”.
“Bila
ya the exact launching date?” tanyaku
sambil membelek kalender yang ada di depan ku.
“Tentatively will be end of this month,
29 haribulan ke 30 haribulan ke, it’s not
confirm yet. Dato’ will inform in the next meeting”.
“Bila
tu next meeting?”.
“Kalau
ikut schedule next meeting will be on
this coming Thursday”.
“Ok, now what’s the good news?” aku rasa teruja dan tak
sabar-sabar.
“Three months bonus for your department only,
tau. The
rest cuma dapat dua bulan saja” jelas Dino.
“Oklah
tu, bersyukurlah Dino walau pun dapat dua bulan, ada orang tu bukan kata bonus,
gaji bulanan pun sangkut” pujukku.
Sememangnya
berita gembira yang disampaikan oleh Dino itu amat memberangsangkan sekali dan
sudah tentu staf-staf ku akan merasa
lebih gembira lagi apabila mengetahui berita itu nanti. Itulah ganjaran yang mereka terima diatas
kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas yang diberi dan
dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Segala penat lelah mereka bekerja tujuh hari dalam seminggu
berbaloi.
“So,
apa yang you nak I belanja you lunch
nanti?” tanya ku.
“You
yang nak belanjakan ,
so I ikut youlah”.
“OK,
so I see you later” Dino pun bangun dari tempat duduk lalu beredar
keluar.
“Oh
ya, sebelum I terlupa, you tolong go
through this file dan bagi I detail bayaran-bayaran tertunggak purchaser ni, ok”. Dino menghulurkan fail yang dipegang kepada ku
sebelum berlalu pergi.
Sejurus selepas Dino
keluar, aku memanggil Dida ke pejabat ku melalui interkom. Sebentar kemudian pintu di ketuk dan Dida
masuk melangkah dengan membawa beberapa buah fail bersamanya.
“Morning puan Sara”.
“Morning, duduk Dida”.
“Ok
ada apa-apa masalah atau mesej untuk saya sepanjang ketiadaan saya dipejabat?”
tanyaku kepada Dida.
Dida
adalah seorang staff senior ku. Dia yang
ditugaskan untuk membuat segala tugas-tugas sales admin yang akan menyediakan segala
report, menyediakan minit mesyuarat dan menyiapkan surat-surat yang aku arahkan
atau lebih senang jika aku katakan dia adalah setiausaha ku yang menguruskan segala tugas-tugasku sepanjang
ketiadaan aku di pejabat. Dida seorang staf yang boleh diharap, suruh apa saja
dan dia akan lakukan dengan baik tanpa merungut. Dida mempunyai raut wajah yang cantik
berkulit hitam manis dan ayu bertudung.
Perwatakannya lemah lembut, selalu tersenyum dan mudah mesra. Dia masih bujang dan berusia didalam
lingkungan 24 tahun. Telah beberapa kali aku cadangkan Dino untuk mengurat Dida
tetapi lelaki itu hanya tersenyum tanpa apa-apa komen yang terkeluar dari
mulutnya. Pelik kan dia, gadis secantik dan semanis itu pun
susah untuk meragut perhatiannya. Wanita
bagaimanakah yang menjadi kriteria pilihan hatinya?
“Ini
fail-fail problematic cases, saya
sudah siapkan surat-surat reminder
untuk dihantarkan kepada mereka, lepas Puan Sara tandatangan saya akan hantar
melalui AR Register. Ini report untuk bayaran-bayaran tunai yang
telah diterima semasa ketiadaan Puan Sara dan ini senarai bayaran melalui
cek. Duit-duit tunai semuanya telah saya
serahkan kepada Finance Department. Lagi satu, ada beberapa suppliers yang telefon dan saya ada catitkan nombor telefon mereka
untuk Puan Sara hubungi mereka semula. Datin Fariza pun ada call dan dia minta Puan Sara telefon dia
semula. Itu saja, nanti kalau ada
apa-apa lagi saya akan update Puan
Sara lagi” jelas Dida panjang lebar.
“Ok,
thank you Dida” ucapku sambil memerhatikannya melangkah keluar.
Seketika kemudian talipon
di sudut meja berdering. Gagang telefon
ku angkat lantas menjawab panggilan.
“Assalamualaikum”
kedengaran suara Datin Fariza menjawab ditalian.
“Waalaikumsalam
Sara. Sorry lah menganggu you ni. Bila balik dari bercuti? I cuba
call beberapa kali you tak ada, I lupa yang you bercuti ke Bali . How’s
your holiday? Seronok?”.
“Bercuti
Datin, seronoklah, bila dah balik cuti macam malas pulak nak mula kerja” aku ketawa dan Datin Fariza turut kedengaran
ketawa.
“Macamana
wedding hari tu, meriah?” tanya ku
pula.
“Alhamdulillah
ramai yang datang, tak sangka saudara mara yang lama tak jumpa pun datang. You saja yang tak dapat datang, kalau ada
tentu lebih meriah”.
“Eh
eh, ada-ada saja datin ni”.
“Sara,
I call you ni nak jemput you and your
husband datang ke rumah I hari minggu ni”
“Hai,
baru je lepas kenduri, dah nak buat kenduri lagi ke datin”.
“Bukan
kenduri, tapi buat majlis harijadi dato’, datang ya Sara”.
“Hari
minggu ni? Pukul berapa?”.
“Pukul
8.00 malam, kali ni mesti datang tau jangan pulak tak datang, ok”.
“InsyaAllah
datin kalau tak ada aral melintang sampailah tu”.
“Oklah
Sara, kita jumpa nanti ye, bye”.
No comments:
Post a Comment