Petang itu aku ke rumah
kak Lia. Kereta kak Lia tidak kelihatan
di luar rumah. Pintu dan tingkap-tingkap
tertutup rapat, kelihatan seperti tiada sesiapa di situ. Belum balik kerja lagikah? Atau mungkin
terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, fikirku. Kata kak Lia tadi siang dia akan berada di rumah
sekitar jam 6 petang tapi sekarang sudah pukul 6.15 petang. Tidak mengapalah, biar aku tunggu sekejap,
pujuk hatiku.
Rumah
teres dua tingkat milik kak Lia ini baru tiga tahun didiami, ianya dihadiahkan
kepada kak Lia oleh suaminya abang Idham sempena harijadinya tiga tahun
dulu. Waktu itu mereka baru sahaja
beberapa bulan mendirikan rumahtangga.
Beruntung kak Lia, baru saja berkahwin sudah dihadiahkan sebuah
rumah. Tetapi apa dah jadi
sekarang? Kesihan kak Lia.., kesihan
Farah yang masih kecil, masih tidak tahu apa-apa.
Aku
sedikit terkejut dan hampir melatah apabila tiba-tiba terdengar bunyi hon dari
kereta kak Lia. Sebaik sahaja kak Lia
keluar dari perut kereta kami bersalaman dan berpelukan. Farah kelihatan menggapai-gapaikan tangan
dari tempat duduk khasnya yang diletakkan di sebelah tempat duduk pemandu. Comelnya Farah dengan gigi susunya jelas
kelihatan apabila dia ketawa mengekek apabila diagah. Aku mendokong Farah sementara kak Lia
mengeluarkan bag-bag pakaian dan bekalan Farah dari tempat duduk belakang. Kami terus melangkah masuk ke dalam rumah
sebaik sahaja daun pintu dibuka. Aku
masih mendokong Farah walaupun dia kelihatan menghulurkan tangan kepada mamanya
sambil merengek supaya dia diambil dari rangkulan ku.
“Sara
duduk sekejap ya, akak bawakan air”.
“Eh
tak payahlah kak, Sara dah minum dah sebelum datang sini tadi”, aku duduk di sofa empuk dengan Farah ku
letakkan ke atas riba.
Aku
mengagah-agah sambil menimang-nimang Farah dan dia terus ketawa
terkekek-kekek. Sesekali dia ku peluk
seperti memeluk anak patung dengan geram.
Kak Lia datang dengan membawa dulang yang berisi dua gelas fresh orange dan sepiring kuih
karipap.
“Wah
ada kuih karipap, sekejap je dah siap goreng” gurau ku.
“Alah
kuih karipap versi tunjuk” balas kak Lia
dan ketawa kami pun berderai.
“Farah,
mari sini, maklang nak minum tu” kak Lia
mengangkat Farah dari ribaanku, dengan
tidak sabar-sabar Farah meronta-rontakan badannya untuk segera berada di dalam
pelukan mamanya. Pipinya yang montel ku
cubit manja lalu dia pun melalak sekuat hati.
Suasana menjadi bingit sekejap.
“Oh
sorry… sorry….maklang tak sengaja” pujuk
ku sambil tangan ku mengusap-usap pipi gebunya.
Kak
Lia meletakkan Farah di atas tilam kecil dan memasukkan botol susu ke dalam
mulut Farah yang sedang menganga.
“Minumlah
Sara”.
“Buat
susah-susah je akak ni”.
“Azry
tau Sara datang sini?”.
“Tau,
mana boleh tak tau, mengamuklah nanti kalau tak bagitau dia” jelasku tentang
sikap adik iparnya.
“Macammana
kak? Abang Idham ada balik?” tanyaku sebaik kak Lia duduk menghampiriku.
“Ada . Ingat tak masa hari
akak jumpa Sara, malam tu dia balik. Dia minta maaf pasal marahkan akak sebab
dia kata kepala otak dia rungsing sebab banyak kerja di pejabat. Masalah projeklah,
masalah kewangan syarikatlah macam-macam alasanlah dia bagi. Akak malas nak
cakap apa”.
“Maknanya
dia dah oklah ya kak?”.
“Entahlah,
bagi akak kepercayaan akak pada dia dah hilang. Memang akak ada terbaca mesej
cinta dari perempuan tu pada abang Idham, tak kan lah salah hantar pulak kot”.
“Ia
tak ia jugak ek”.
“Jadi,
apa rancangan akak? Tak kan
nak diamkan diri aje?”.
“Buat
masa ni akak nak diam dulu, akak nak tengok sejauh mana dia boleh nak
selindungkan perangai dia tu. Akak ingat
akak nak cuba
telefon perempuan tu, tapi akak takut”.
“Takut?
Takut apa?”.
“Bukan
takutkan dia
tapi takut akak ni tak kuat, nanti akak pulak yang akan menangis
lebih-lebih. Macamana ya Sara?”.
Aku
terdiam, cuba memikirkan bagaimana dan apakah taktik untuk kak Lia bertemu
dengan perempuan yang dimaksudkan itu.
“Alah
kak, apa yang nak susah-susahkan badan! Berterus terang aja. Akak ada hak ke atas abang Idham, akak tak
perlu risau dan takut”.
“Kalau
abang Idham tau yang akak telefon perempuan tu, tentu dia akan mengamuk
sakan”.
“Akak
pun dah biasa dengan situasi begitu kan ?
Apa nak ditakutkan?” kak Lia melepaskan
keluhan panjang.
“Memang
akak dah bersedia sejak insiden pertama dulu. Akak sanggup terima apa saja
keputusan abang Idham. Akak ada kerjaya dan yang penting akak ada Farah dan
keluarga akak yang lain” senyuman pahit
terukir di bibir kak Lia.
“Sara
sentiasa ada di sisi kak Lia, akak call saja insyaAllah Sara akan datang”
airmata bertakung di kelopak mata kak Lia.
Aku
menjadi sayu dengan keadaan itu. Farah
yang terbaring di atas tilam kecil sudah terlelap dengan botol yang hampir
kosong masih dinyonyot.
“Assalamualaikum..”
tiba-tiba kedengaran suara orang memberi salam dari luar. Serentak pandangan kami beralih ke pintu yang
memang terbuka dan kelihatan kelibat abang Idham yang sedang tunduk membuka
kasut di depan muka pintu.
“Waalaikummussalam,
abang Idham dah balik” ujarku.
“Dah
lama sampai Sara?” sapa abang Idham.
“Lama
tak lama, dah habislah air segelas”.
“Azry
tak datang sama?”.
“Tak,
Sara dari tempat kerja ni, lama tak jumpa kak Lia, tu yang datang singgah
sekejap” aku cuba berselindung.
“Duduklah
dulu ye, abang nak naik ke atas” kata
abang Idham sambil melangkah ke anak tangga dan aku sekadar mengangguk.
Abang
Idham kelihatan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara
dia dan kak Lia. Begitulah sikap lelaki,
egois tak habis-habis, pijak semut pun tak mati.
“Kak
Lia, Sara beransur dululah ya, hari dah senja, nak maghrib pulak tu, nanti
apa-apa akak call ok. Jaga diri baik-baik” aku memeluk kak Lia erat dan sebelum beredar
keluar sempat aku mencium pipi mongel sikecil yang enak tidur dibuai mimpi
indah.
Kak
Lia mengiringi aku hingga ke muka pintu sambil melambaikan tangan.
Sewaktu aku di pejabat
dan sedang di dalam bilik mesyuarat Azry menghantar mesej ke telefon
bimbitku. Telefon bimbit ku yang
terletak di atas meja segera ku capai apabila terdengar bunyi gegaran tanpa
deringan itu.
“Sayang buat apa tu? Malam ni abang nak ajak
Sara keluar dinner, kita jumpa di rumah nanti, bye…” aku tersenyum sebaik sahaja mesej itu
habis ku baca.
Dinner?
Ini mesti ada sesuatu yang nak disampaikan pada ku. Apa ye?
Konsentrasi ku terhadap mesyuarat yang sedang berjalan sedikit
terganggu. Tiba-tiba ku sedari Chairman menamatkan meeting dengan mengucapkan tahniah kepada ku juga kepada kakitangan
yang terbabit di dalam penjualan rumah yang baru kami lancarkan. Penjualannya sangat memberangsangkan dan
pihak majikan berpuas hati dengan apa yang telah terhasil. Aku amat berbangga dan berbesar hati apatah
lagi pihak majikan berjanji akan memberi insentif kepada staf-staf yang
bertungkus lumus sebagai imbuhan.
Malam itu, selepas waktu
maghrib Azry terus memandu keretanya menuju ke Port Klang. Aku duduk di sebelahnya hanya mendiamkan
diri. Fikiran ku masih melayang-layang
memikirkan tugas-tugas dan appointment-appointment
yang harus aku lakukan esok kerana di dalam mesyuarat tadi ada aku nyatakan beberapa
kes-kes pembeli yang masih belum menyelesaikan baki tertunggak untuk bayaran
cukai dan yuran penyelenggaraan. Aku
terpaksa mengeluarkan surat-surat peringatan kepada semua pembeli-pembeli untuk
melangsaikan semua baki yang tertunggak.
Aku juga ada beberapa kes pembeli yang bermasalah untuk mendapatkan
pinjaman bank dan juga kes pembeli yang mahu meminta pengurangan harga dari
harga yang kami tawarkan. Berbagai-bagai
persoalan yang berlegar-legar di mindaku ketika itu. Tepukan Azry ke peha ku mengejutkan aku dari
lamunan itu.
“Apasal
diam je ni? Tak nak tau ke abang nak
bawa Sara kemana ni?”.
“Kan dah beberapa kali
Sara kata, bawalah Sara kemana saja, asalkan bersama abang Sara tak kisah” aku berseloroh.
Ada
senyuman yang menguntum di bibir Azry, sambil terus memandu dengan tangan
sebelah kirinya di letakkan di atas pehaku. Kereta terus meluncur laju menuju ke destinasi
sambil mendengar lagu-lagu syahdu yang berkumandang dari corong radio yang
terpasang. Tiba-tiba kereta
diberhentikan sebaik tiba ke destinasi yang dituju.
“Sara
dah agak abang mesti bawa Sara ke sini”.
“Abang
tahu apa yang Sara teringin nak makan”
aku memandang wajah Azry dengan senyuman yang penuh bererti lalu tangan
ku dipimpin menuju ke restoran seafood di situ.
Hembusan
angin malam yang bertiup mendamaikan fikiran yang sedang berat dengan persoalan
kerja yang tidak habis-habis.
Kedinginannya sekali sekala menyucuk-nyucuk sehingga ke tulang. Nyanyian desiran ombak yang datang memukul
pantai memang menghiburkan hati.
Pelanggan kelihatan tidak begitu ramai.
Oleh kerana itu, makanan yang dipesan cepat sekali datangnya. Selepas habis makan, Azry memesan dua mangkuk
aiskrim sebagai pencuci mulut. Sambil
berbual dan bergurau tiba-tiba Azry menghulurkan aku dua tiket.
“Eh
apa ni bang?” aku menjerit kecil.
Diatas
tiket penerbangan MAS itu tercatit KL – BALI –
KL. Aku begitu gembira sekali kerana
akhirnya Azry menepati janjinya untuk membawa aku ke Pulau Bali.
“Betul
ke ni bang?”.
“Betul, tengoklah tiket tu. Sara lupa ke besok hari apa?”.
“Hari apa? Hari khamis, kenapa?” aku tergamam
dan memikirkan tentang hari
esok yang Azry
sebutkan itu.
“Isteri
abang ni, sibuk dengan kerja sampai harijadi sendiri pun dah tak ingat”, “Ya Allah, a’ah besok birthday Sara, Sara lupa.
Terima kasih abang” ucap ku
lantas tangan
Azry ku genggam erat. Aku merasa terharu
di atas ingatannya terhadap hari yang penting itu.
“Sayang
abang” luahku dengan perasaan yang sangat gembira di atas tiket percutian empat
hari tiga malam yang dihadiahkan untuk ku, terasa mahu ku peluk Azry ketika itu
juga.
“Selamat harijadi, selamat harijadi, selamat
harijadi untuk Puan Sara, selamat hari jadi…..” lagu selamat harijadi
dinyanyikan beramai-ramai sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik mesyuarat.
Wah! surprise birthday party untuk ku
rupanya. Aku merasa terharu dan hampir
menitiskan airmata. Beberapa batang
lilin yang menyala diletakkan di atas kek coklat yang bertulis HAPPY BIRTHDAY
TO PUAN SARA, ku tiup. Semua yang ada di
situ menepuk tangan sejurus lilin-lilin itu terpadam apinya.
“Thank you everybody for the lovely birthday
cake and I appreciate it, thank you very much”, itu sahaja kata-kata yang
mampu ku luahkan dengan sebak yang bukan disengajakan. Badri menghulurkan
sekotak hadiah kepadaku.
“Untuk
Puan Sara dari kami”.
“Terima
kasih” ucapku lalu kotak hadiah itu ku buka dengan perasaan
yang teruja.
“Tentu
mahal pen ni, terima kasih semua” ulang
ku sekali lagi sambil membelek hadiah pemberian mereka.
Selain
dari kek yang enak terhidang juga beberapa hidangan lain yang ditempah dari cafeteria berhampiran. Kami menikmati hidangan sambil berbual-bual
mesra. Dino yang sejak tadi berdiam diri
datang menghampiriku dan duduk di sebelah dengan segelas air di tangan.
“Happy birthday
Sara” ucap Dino ikhlas.
“Thank you. Tak ada hadiah ke?” tanyaku ceria.
“Boleh
ke bagi hadiah?” aku ketawa gelihati dengan pertanyaan Dino itu. “Kenapa tak boleh? Nama pun harijadi mestilah
ada hadiahkan?” sampuk Mimi.
“I
ada beli hadiah untuk you semalam bila Mimi bagitau birthday you hari ni. Tapi
segan pulak I nak bagi, hadiah tu ada di bilik I, nanti I bagi ok” aku dan Mimi
berbalas pandang.
“Ok”
dari raut wajah Dino seperti ada sesuatu
yang cuba
diselindungkan. Perasaan simpati ku
terhadap Dino semakin terasa di sudut hati.
No comments:
Post a Comment