Tengahari
itu Azry datang menjemput ku di pejabat untuk keluar makan tengahari.
“Free ke hari ni bang?” soalku sambil
membetulkan anak rambut yang jatuh menutup pandangan mata.
“Tengahari
ni abang free sikit, lagi pun dah
beberapa hari ni memang abang ada terfikir nak ajak Sara keluar lunch. Balik ofis lambat sikit tak apa
ke Sara?” soal Azry sambil memandu dan pandangannya ditumpukan ke jalan raya.
“Boleh
tu boleh, tapi janganlah lambat sangat.
Sara sebenarnya ada banyak kerja pasal housing exhibition kat PWTC minggu depan. Nak jumpa beberapa suppliers untuk buat banners dan flyers” jawabku sambil memerhatikan wajah Azry.
Dia
hanya tersenyum dan terus memandu ke destinasi yang aku sendiri tidak tahu ke mana.
“OK,
kita dah sampai, jom” aku mengekori Azry
dari belakang menuju ke hotel Grand Bluewave di Persiaran Perbandaran Shah Alam.
Azry yang sudah agak ke depan berhenti dan menoleh ke belakang dan menghulurkan
tangannya. Azry memegang tangan ku erat
sebaik sahaja tangannya ku capai. Kami
menuju ke Semarak Café yang berada disitu.
Rupa-rupanya dia telah membuat tempahan meja sebelum kemari.
“Surprise apa ni bang? Hari ni bukan
harijadi Sara dan bukan harijadi abang dan bukan juga anniversary kita” aku
sedikit teruja.
“Hai!
nak bawa isteri makan sesekali kat tempat macam ni kena ada hari-hari yang special saja ke?” Azry mengerutkan dahirnya.
“Jom
kita pergi ambil makanan dulu” kami
bangkit dari tempat duduk dan menuju ke meja buffet di mana beraneka jenis
makanan terdapat di situ. Memang kesemua
makanan yang dihidangkan lazat-lazat belaka. Oleh kerana terlalu banyak lauk-pauk
yang nampak menyelerakan, maka aku hanya mengambil lauk sahaja tanpa nasi.
“Eh,
Sara tak ambik nasi ke?” soal Azry
kehairanan.
“Tak,
tengoklah tanpa nasi pun pinggan dah penuh.
Nanti terlebih kenyang malas pulak” jawabku ringkas.
Kami
duduk dan terus makan dengan perlahan dan santai.
“Hari
minggu ni kak Sharina nak balik” beritahu Azry.
“Balik
dan terus kerja di sinilah ya bang?”.
“Agaknyalah
tu. Papa ada bagitau, dah ada kerja yang
menunggu kak Rina. Tak taulah kak Rina
setuju ke tak.”
“Eloklah
dia balik ke sini ya bang, lama sangat dah dia duduk kat UK tu”.
“Emm,
ialah habis je belajar kat sana dia terus kerja,
abang agak kalau tak silap dah tujuh tahun dia duduk sana ,
kalau kahwin dah beranak pinak” gurau
Azry disambut dengan gelak ketawa.
Selesai
makan Azry menghantar aku pulang ke pejabat semula. Sebaik sampai di hadapan bangunan pejabat ku,
kelihatan Dino sedang berbual dengan seseorang di tangga. Azry memberhentikan kereta betul-betul di hadapan
pintu besar. Sebelum aku membuka pintu
kereta aku bersalam dan mencium tangan Azry.
Mata Azry hanya tertancap kepada dua orang lelaki yang sedang berbual di
tangga. Air muka Azry nampak berubah.
“Ok
bang, bye” pintu kereta ku tutup semula.
Aku
masih berdiri di situ dan melambaikan tangan memerhatikan kereta Azry berlalu
pergi sehingga hilang dari pandangan.
Apabila melintasi dua orang lelaki yang sedang berbual di tangga itu aku
berhenti.
“Hai!
Puan Sara baru balik dari makan ke?” sapa Encik Mior.
“A’ah. Kenapa berborak di tangga saja? Tak masuk ke
pejabat?” jawabku.
Encik
Mior adalah salah seorang peguam panel projek kami. Kebanyakan dokumen
perjanjian pembelian rumah dari pembeli, kami serahkan kepada syarikat guaman encik
Mior untuk diuruskan.
“I
dari ofis youlah ni, tadi lunch
dengan Dino. Ingatkan nak ajak you
sekali tapi you dah keluar” beritahu encik Mior.
“Oh
iyake? Tak buat appointment, lain
kali calllah dulu” gurau ku.
Dino
di sebelah encik Mior hanya diam sambil menghembuskan asap rokok berkepul-kepul
ke udara dari mulutnya.
“Oklah
encik Mior, I masuk ofis dulu kalau ada apa-apa jangan lupa call I ye”. “Ok ok..nanti I call you” aku pun melangkah naik ke anak tangga atas tanpa
menoleh.
Petang
itu aku adakan mesyuarat untuk jabatan ku.
Dengan enam orang staf yang di bawah selenggaraanku sudah memadai untuk
mengendalikan pameran yang akan diadakan pada minggu hadapan di PWTC selama
tiga hari dan menyambung dua hari lagi di Alam Central Shah Alam. Aku bernasib baik kerana jabatan lain
terutamanya dari jabatan projek dengan senang hati mahu membantu untuk melayan
pembeli-pembeli yang akan datang ke tapak projek perumahan. Begitu juga Dino yang telah berjanji akan
meletakkan staf-stafnya di pejabat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari
panggilan telefon.
“Advertisement akan keluar di akhbar pada
hari khamis sehingga hari ahad” aku
memberitahu staf-staf ku.
“Surat khabar apa Puan
Sara?” tanya Zul.
“Berita
Harian, The Star dan Metro, saya mahu Zul tolong tengokkan surat khabar yang
saya sebut tadi dari hari khamis sampai hari ahad dan tolong potong iklan tu
dan simpan dalam fail” arahku.
“Badri
dengan Mila, I would like to remind both
of you, if you receive cash payment please pass it to encik Dino or myself
immediately or before you leave the
booth. I atau encik Dino akan berada di situ setiap hari. I tak nak berlaku lagi experienced yang lepas. This
time kalau ada cash yang short or missing, both of you yang akan take the responsibility, ok” kedua-dua
staf yang aku maksudkan hanya memandang sesama sendiri lalu menganggukan kepala
tanda faham.
Sebelum
mengakhiri mesyuarat itu aku edarkan jadual tugas kepada mereka.
“Cuba
you all semua tengok schedule tu dan
kalau ada apa-apa tolong beritahu saya in
advance. Jangan bila sampai hari
bertugas ada yang MClah atau ambil emergency leave, ok” aku mengingatkan
mereka sambil mengalihkan pandangan dari seorang kepada seorang yang berada di situ.
“One more thing, I nak beritahu, on
Saturday and Sunday Sally dengan Bad dari Finance department akan berada di ofis untuk tolong answer phone calls. Zul dengan Dida, both of you will station at
the officekan
on that day?”, sambil meneliti jadual
yang berada di atas meja.
“Both of you please also answer enquiries on
the phone and at the same time to attend walk in purchasers also, ya” kedua-dua Zul dan Dida mengangguk.
“Puan
Sara kalau ada purchaser yang nak ke site, ada orang ke kat sana ?” tanya Zul inginkan kepastian.
“Oh
ya, Ridzuan dengan Desmond dari project
department akan berada di site. Tolong beritahu purchasers yang berminat the
instruction how to get to the site.
Lebih elok kalau mereka dapat ke sana supaya mereka boleh tengok tapak
perumahan yang akan di bina di situ” pesan ku kepada mereka.
“I hope you all will achieve the target as I
told in the last meeting. And don’t forget, if you can achieve the target I will make sure that the company
will reward you with the incentives
as they promised” semua staf-staf ku yang ada di situ tersenyum gembira
bila aku mengingatkan mereka tentang janji syarikat sebagai perangsang.
“Ok,
anything else? Kalau tak ada apa-apa, we adjourn the meeting, thank you”, mesyuarat itu diakhiri tanpa
ada apa-apa masalah dan kami bersurai jam 5.30 petang.
Sekembali
aku ke bilik pejabat dari bilik mesyuarat, aku terus mengeluarkan telefon
bimbit dari beg tangan. Aku dapati ada
beberapa missed calls dan sms di dalam inbox telefon ku. Sebelum menekan butang untuk melihat siapa gerangan
pemanggil, pandangan mata ku beralih ke nota yang tertulis di atas kertas kecil
di atas meja. Tertulis nama kak Lia dan Azry di situ. Kemudian aku meneliti telefon bimbit di tangan,
terdapat dua panggilan dari Azry dan satu panggilan dari kak Lia..
“Sara boleh kita jumpa esok petang, call
akak ye” pesanan yang kak Lia tinggalkan.
Esok
petang aku ada management meeting, biasanya
lambat habis, aku bermonolog. Aku
termenung memikirkan sesuatu, lalu gagang telefon ku angkat, nombor telefon
bimbit kak Lia ku dail. Aku menunggu
jawapan sehingga deringannya terhenti. Panggilan tidak berangkat. Aku cuba sekali lagi.
“Hallo!
Sara” suara kak Lia kedengaran dari
hujung talian.
“Kak,
besok Sara tak freelah kak, ada meeting.
Boleh tak kita jumpa hari lain atau kalau akak free akak datang ofis Sara, we
have lunch together kat sini” cadang
ku.
“Boleh
jugak, nantilah akak telefon balik ye, akak nak sampai nursery nak fetch Farah ni,
ok Sara, bye”.
Tiba-tiba
telefon bimbit ku berdering. Aku sedikit terkejut dengan deringan itu. Di skrin
telefon jelas tertera Hubby ku, maka tahulah aku siapa pemanggilnya.
“Hallo
sayang!” jawab ku sebaik sahaja butang hijau ditelefon bimbit ku tekan.
“Assalamualaikum…”,
dia memberi salam dan salam bersambut.
“Meeting
tak habis lagi ke?” tanyaku mesra.
“Dah
habis dah. Nak baliklah ni” jawab ku seraya mengemas meja yang sedikit
berselerak dengan kertas-kertas kerja.
“Abang
lambat balik hari ni, nak jumpa client
di KL. Sara makan dulu ya, tak payah
tunggu abang sebab abang ada dinner
appointment” aku sudah dapat mengagak
tujuan panggilan Azry itu.
“Ok,
jangan balik lambat tau” pesanku.
“Sara
tunggu abang balik ya! Bye” balas Azry.
“Bye”
ucapku sebelum memutuskan talian.
Hai
bosannya, tinggal seorang lagi aku malam ini, walaupun sudah biasa dengan
keadaan itu tetapi tetap mengeluh. Mata
ku mengerling jam di tangan. Ketika itu
jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Kalau
balik waktu begini tentu jalanraya sesak teruk jadi lebih baik aku pergi minum
dulu, fikirku. Lalu aku mengambil beg
tangan dan telefon bimbit dari atas meja dan berlalu keluar dari bilik
pejabat. Aku cuba menghubungi Mimi untuk
menemani aku minum tetapi dia terpaksa pulang awal kerana ada urusan peribadi
katanya. Di ruang pameran berhampiran
dengan meja receptionist Zul dan Badri
masih sibuk menyiapkan flyers yang
akan diambil esok untuk diedarkan ke kawasan-kawasan perumahan di sekitar
lembah klang.
“Sebelum
balik jangan lupa tutup semua lampu dan kunci pintu ye” pesan ku kepada mereka
berdua sebelum berlalu keluar dari situ.
Ruang
legar di luar pejabat ku sunyi dari kesibukan, tidak seperti semasa waktu
pejabat. Pintu kaca utama terbuka dengan
sendiri seperti tahu hasrat di hatiku.
Dan kaki terus melangkah turun enam anak tangga untuk sampai ke lantai
bawah menuju ke restoran Selera Kampung yang berdekatan dengan pejabat ku. Setiba aku di situ, aku terus mendapatkan
tempat duduk. Seorang pelayan perempuan
datang menghampiriku dan mengambil pesanan.
Setelah pelayan perempuan itu berlalu aku terpandangkan Dino yang duduk
berseorangan di meja lain. Tatkala
terpandangkan aku Dino lalu bangkit dari kerusinya dan datang
menghampiriku. Kerusi di depan ku
ditarik dan dia mengambil tempat duduk dengan segelas fresh orange di tangannya.
“Baru
habis staff meeting ke?”.
“A’ah. Semuanya dah settle. Harap-harap kali ni
staf I dapat achieve target tu.”
“Yalah,
at least 60% pun dah ok dah”.
“Tak,
I memang dah highlight kat staff I untuk dapatkan target tu”.
“Kalau
dapat, kayalah staff I nanti”.
“Jangan
lupa pulak kalau you dapat insentif tu belanja I makan”
“Don’t worry. Eh, Sale and Purchase Agreement yang baru
tu Mior dah buat amendment dah?”
tanyaku tentang dokumen yang telah ku hantar ke pejabatnya minggu lepas untuk
dibuat pembetulan.
“Ha,
tadi dia ada call I pasal dokumen tu.
Esok dia datang bawa SPA baru tu dan nak jumpa dengan you sekali. Make
yourself available, jangan pulak nanti dia datang you tak ada pulak”.
“Siapa
suruh dia datang tak buat appointment
dulu? Nasiblah. Besok dia datang pukul
berapa pulak?” pelayan perempuan tadi datang dengan membawa Nescafe tarik dan
roti bakar dua keping seperti yang aku pesan.
Cawan yang berisi air panas tadi ku dekatkan dan sekeping roti bakar ku
jamah.
Dino mengeluarkan sebatang rokok dari kotak
rokok dan menyalakan hujung rokok dengan pemetik api berwarna kelabu kepunyaannya. Setelah api dinyalakan, rokok yang tersepit
di bibir disedut dalam dan menghembuskan asap-asap yang berkepul-kepul keluar
ke udara. Aku mengibas-ngibaskan tangan
untuk mengelakkan asap rokok dari tersedut ke hidung.
“You
ni cuba
lah belajar untuk berhenti dari hisap rokok, menjejaskan kesihatan tau. Kalau kena kat you sorang ja tak apalah jugak,
ini orang lain pun terbabit sama. You tak sayang diri you ke?”.
“Alah
I tak kisah. Kalau mati pun bukan ada
orang yang nak menangis”.
“Apa
pulak tak ada. Mak you kat kampung tu,
tak menangis ke?”
“Emak
I memanglah, maksud I girlfriend ke
bini ke, you ni tak faham-faham”, aku ketawa mendengar kenyataan Dino itu.
“You
ni, betul ke you tak ada makwe, I macam tak percayalah. Takkanlah handsome
macam Shah Rukh Khan pun tak ada orang nak.
I agak you yang jual mahal, kot”.
“Ada-ada
aje you ni. Kalau setakat makwe gitu-gitu senang nak dapat, petik aje jari
berlari-lari datang. I nak yang boleh
buat bini tau. You faham tak, bini” perkataan
bini disebut keras, wajah Dino serius.
“You
tak cari mana nak dapat. Tak kenal tak
cinta encik Dino.”
“Cakap
senanglah”.
“Perempuan
macamana yang you cari yang boleh buat bini” aku tekankan perkataan bini
sehingga membuatkan Dino tersengih sambil menghembus asap rokok.
“Good question. Tentulah I nak cari yang ada kriteria-kriteria
idaman hati I. Bukan senang hanya perasaan
di hati ni saja yang boleh menilai” Dino
menepuk-nepuk dada bila menyebut perkataan hati. Gelihati pulak melihat gelagat Dino begitu.
“Macam-macamlah
you ni Dino” aku menggeleng-gelengkan kepala dengan senyuman yang tidak lekang
dari bibir.
“Dulukan,
masa I kat UITM, I pernah ada girlfriend tau. I kawan dengan dia setahun aje,
dia budak Mascom. Tengah I mabuk-mabuk
cinta dengan dia, dia boleh berdating
dengan boyfriend lain. Mula-mula tu
kawan-kawan bilik yang bagitau, konon-konon tak nak percaya, siap I marah
member yang sampaikan cerita pasal makwe I tu. Last-last
Allah tu tunjukkan depan mata I, masa I nak pergi makan I nampak dia dengan boyfriend dia pergi makan di tempat yang
sama, naik motor pulak tu”. Dino
memulakan cerita yang selama ini dirahsiakan dari ku.
“Habis
tu, apa you buat?” tanya ku ingin tahu cerita selanjutnya.
“I
dah bengang, I pergi kat dia. Depan
budak tu I tanya dia, ni siapa? Dia pun tergagap-gagap, merah padam muka dia. Dia kata budak tu cuma kawan. Budak lelaki tu pun datang kat I dia suruh I
relax. I kata apa relax relax,
mengelabah dia” beria-ia Dino bercerita
dan menyambung selepas berhenti seketika.
“Last
last I cakap, I doakan kebahagiaan dia dan jangan datang cari I lagi lepas
tu. Memang I frust menonggeng masa
tu. Orang kata makan tak kenyang mandi
tak basah. Lepas peristiwa tu, kalau I
berselisih dengan dia di kampus I sanggup pusing jauh nak elakkan bertembung. Lama jugaklah I nak lupakan dia”. Dino menggeleng-gelengkan kepala dengan
senyuman hambar yang terlukis dibibirnya. Rupa-rupanya Dino yang kacak ini
pernah dikecewakan, patutlah susah benar untuk mencari seseorang yang boleh
bertakhta di hatinya.
No comments:
Post a Comment