Sejurus selepas makan aku berehat sebentar
sambil bersandar di kerusi. Surat khabar The New Straits Times dibaca. Semakin lama ayat-ayat yang tertulis semakin
kelihatan kabur, mata semakin mengecil. Rasa mengantuk yang amat sangat
lantaran kekenyangan kerana makan terlalu banyak tadi. Aku segera ke bilik air
dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat zohor di surau kecil yang
disediakan. Setelah menunaikan solat
fardhu 4 rakaat aku ke bilik pejabat menyambung semula kerja-kerja yang
terhenti tadi. Zul melangkah masuk ke bilik
pejabat ku setelah daun pintu diketuk beberapa kali. Di tangan Zul ada sebuah kotak yang dibalut
dengan kertas hadiah berwarna putih berbunga merah jambu lalu dihulurkan kepada
ku.
“Ini
untuk Puan Sara dari seseorang” hadiah
yang dihulur ku sambut dengan tanda tanya yang tidak berjawab.
“Terima
kasih Zul” Zul tersengih dan mengangguk
lalu melangkah pergi sebaik hadiah bertukar tangan.
Kertas
hadiah yang membaluti kotak itu ku buka dengan berhati-hati sekali sebelum
sebuah kad kecil yang terselit disisinya ku baca.
“THERE IS ONLY ONE HAPPINESS IN LIFE, TO
LOVE AND BE LOVED” Happy birthday to you and may Allah bless you. Regards, Dino.”
Oh
dari Dino rupanya, bisik ku. Aku
terkesima membaca susunan ayat-ayat yang kemas dan cantik ditulis dengan tangan
menggunakan pen berdakwat hitam. Kotak
hadiah itu ku buka dengan tidak sabar.
Di dalamnya terdapat dua ekor kucing perhiasan yang diperbuat daripada
kristal. Comelnya. Dan ianya ku letakkan di atas meja tepi sebagai perhiasan. Aku segera mencapai telefon bimbit dan
menyusun ayat untuk menghantar mesej kepada Dino . “ Thank you very much friend,
for the lovely present”.
Tengahari itu aku tidak
keluar makan. Banyak dokumen-dokumen yang harus aku baca sebelum mengarahkan
staf ku menyediakan surat-surat untuk aku tandatangan sebelum semua
dokumen-dokumen itu dihantar keluar.
Begitu juga Sales & Purchase Agreement yang telah dipinda,
aku perlu meneliti dokumen-dokumen itu sebelum mengarahkan peguam yang terbabit
membetulkan dan menyediakan untuk ditandatangani oleh pembeli-pembeli yang
telah membayar wang pendahuluan secara tunai atau pun melalui cek. Sedang aku
sibuk meneliti dokumen-dokumen penting itu, suara Maria kedengaran melalui interkom.
“Puan
Sara, Dato’ Saiful dan Datin Fariza dah sampai”.
“Ok
bawa mereka masuk ke bilik I ya” jawabku tanpa mengangkat gagang telefon.
Seketika
kemudian, Dato’ Saiful dan Datin Fariza pun masuk dengan seyuman berseri di wajah. Aku menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
“Please have a sit Dato’, Datin”. Mereka pun mengambil tempat duduk di kerusi
yang telah disediakan di hadapan mejaku.
“Dah
makan Dato’, Datin” tanya ku penuh
hormat.
“Sudah, how about you?”.
“I
pun sudah. So would you like to have some tea?” tanyaku lagi.
“Ok
jugak” jawab Datin.
Aku
menekan butang interkom dan meminta Maria supaya memberitahu kak Ani untuk
menyediakan minuman untuk tetamu yang berada di bilik pejabat ku. Fail yang tertulis nama Dato’ Saiful dan
Datin Fariza yang telah sedia ada di atas meja ku capai. Seketika kemudian kak Ani pun masuk membawa
tiga cawan minuman panas yang ku minta dan berlalu keluar.
“So how’s our request? Dah approved ke?” tanya Datin Fariza lembut.
“Yes, we have discussed and the management
agreed to give you further discount. On top of the 10% discount, mereka tambah
lagi another 5%. Is it ok?”.
“Can you calculate the total amount for the
price of the bungalows that we have chosen? How much is it after the discount
deduction?”.
Aku
pun membuat kiraan dengan menggunakan
calculator dengan teliti berpandukan dokumen yang telah disediakan oleh
Badri.
“The total amount for the two bungalows
after deduction… RM965,500.00” aku
memandang ke wajah Dato’ kemudian beralih ke wajah Datin pula.
“OK!” jawab Dato’ Saiful. Mereka
kelihatan berpuas hati dan memandang diantara satu sama lain sambil
menganggukkan kepala tanda setuju.
“So, how much do I have to pay?” tanya
Dato’ Saiful pula.
“You
jelaskan untuk bayaran 10% dulu, kemudian kita akan uruskan Sales & Puchase Agreeement” jelas ku kepada kedua-dua suami isteri yang
kelihatan sangat sepadan itu.
“What about loan? Can it be arranged?” soal
Datin.
“Kita
boleh uruskan, don’t worry”.
“Tapi
umur I yang dah nak dekat 55 ni boleh lagi ke?” celah Dato’ ingin tahu.
“Apa
kata I bagi you an option. Pay cash with easy payment scheme” pasangan suami isteri itu kelihatan
teruja dan berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Aku
mencadangkan mereka untuk mengambil skim bayaran mudah tanpa mengambil pinjaman
dari mana-mana institusi kewangan dan tanpa interest. Aku catitkan secara terperinci jumlah-jumlah
wang yang perlu dibayar dan waktu bila perlu dibuat bayaran. Bayaran adalah secara tunai atau cek tunai
terus di atas nama syarikat kami.
“Oh
ya! sebelum terlupa, rumah nombor 56 tu letakkan atas nama anak I. Minta tolong uruskan loan untuk dia ya” pinta
Dato’.
Kertas
yang telah siap ku catit segalanya dengan terperinci, ku serahkan kepadanya
untuk di teliti sebelum keputusan dibuat.
Agak lama juga Dato’ merenung kertas itu dan akhirnya memberi kata putus
bahawa dia bersetuju dengan pilihan yang aku berikan itu.
“I
bagi two separate cheques, satu untuk
rumah I dan satu lagi untuk rumah anak I” Datin
mengeluarkan buku cek dari tas tangan Louise
Vuitton nya.
“This is for 1st 10% payment, another 10% will be paid upon signing Sale & Purchase Agrement, am I
right?” Dato’ Saiful inginkan
kepastian.
“Betul. Kami akan call Dato’ dan Datin dan jangan
lupa anak Dato’juga perlu hadir sekali untuk tandatangan dokumen tu. Can
I have a photocopy of your IC?” Datin menghulurkan salinan kad pengenalannya,
suami dan anak lelakinya untuk penyediaan dokumen jual beli. Cek yang telah bertulis dan ditandatangani
dihulurkan kepada ku.
“Oh
ya! Puan Sara terlangsung kemari, ini kad jemputan untuk you dan suami. Jangan lupa datang ya”. Kad jemputan yang dihulur ku sambut dan ku
buka.
“Alahai
sorry lah Dato’ Datin, I tak dapat datanglah”.
“Kenapa?
Puan Sara ada urusan lain ke?” tanya Datin lembut.
“Kebetulan
I pergi Bali on that day dengan husband I.
Anyway congratulations
Dato’ Datin”.
“Tak
apalah, nanti bila-bila boleh datang ke rumah kami. Ke Bali pergi bercuti ke?” tanya
datin dengan suara yang sangat lembut.
“Ya”
jawabku pendek sambil mengiringi mereka
keluar.
“We’ve been there, it’s a beautiful
place. Anyway, have a nice trip ya” ucap Datin ramah.
Di
rumah malam itu kelihatan mama dan mak Mah sibuk menyediakan hidangan makan
malam. Wah! Istimewa nampaknya hidangan
malam ni, ada tetamu yang nak datang ke? fikir ku. Kak Rina tidak kelihatan walaupun keretanya
ada di tempat letak kereta di luar. Aku
terus ke dapur untuk membantu mama.
“Banyaknya
masak malam ni, ma? Sedap-sedap pulak
tu? Ada tetamu
yang nak datang ke?”.
“Hakim
kawan Rina nak datang makan malam kat sini”.
“Oh,
ada apa-apa yang Sara boleh tolong?”.
“Tak
apa Sara, dah siap pun. Kejap lagi mak
Mah hanya bancuhkan air, itu saja. Azry
dah balik?”.
“Belum,
dia kata malam ni dia balik lambat sikit”.
“Sibuklah
agaknya tu, jom kita ke depan”.
Kak
Rina menuruni anak tangga sambil menyanyi-nyanyi kecil.
“Gembira
nampaknya kak” tegur ku.
“Iya
ke?” kak Rina tergelak.
Kami
duduk di ruang tamu sementara menunggu tetamu istimewa kak Rina sampai.
“Assalamualaikum”
suara papa memberi salam dari luar.
“Waalaikumussalam”
kami menjawab salam papa serentak.
“Tak
sampai lagi Hakim?” tanya papa sambil
melangkah masuk ke rumah dengan berbaju melayu dan berkain pelikat.
“Di
mesjid tadi ada jamuan makan, tapi papa minum air teh tarik saja sebab teringatkan
masakan mama yang sedap-sedap di rumah” kami tersenyum mendengarkan gurauan papa
itu.
Sejenak
kemudian kedengaran hon kereta dibunyikan dan kak Rina berlari anak ke tingkap
untuk mengintai, adakah itu gerangan orang yang ditunggu.
“Hakim
dah sampai” kata kak Rina girang dan terus keluar untuk mendapatkan tetamunya
itu.
Hakim
mendapatkan papa dan mama untuk berjabat salam.
Sebagai menghormati tetamu kak Rina aku segera naik ke bilik sebelum
mereka masuk ke dalam rumah supaya tidak menganggu.
Di
dalam bilik terasa pula kesunyian, walaupun aku sudah biasa dengan keadaan Azry
yang sering pulang lewat dari pejabat kerana tuntutan tugas-tugasnya atau
temujanji-temujanji yang perlu dihadiri.
Aku kemeja kerja Azry dan laptop
di atasnya ku buka. Sesekali dapat
melayari internet memang menyeronokkan.
Dari satu blog ke satu blog ku lawati.
Kalau aku dapat reka satu blog untuk diriku sendiri bagus juga. Boleh aku luahkan segala apa yang terbuku di hati. Tok! Tok! Tok! Daun pintu diketuk dan aku menoleh, Mama
kelihatan sudah berdiri di depan pintu yang tidak berkunci.
“Buat
apa tu Sara? Jom makan sama”.
“Tak
apalah mama, Sara tunggu makan dengan Azry, lagi pun Sara ada kerja sikit nak
buat” aku memberi alasan.
Mama
mengangguk faham dan berlalu keluar sebelum daun pintu ditutup semula.
Tengahari itu aku telah
berjanji dengan kak Lia untuk berjumpa di luar.
Aku mengambil cuti setengah hari, selepas menyelesaikan tugas penting
aku bergegas keluar dari pejabat. Di tempat
yang dijanjikan kak Lia sudah setia menunggu sambil membaca majalah. Dari jauh dia kelihatan tersenyum menyambut
kedatangan ku. Di atas meja telah terhidang makanan untuk kak Lia dan untuk ku
juga.
“Wah!
dah siap order makan? Bagus lah akak
ni, macam tau-tau aje adik akak ni tengah kebulurun”.
“Ha
makanlah tunggu apa lagi” pelawa kak Lia.
Sambil
menjamu selera aku bertanyakan khabar Farah dan abang Idham. Kak Lia tidak kelihatan sedih atau pun susah
hati. Dia nampak ceria seperti
dulu. Aku gembira dengan perubahannya
itu.
“Sara
nak tau tak, akak dah jumpa dengan perempuan itu” kak Lia memulakan bicara sejurus selesai makan.
Aku
sengaja tidak mahu bertanya mengenai hal itu takut jikalau pertanyaan itu bakal
merobek hati dan perasaannya.
“Iya
ke? Habis tu macammana?” tak sabar rasanya aku mahu mengdengar cerita
selanjutnya dari kak Lia.
“Emm..
nama dia Suraya. Dia dah kenal dengan
abang Idham dekat dua tahun”. “Maknanya
masa tu akak baru kahwinlah kan ?”.
“A’ah,
tapi dia tak tahu abang Idham dah kahwin. Abang Idham tak beritahu dan dia pun
tak pernah bertanya sebab kata dia abang tak nampak macam orang dah kahwin”.
“Orang
lelaki memanglah, umur dah 40 tahun pun nampak macam orang bujang”, aku
menyampuk.
“Akak
bagitau dia yang kami dah kahwin selama tiga tahun dan dah ada seorang anak
perempuan yang berusia 8 bulan.
Terperanjat dia” kak Lia ketawa
kecil, aku menjadi hairan melihatkan gelagat kak Lia itu. Tiada tanda-tanda
sedih di wajahnya atau dia cuba
menyembunyikan perasaan itu dariku.
“Akak
ada beritahu dia jugak yang akak tak kisah kalau selepas ni samada dia teruskan
juga perhubungan dia dengan abang, dan akak nasihatkan dia kalau dia betul-betul
sayangkan abang, nikah saja.” Aku
tergamam, biar betul kak Lia ni, getus ku di dalam hati.
“Kak
Lia tak kisah ke dimadukan?” kak Lia terdiam, lama dia bermenung melemparkan pandangannya
jauh keluar. Ada air jernih yang bergenang di kelopak
mata.
“Perempuan
mana yang suka dimadukan Sara. Akak tak
ada pilihan lain selain merelakan abang Idham berkahwin lain. Perasaan akak
cuma akak saja yang tahu, sebenarnya susah nak akak luahkan apa yang terpendam
kat dalam lubuk hati ini. Kalaulah abang tahu betapa sayang dan cintanya akak
pada dia, mungkin dia tak tegah buat macam ni pada akak” airmata kak Lia mulai gugur menitis kepipi
gebunya.
“Dia
cinta pertama akak Sara. Sara pun taukan, abang Idhamlah satu-satunya lelaki
yang berjaya mencairkan kedegilan akak dulu. Setelah banyak masa dan wang yang akak
korbankan untuk dia, ini akhirnya pembalasan dia pada akak” esakan kak Lia semakin kuat.
Aku
cuba
mententeramkan kak Lia supaya jangan terlalu mengikut hati dan perasaan. Aku
juga seorang wanita seperti kak Lia. Aku dapat merasakan bagaimana pedihnya
perasaan apabila kasih sayang yang dicurahkan dipersiakan. Sekiranya ada
kekurangan diri boleh juga diperbetulkan tetapi masalahnya sekarang adalah
orang ketiga. Memang sukar untuk menerima keadaan apabila orang yang dipercayai
seratus peratus bermain kayu tiga.
“Akak
terpaksa benarkan abang kahwin lagi daripada membiarkan dia terus bergelumang
dengan dosa. Akak sanggup menjadi isteri
pertama demi Farah. Terpulanglah pada abang Idham untuk membuat keputusan. Kalau dia dah tak nak kan akak lagi, akak tak kisah dan akak redha
terima qada dan qadar dari tuhan dengan bersyukur sebab akak ada kerjaya dan
mampu untuk membesarkan Farah walaupun tanpa papanya” kali ini kak Lia nampak agak tenang mungkin
kerana sudah puas menangisi nasib dirinya yang dipermainkan oleh suami sendiri
yang telah diletakkan sepenuh kepercayaan.
“Banyaklah
bersabar kak, segala yang berlaku ada hikmahnya. Semoga dengan pengorbanan akak
ni, akak akan dilimpahi dengan rezeki dan rahmat yang melimpah ruah dari
Allah. Banyak-banyaklah berdoa” pujuk ku.
Setelah
menghabiskan masa dua jam di restoran itu aku dan kak Lia beredar dari
situ. Kebetulan hari itu kak Lia juga
bercuti maka aku mengambil kesempatan itu mengajak kak Lia menemani aku ke One
Utama di Bandar Utama untuk membelibelah.
Sebelum itu kami meluangkan waktu bermain bowling. Kak Lia kelihatan
terhibur sedikit dan aku mahu dia melupakan segala peristiwa yang menghambat
fikirannya. Leka benar berlibur sehingga
tidak perasan jam sudah hampir pukul 7 malam.
Kami harus beredar segera bila mengenangkan tentang Farah yang sedang
menunggu kepulangan mamanya.
Aku
mengiringi kak Lia sehingga ke kereta dan sebaik kak Lia masuk ke dalamnya aku
pun berlalu mendapatkan kereta ku yang di letakkan tidak berapa jauh dari
situ. Sebaik berada di dalam perut
kereta aku segera menghidupkan enjin, sementara itu aku cuba untuk
menghubungi Azry melalui telefon bimbitnya.
Tetapi taliannya sibuk. Aku cuba sekali
lagi dan masih engaged. Aku mengeluh, dengan siapalah dia bergayut
agaknya, rungutku. Pedal minyak ku tekan
dan kereta meluncur laju selepas pagar penghalang di kaunter tiket
dinaikkan. Sepanjang perjalanan pulang,
radio menjadi penemanku. Lagu RETAK
nyanyian Ella yang sedang berkumandang membuatkan minda ku melayang-layang
mengingatkan dia. Ingatan ku padanya
masih bersisa di hati rupanya. Mana bisa
ku melupakan dia dari kotak fikiranku, diakan cinta pertamaku. Terngiang-ngiang
dipendengaranku bait-bait lagu nyanyian Ella itu.
No comments:
Post a Comment