Sejak pagi lagi
ibu dan ayah sudah sampai dengan membawa sebakul kuih karipap sebagai buah
tangan untuk menambahkan juadah yang sedia ada untuk dihidangkan kepada
tetamu-tetamu yang datang.
“Ibu
tunggu sampai malam ya” pintaku pada ibu yang cantik berbaju kurung pesak,
kerudung yang dipakai menambah keanggunan ibu.
“Tak
boleh Sara, lepas kenduri ni nanti ibu dengan ayah nak ke rumah makngah di
Cheras” ujar ibu. Tangannya memegang
mesra tanganku.
“Ada apa nak pergi rumah
mak ngah, bu?”.
“Pakngah
tak sihat, itulah nak pergi tengok dia sekejap”, beritahu ibu lagi.
”Oh
iyake? Sakit apa pulak?”.
“Dengar
kata baru operate mata” terang ibu.
“Iya?..kesian
pakngah. Sampai sana nanti ibu kirim salam kat
makngah dan
pakngah,
insyaAllah nanti Sara ajak Azry pergi sana ,
ye bu”. Ibu mengangguk mengiakan.
Kelihatan
beberapa orang kawan mama telah tiba dan memenuhi ruang dapur. Kak Rina kelihatan cantik dengan berpakaian
baju kurung biru polos potongan Pahang.
“Min
dengan Lia tak datang sekali makcik?” sapa kak Rina sebaik bersalaman dengan
ibu.
“Hari
minggu macam ni tau ajelah, ada saja program mereka tu. Oh ya, Min dan Lia kirim salam pada Rina” sambung ibu lagi dan salam bersambut mesra.
Senyuman
tidak lekang dari bibir mungil kak Rina sejak kepulangannya ke tanah air
semalam. Mungkin dia merasa senang hati
kerana telah pulang ke tanah air, tanah kelahirannya. Atau mungkin juga hatinya yang remuk redam dulu
telah ada penawarnya.
Makanan
yang ditempah telah sedia terhidang di meja besar di luar rumah. Hanya menunggu kedatangan para tetamu dari masjid
yang dijemput hadir selepas waktu zohor . Azry kelihatan duduk bersembang di ruang
tamu dengan sepupu-sepupunya kerana sudah lama tidak berjumpa. Suasana sungguh meriah, ramai tetamu yang
hadir walaupun hanya kenduri doa selamat dan tahlil. Setelah waktu zohor masuk,
rombongan dari masjid pun tiba. Oleh kerana makanan dihidangkan secara buffet maka tetamu-tetamu wanita di dapur
tidak perlu bertungkus lumus untuk menghidang.
Selesai bertahlil dan berdoa, para tetamu pun dijemput untuk menjamu
selera di bawah khemah di halaman rumah.
Papa kelihatan begitu ramah melayan tetamu-tetamu dari masjid dan
beberapa jiran tetangga yang turut sama hadir.
Selepas menjamu selera tetamu-tetamu kelihatan beransur pulang.
Setelah
semua tetamu pulang, kami sekeluarga duduk berkumpul di ruang tamu.
“Baju
yang akak belikan untuk Sara tu, ok ke?
Boleh pakai?” kak Rina
bertanyakan
tentang baju yang dibelinya dari UK untuk ku.
“Boleh. Kalau akak ikut saiz akak, memang
ngamlah”.
“Tak
tau nak pilih, banyak sangat pilihan, tapi akak tau Sara suka warna
merahkan, sebab
tu bila akak tengok je baju tu terus akak beli”.
“Untuk
Azry tak ada ke kak?” sampuk Azry.
“Alah
sorrylah, akak sebenarnya tak sempat
nak beli. Lagi pun tak tau nak beli
apa untuk adik
akak ni. Tak apalah nanti akak belikan
di sini je”.
“Alah
di sini mana sama dengan beli di sana ?”
balas Azry mencebik seolah-olah
merajuk.
“Eee..
mengada-ngada je Azry ni..” Mama dan
papa yang duduk agak berjauhan dari kami turut ketawa melihatkan gelagat kedua-dua
anak-anak mereka.
Selepas
selesai kenduri, pembantu-pembantu yang diupah mama mulai sibuk berkemas untuk
jamuan makan di sebelah malam pula.
Malam itu selepas
menunaikan solat maghrib berjemaah bersama Azry di dalam bilik, Azry bermenung
di birai katil.
“Ha!
kenapa pulak termenung ni?” tegurku.
“Abang
nak pakai baju apa untuk jamuan malam ni?” Azry mengeluh dengan mengerutkan
wajahnya.
“Pakai
sajalah baju melayu abang yang lagi satu tu”.
“Takkanlah
nak pakai baju melayu pulak? Siang tadi kenduri bolehlah pakai baju
melayu”.
“Apa
salahnya pakai baju melayu? Itukan
pakaian kebangsaan kita, boleh dipakai dimana-mana dan untuk apa-apa function pun, apa”.
Aku
hampir terlupa dengan kemeja yang aku belikan untuk Azry kelmarin, lalu pintu
almari baju ku buka untuk mengambil baju tersebut yang ku simpan di dalamnya. Mengalahkan orang perempuan, cerewet betul
memilih pakaian untuk dipakai, rungutku.
Aku
menghampiri Azry yang sedang membelek dua helai baju yang telah beberapa kali
dipakainya.
“Yang
mana satu abang nak pakai?” kedengaran suara Azry bertanya tanpa menoleh ke
wajahku.
“Pakai
yang ni ajelah bang” baju kemeja merah
yang baru ku beli itu ku hulurkan kepada Azry.
Azry memandang ke arahku dengan kehairanan.
“Bila
beli ni?” Azry menyambut baju yang masih
berlipat di dalam plastik dari tanganku.
“Siapa
lagi yang nak belikan untuk abang tu, kalau bukan isteri abang ni!”, jawabku
dengan menjeling ke arahnya.
“Iya
ke? terima kasih sayang”, Azry menghampiriku lalu mencium kedua-dua pipiku
dengan perasaan gembira. Dia seperti
budak kecil yang mendapat coklat saja lagaknya.
“Eh
eh, sedondon pulak kita malam ni, macam majlis malam ni majlis kita pulak”,
kata Azry apabila melihat aku memakai dress labuh yang juga berwarna merah yang
dihadiahkan oleh kak Rina.
Sejurus
siap berpakaian Azry masih membelek-belek wajahnya di hadapan cermin lalu dia
mencapai minyak wangi kegemarannya dan disembur ke seluruh pakaian.
“Dahlah
bang sembur minyak wangi tu, banyak sangat nanti bukannya berbau wangi, bau
busuk lagi ada” perli ku.
“Sikit-sikit
dahlah, nak wangi-wangi sangat pun bukan ada orang nak cium abang pun” Azry berlagak selamba.
“Ok,
jom turun sayang” Azry menghulurkan tangannya untuk memimpin aku
ke bawah.
Teman-teman
mama dan beberapa saudara mara yang terdekat telah mulai memenuhi ruang
tamu. Kak Rina masih tidak
kelihatan. Aku menghampiri mama
menanyakan tentang kak Rina.
“Di
dalam bilik, tak siap lagi agaknya” jawab mama.
“Biar
Sara pergi tengok sekejap” ibu
mengangguk.
Aku
pun memanjat anak tangga semula ke atas.
Daun pintu kak Rina ku ketuk perlahan.
Seketika kemudian kak Rina kelihatan terjengul di muka pintu.
“Oh
Sara, masuklah” aku pun memboloskan diri
ke dalam bilik kak Rina.
“Dah
siap pun, kenapa tak turun?” tanyaku
kepada kak Rina yang duduk di kerusi berhampiran dengan meja solek.
“Akak
tengah tunggu call” jawab kak Rina dengan telefon bimbit di tangan. “Tunggu call?
Dari siapa?” aku ingin tahu.
“Adalah..”
jawab kak Rina pula. Ada riak gembira di muka.
Tiba-tiba
kedengaran deringan dari telefon bimbit kak Rina. Kak Rina pun
dengan girangnya
menjawab panggilan telefon itu.
“Dah
sampai?” tanya kak Rina kepada seseorang
yang masih menjadi tanda tanya di seberang talian.
“Ok,
I nak turun dah ni” kata kak Rina lagi.
Kak
Rina kelihatan mengangguk-anggukkan kepala seolah-olah sedang mendengar
sipemanggil di hujung talian sedang bercakap.
“Bye..”
talian telefon dimatikan. Kak Rina bingkas bangun.
“Jom
kita turun”.
“Siapa
tadi tu kak?”.
“Surprise, nanti akak kenalkan”.
“Dah
ada pakwe baru agaknya” hatiku berteka teki.
Mungkin
seseorang yang istimewa bakal datang dan akan diperkenalkan kepada kami
sebentar lagi. Kami terus melangkah
keluar menuruni anak tangga. Kami
mendapatkan tetamu-tetamu di ruang tamu dan bersalam-salaman dengan
mereka. Di luar rumah, ramai sudah tetamu-tetamu yang sedang
menunggukan kehadiran kak Rina. Kebanyakan
mereka terdiri daripada kawan-kawan lama kak Rina. Azry menghulurkan aku segelas fresh orange dan mendapatkan kerusi
untuk aku duduk di satu sudut berhampiran dengan pintu utama masuk ke rumah.
Seketika kemudian Azry datang lagi membawakan aku sepiring mihun goreng dan
sekeping cheese tart kegemaran ku.
Azry duduk di sebelah bersama-sama menemani aku makan.
Dari
kejauhan dengan jelas kelihatan kak Rina berdampingan dengan seseorang. Seorang lelaki kacak yang sama padan dengan
kak Rina yang cantik itu.
“Siapa
tu?” bisik ku ke telinga suamiku. Azry melilau mencari-cari siapa yang ku
maksudkan.
“Tulah,
yang jalan dengan kak Rina tu” aku
menunjuk dengan muncung. Agak lama Azry
memerhatikan pasangan itu.
“Eh!
tu kalau tak salah Hakim pakwe lama kak Rina dulu tu”.
Barulah
aku tahu rupanya itulah lelaki yang menelefonnya tadi. Mungkin mereka
sudah berbaik
semula. Baguslah kalau betul
begitu. Dalam sekelip mata sahaja
pasangan itu telah hilang dari pandangan di tengah-tengah tetamu-tetamu yang hadir. Mama dan papa kelihatan sibuk melayan
teman-teman mereka yang turut sama ada pada malam itu.
Kak
Rina tiba-tiba menghampiri aku dan Azry yang sedang menikmati keenakan makanan yang ada tanpa
perasan kehadiran kak Rina dan lelaki tadi disisinya. Azry bersalaman dengan lelaki kacak itu
sebaik sahaja mereka terpacul di depan mata dan kak Rina memperkenalkan aku
kepadanya.
“Ini
wife Azry, namanya Sara” lelaki itu menghulurkan tangan kepadaku dan
aku
menyambut
tangannya dengan sekuntum senyuman manis di bibir.
“Hai,
saya Hakim, apa khabar?” tanyanya ramah.
“Baik”
jawabku pendek. Tangan Azry segera merangkul lenganku. Kak Rina kelihatan berbisik sesuatu ke telinga
lelaki itu dan dengan hormatnya dia meminta diri dan mereka berlalu
meninggalkan kami.
“Padan
betullah mereka berdua tu, kan
bang?”.
“Ia
ke? macam kita?” Azry tidak habis-habis dengan gurauannya yang
menjengkelkan. Perasan! Satu cubitan
singgah di pehanya.
Malam sudah semakin lewat dan para
tetamu yang hadir mulai beransur pulang.
Kak Rina masih di luar melayan beberapa orang teman-temannya yang
ada. Lelaki tadi sudah tidak kelihatan
lagi mungkin sudah lama pulang. Azry mengajak aku ke bilik kerana keletihan.
Selepas bersiram terasa hilang kepenatan kerana sepanjang hari melayan
tetamu-tetamu yang datang. Cuaca malam itu agak panas, alat penghawa dingin
yang terpasang terasa leganya. Oleh
kerana kekenyangan aku tidak bisa melelapkan mata walau sepicing. Puas aku melayan untuk melelapkan mata, ku
pusing ke kiri, pusing ke kanan masih tidak berjaya. Suamiku yang tidur di sebelah
telah lama terlelap dan dengkurannya menambahkan gangguan tidurku. Aku terlelap sewaktu hari hampir subuh.
Pagi itu kerana
mengantuk yang amat sangat, aku rasa tidak berdaya untuk bangun pagi. Mata
terasa berat untuk dibuka. Tangan ku meraba-raba di sebelah, ternyata Azry juga
masih diulit mimpi indah. Aku terlelap
semula. Kring.. kring…kring… deringan telefon bimbit mengejutkan aku. Ya Allah!
Pukul berapa ni? Biasan cahaya matahari
yang terang benderang masuk dari tingkap kaca menandakan hari sudah
tinggi. Deringan tadi terhenti sebelum
ianya sempat aku jawab. Di skrin telefon
bimbit tercatat nombor pejabat, siapalah yang telefon tadi?
Jam
bulat yang tergantung di dinding
menunjukkan kepukul 9.45 pagi.
Aku mengeluh, terlewat bangun aku hari ni. Terasa penat seluruh tubuhku. Aku menepuk
belakang Azry yang masih berdengkur.
Terpisat-pisat dia terjaga dan bangun.
“Sara
tak kerja ke hari ni?”.
“Kerja.
Masuk lepas lunchlah. Letihlah
bang”.
“Abang
cuti, nanti abang hantar Sara ok”. Azry
bergerak ke bilik air.
“Ok”
lega rasanya bila Azry menawarkan dirinya untuk menghantar aku ke pejabat
nanti. Aku segera menekan nombor pejabat
dan kedengaran suara Maria penyambut tetamu menjawab.
“Perangsang
Delima Sdn Bhd , good morning”.
“Good morning Maria, tolong pass the line to Dida”.
“Oh
Puan Sara, you hold on”.
“Thank you, Maria”.
Aku
memberitahu Dida yang aku akan masuk ke pejabat selepas waktu makan tengahari
dan memintanya menyediakan senarai nama-nama pembeli dan nombor lot rumah yang
telah berjaya dijual sepanjang pameran di PWTC berserta harga-harga rumah
tersebut. Aku terus berbaring di katil
sementara menunggu Azry keluar dari bilik mandi. Suara Azry kedengaran memanggil ku. Dengan malas aku bangkit dari tempat
pembaringan menuju ke bilik mandi. Dato’
Dr Fadzillah Kamsah selalu berkata di dalam ceramah-ceramahnya, sekiranya mahu
rumah tangga kekal bahagia hendaklah sekali sekala mandi bersama. Itulah kata-kata yang selalu Azry bisikkan ke
telingaku.
Selepas makan tengahari
Azry menghantar aku ke pejabat.
Setibanya aku di ruang pameran berhampiran dengan meja penyambut tetamu,
kelihatan sepasang suami isteri sedang duduk berbincang sesuatu dengan
Badri. Aku terus ke bilik pejabatku. Dokumen-dokumen yang telah ku arahkan Dida
tadi telah siap berada di atas mejaku.
Aku mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan dan ku letakkannya di atas
meja sisi. Dokumen-dokumen tadi ku semak
dengan terperinci satu persatu. Tok…
tok…tok… pintu diketuk dari luar. Badri
datang menghampiriku dengan senyuman.
“Puan
Sara, ada purchaser di luar yang nak
berbincang sesuatu dengan you”.
“Ada hal apa, Bad?”.
“Purchaser tu nak beli dua lot rumah
banglo, tapi dia minta diskaun lagi, I tak
berani nak bagi so kalau boleh I panggil mereka masuk
jumpa you”, cadang Badri.
“Siapa
nama mereka?” Badri menghulurkan borang
pendaftaran yang telah diisi
oleh
mereka.
“Dato’
Saiful Baharum dan Datin Fariza, emm.. ok panggil mereka masuk” Badri
pun keluar menuju ke pintu. Aku bangkit dari tempat duduk apabila melihat
kedua-dua tetamu itu masuk.
“Sila
duduk Dato’, Datin” dengan hormat aku
mempersilakan mereka duduk. Dato’ Saiful
memberitahu aku tujuan mereka dengan ramah sekali, begitu juga isterinya Datin
Fariza.
“Kami
nak minta jasa baik you untuk bagi diskaun lebih sikit, sebab kami bercadang
nak beli dua biji banglo sekali. Kami
dah pergi ke tapak rumah dan sudah tengok rumah contoh tu. I memang sukalah dan berkenan sangat dengan design rumah tu. Satu tu nak hadiahkan
untuk anak I yang nak kahwin tak lama lagi” luah datin Fariza dengan panjang lebar.
“Beginilah
Dato’ dan Datin, saya akan bawa hal ini ke mesyuarat nanti, sebab masalahnya
harga-harga tu dah ditolak 10 peratus dari harga asal. Jadi saya kena berbincang dengan pihak atasan
berkenaan hal itu dulu, tak berani nak buat keputusan dan saya akan beritahu Dato’
dan Datin secepat mungkin” jawabku dengan
seulas senyuman.
“If that is the case, tak apalah, we’ll wait for your call ”.
“Ya”
aku menggangguk.
“Don’t worry Dato’, Datin, I’ll let you know
as soon as I got the answer from the
management, ok”.
“By the way, you are?” tanya Datin
Fariza sambil menghulur tangan untuk berjabat salam.
“Sara..
er.. Maisara..” tangannya ku
sambut. Aku juga bersalaman dengan Dato’
Saiful. Sebagai tanda menghormati mereka
aku mengiringi mereka sehingga ke muka pintu.
No comments:
Post a Comment