Pameran
perumahan masih lagi berlangsung dan aku terpaksa menghadirkan diri ke PWTC
seperti semalam dan kelmarin, maklum sahaja hari ini adalah hari cuti. Sudah tentunya keadaan akan menjadi lebih
sibuk dari hari sebelumnya kerana orang ramai akan berpusu-pusu ke sana untuk
melihat pameran perumahan yang julung-julung kali diadakan dengan tawaran
diskaun yang menarik. Aku tidak sampai
hati untuk membiarkan staf-staf ku bekerja tanpa aku bersama-sama bertungkus
lumus untuk mendapatkan pencapaian yang
dikehendaki oleh majikan. Awal-awal lagi
aku telah memberitahu mama tentang pameran itu.
Aku meminta maaf kerana tidak dapat bersama-sama menyambut kepulangan
kak Rina tetapi aku berjanji akan berada di rumah seawal mungkin. Mama dan papa begitu faham dengan tuntutan
tugas ku.
Setelah
siap berpakaian dengan blaus merah dan berseluar panjang hitam, aku menjeling
ke arah Azry yang masih lagi meringkuk di atas katil.
“Bang
bangun, tak kerja ke hari ni?” aku
mengejutkan Azry dari tidur sambil menyisir rambut hitamku.
Bedak
compact ku sapukan ke wajah. Lipstik
lancome berwarna merah hati ku sapu nipis ke bibir. Celak hitam ku lukis di tepi mata agar mata
kelihatan galak dan menawan. Ok dah
siap, bisik ku lantas menoleh ke sekujur tubuh yang masih berlingkaran di atas
katil empuk. Sedapnya dia tidur siap
berdengkur lagi. Selimut yang menutup
hampir seluruh badan Azry ku singkap.
Dengan malas tanpa membuka mata, tangannya mencari-cari selimut
tadi.
“Abang
tak kerja ke?” suara ku agak keras.
“Pergi
lambat sikit” jawabnya perlahan antara dengar dengan tidak.
“Sara
dah nak pergi ni, bangunlah”.
“Tak
apalah, Sara pergi dulu, kejap lagi abang bangun, nanti abang call Sara ok”,
pesan Azry dengan mata yang masih terkatup.
Aku
segera keluar dari bilik dan menuruni anak tangga untuk ke ruang bawah. Di ruang makan kelihatan mak Mah sedang
mengemas meja makan.
“Mak
Mah jom sarapan sama”.
“Mak
Mah dah sarapan tadi, Sara minum ya”. Mak Mah menuangkan Nescafe
panas ke dalam
cawan putih berbunga biru untuk ku.
“Mama
dengan papa dah minum ke? tak nampak pun mereka”.
“Mama
ada di luar sana ,
papa Sara awal pagi lagi dah keluar” balas mak Mah sebelum menghilangkan diri
ke dapur.
Sambil
bersarapan aku memeriksa telefon bimbit untuk melihat sekiranya ada missed call atau message yang masih belum ku baca.
Kebetulan ada dua mesej di inbox,
Badri mengingatkan aku untuk membawa flyers
dan borang pendaftaran pembeli ke PWTC nanti.
Ini bererti aku terpaksa pergi ke pejabat dahulu untuk mengambil
beberapa barang-barang yang diperlukan sebelum terus ke PWTC. Satu lagi mesej ku terima dari kak Lia “Sara esok akak nak balik ke rumah mak, kalau
tak keberatan dapat datang, akak nak jumpa sekejap”.
Allah!
kesian kak Lia kerana aku masih tidak dapat menunaikan permintaannya untuk
berjumpa. Agak sukar untuk aku
menjanjikan masa yang sesuai untuk aku bertemu dengan kak Lia lantaran
kesibukan di pejabat dan aku tidak pasti bagaimana untuk aku menyusun atur
jadual waktu yang begitu ketat, keluhan ku lepaskan. Aku terus membalas mesej kak Lia dengan
menekan butang-butang untuk menyusun kata-kata yang boleh membuatkan kak Lia
faham dengan kondisi aku ketika ini. “Minta maaf byk2 sbb x dpt nak jumpa akak
dlm masa terdekat krn sibuk, Sara akan call akak ASAP”.
Terasa
sedikit lega setelah dapat menyampaikan hasrat, aku harapkan kak Lia tidak
berkecil hati. Aku telah berjanji pada
diriku sendiri sekiranya segalanya sudah selesai aku akan segera menghubungi
kak Lia untuk membantu menyelesaikan masalahnya atau sekurang-kurangnya berada
di sisinya diwaktu dia memerlukan aku. Aku segera menghabiskan sarapan dan
berlalu ke dapur untuk menghantar piring dan cawan yang telah ku gunakan ke sinki. Azry masih tidak kelihatan kelibatnya. Tak bangun lagilah tu, aku berteka teki.
Di
luar rumah mama sedang menyiram pokok bunga kesayangannya. Itulah kegemaran mama di waktu lapangnya.
“Mama,
Sara balik lambat sikit hari ni. Exhibition di PWTC tu sampai pukul 10
malam tapi Sara akan cuba balik awal, ya ma”
aku memberitahu mama yang sedang terbongkok-bongkok menarik rumput liar
yang tumbuh di dalam pasu bunga kertas yang sedang cantik berbunga. Mama menoleh kepadaku dan mengangguk.
“Azry
tak kerja ke? Kalau tak kerja kenapa tak
minta dia hantarkan?” mama memberi cadangan.
“Abang
kerja, tapi pergi lambat sikit. Ok ya
ma, Sara pergi dulu” aku melambaikan
tangan dan terus mendapatkan kereta Toyota Vios ku yang diparkir bersebelahan
dengan kereta Honda Accord Azry.
Setibanya aku di PWTC, kelihatan
Badri dan Dida berada di booth
pameran. Mereka sedang sibuk melayan beberapa tetamu yang membuat beberapa
pertanyaan tentang projek perumahan yang sedang dijual. Kami baru sahaja
membuat pelancaran ke atas projek rumah berkembar dua tingkat dan rumah teres
dua tingkat di mana kedua-duanya masih dalam proses pembinaan. Terdapat 50 buah rumah berkembar dua tingkat dan
100 buah rumah satu tingkat dibuka untuk jualan dan masih ada beberapa buah
lagi yang masih kosong, lebih kurang 75% telah berjaya dijual. Aku mahu staf-staf ku lebih fokuskan kepada
kedua-dua projek baru ini selain dari rumah banglo yang masih belum terjual.
Aku
mendapat panggilan dari Desmond di pejabat mengatakan dia telah berjaya menjual
dua buah rumah teres dua tingkat pagi ini. Aku mengucapkan tahniah kepadanya di atas
kejayaannya yang telah menambahkan lagi mata jualan bagi pihak syarikat, ini
adalah untuk memberi perangsang kepadanya juga kepada kawan-kawannya yang lain
supaya bekerja lebih gigih lagi. Aku berasa
lega di atas bantuan semua pihak yang terbabit, dan aku akan pastikan kemahuan
majikan dapat kami capai dengan kerjasama yang padu dari semua kakitangan yang
ada. Sebaik sahaja talian dimatikan,
Dino datang menegurku dan memperkenalkan aku kepada dua orang sahabatnya,
Faizal dan Gee. Kedua mereka adalah
peguam dari syarikat swasta yang terlibat dalam pameran itu. Mereka kelihatan begitu mesra seolah-olah
telah lama berkenalan. Aku mendapat tahu
dari Dino, mereka adalah bekas teman-teman lama dari sekolah menengahnya dulu
dan sudah lama terpisah dan di tapak pameran ini mereka bertemu tanpa diduga.
Bila aku bertanya tentang Gee yang cantik dari pandangan mataku dan kelihatan
begitu manja, Dino seolah-olah tidak berminat mahu mendengar dan enggan
menghuraikan lebih lanjut apabila dia seakan-akan menukar topik cerita.
“Kenapa
dengan you ni Dino, I tengok Gee tu ok apa.
Padan tau dengan you” aku
mengusik Dino yang berdiri di sebelah ku dengan kedua tangannya diselukkan ke dalam
poket seluar jeans birunya.
“You
ni tak perasan ke macammana lagak dia dengan Faizal tu? Mereka berdua tu dah bertunanglah” balas Dino
dengan jelingan yang tajam dan membuatkan aku hampir tergelak melihatkan memek
mukanya yang seolah-olah bengang terhadapku.
Perbualan
kami terhenti apabila telefon bimbit ku berdering lalu ku tekan butang yang
berwarna hijau dengan ketawa yang masih bersisa.
“Hallo” aku menekap telefon bimbit Sony Ericson
berwarna putih ke telinga. “Hallo! Sara
di PWTC lagi ke?”.
“Em..ya,
kenapa?”.
“Tak
adalah, abang baru sampai ofis ni”. Aku
melihat jam di tangan.
“Baru
sampai? Dah pukul 12.30, abang bangun lambat ye?” teka ku.
“Itulah,
nasib baik mama ketuk pintu bilik tadi, Sara pun bukannya tau nak telefon
abang”.
“Sara
sibuklah bang” alasan ku berikan.
“Pukul
berapa balik nanti?” tanya Azry.
“Sekarang
ni orang tengah ramai, petang sikit nanti Sara baliklah, ok bang, bye” dengan
segera aku mematikan talian, perasaan marah ku terhadapnya sejak tadi malam
masih terasa.
Dino
memandang ku seolah-olah mahu menelan aku.
“Cik
abang telefon ke tu? Hai tak puas jumpa di rumah ke?” perli Dino.
“Orang
suami isteri macam tulah, sekejap tak jumpa dah rindu. Tulah I suruh you kahwin cepat supaya you
tahu macammana perasaan orang yang dah kahwin” usik ku lagi.
“You
ni tak habis habis, asyik nak bercerita pasal kahwin je.. boringlah” Dino
memalingkan tubuhnya, tingkah lakunya memang pelik, kisah kekecewaannya masih
lagi menghantui dirinya menyebabkan dia fobia untuk menyebut pasal perempuan
apatah lagi tentang perkahwinan. Dino…
Dino….
Oleh
kerana kesibukan melayan pertanyaan-pertanyaan yang datang singgah ke booth kami, aku terlupa yang aku
masih lagi belum makan. Bunyi perutku
bagaikan menjerit-jerit minta diisi. Jam
di tangan ku jeling, patutlah dah berkeroncong rupanya sudah pukul 2.15 petang.
“Dino
you tak nak makan ke?” aku menegur Dino
yang sedang membelek dokumen-dokumen di atas meja tulis.
“You
nak belanja I ke?” tanya Dino semula.
“I
tak kesah, I belanja pun boleh you belanja lagilah boleh” usikku.
“You
nak makan apa?”.
“I
teringin nak makan KFC lah, boleh?”.
“Teringin?
Ada apa-apa
ke?” usik Dino.
“Kenapa?
Kalau teringin tu mesti ada apa-apa ke? Mengarut je lah you ni!” Dino tersenyum mengejek.
“Jom
Sally, Desmond, kita pergi makan, biar Badri dengan Dida jaga booth ye” pelawa ku.
“We had our lunch alreadylah Puan Sara” kata Desmond dan Sally serentak.
“Oh
ya ke?” aku mengalihkan pandangan kepada
Dino yang telah menunggu agak jauh sedikit dari tempat kami.
“Ok, I go for lunch with Encik Dino, if there’s anything please call
me on my handphone, ya. I’ll be right back” pesan ku kepada staf yang sedang bertugas.
Dino
berjalan mendahului aku dan kami terpaksa menyelit-nyelit di tengah orang ramai
yang berpusu-pusu dengan arah tujuan masing-masing. Kami ke seberang jalan di The Mall kerana di sana
lebih banyak pilihan. Semasa melintas jalan, Dino kelihatan begitu kekok
berdiri berdekatan denganku.
Bersama-sama kami ada beberapa orang lain juga sedang memerhatikan ke
kiri dan kanan untuk melintas ke seberang.
Tidak semena-mena aku merasakan tangan kasar Dino menarik tangan ku
untuk melintas ketika tiada kereta yang lalu.
Sesampai sahaja di seberang aku menarik tanganku, wajahnya kelihatan
selamba.
“Nak
makan KFC ke?” tanya Dino.
“Suka
hatilah, I tak kisah apa-apa pun boleh asalkan makan” jawabku.
Dino
terus melangkah menuju ke restoran Kentucky Fried Chicken yang ada di situ. Dan aku mengekorinya dari belakang.
“You
pergi cari tempat duduk biar I beli, ok” aku mengangguk dengan cadangan Dino itu. Seketika kemudian Dino sampai dengan membawa
sedulang makanan untuk kami.
“You
ni macam tau-tau aje apa yang I nak makan ye” ujarku apabila melihat dua pinggan snack plate, satu ubi kentang goreng,
satu kotak mc nugget dan dua gelas fresh orange diletakkan di atas meja di depanku. Dino menyengih. Memang senyuman itu begitu menarik sekali,
kenapalah tidak ada orang yang berkenan dengan Dino? Aku rasa Dino yang banyak songeh, jual
mahal.
“Banyaknya
you beli, boleh habis ke ni?”.
“I
nak you makan kenyang-kenyang, bukan senang nak belanja you makan”, gurau
Dino.
Dino
menikmati ayam KFC dengan menggunakan tangan, senang katanya. Siap menjilat jari lagi.
“Petang
ni kakak ipar I balik dari UK ”.
“Dia
baru balik dari study di sana ?”.
“A’ah
dia study di sana ,
dah habis ambik PhD dia terus kerja. Dia
duduk sana sudah
7 tahun.”
“7
tahun? Lamanya, dia kahwin mat saleh di sana
ke?”.
“Taklah,
dia macam youlah, frust dengan pakwe dia, pergi sana bawa hati yang luka. Apakata kalau I kenalkan you dengan dia? Ok
tak?” seloroh ku.
“You
ni tak habis-habis lah, change topic
please” aku tergelak kecil.
“Oh
ya, sebelum terlupa esok tengahari rumah mama I buat kenduri dan sebelah malam pulak
buat dinner, so jemput datang
ya”.
“InsyaAllah,
kalau tak ada aral melintang” jawab Dino
sambil mengunyah.
Selesai
makan, pinggan yang hanya berisi tulang-tulang ayam ku ke tepikan lalu menyedut
fresh
orange dengan menggunakan straw.
“Alhamdulillah,
kenyang I, terima kasih Dino, nanti lain kali I belanja you makan pulak
ok”.
“No problem” jawabnya pendek.
“Eh
ni tak habis lagi ni, habiskanlah”, Dino menyuakan kotak Mc Neggut kepadaku.
“Eee..,
I dah kenyang giler ni, you makanlah” sambil menolak kotak itu aku
menggelengkan kepala.
“Sara,
boleh I tanya sikit tak? Sebelum you berkahwin
you berdua bercinta-cinta dulu ya?” aku
hampir tersedak.
“Kenapa?
Oh nak korek rahsia orang pulak ya”.
“Tak
adalah. Saja je nak tau”.
“Betul
you nak tau?” Dino menganggukkan kepala dengan sekeping nugget di tangan
kanannya.
“Sebenarnya
dia pilihan my parents” Dino kelihatan tercengang.
“Your parents choice? Hai! Zaman canggih
manggih ni pun ada orang kahwin atas dasar pilihan orang tua? Biar betul
Sara”.
“Ni
yang I malas nak cerita ni, dahlah
taknak ceritalah” aku berpura-pura merajuk.
“Ok,
ok, sambung balik cerita”.
“Dahlah,
nak cerita apa lagi, I dah bagitau yang kitorang kawin sebab parents yang suruh kahwin, itu
saja”.
“Maknanya
dia bukan boyfriend you lah ye? You
tak cintan cintunlah sebelum kahwin dengan dia?” aku menggelengkan kepala
dengan wajah mencebik.
“Tapi
you ada boyfriend ke sebelum kahwin
dengan your husband?”, Dino cuba
mencungkil rahsia peribadi yang tidak pernah ku ceritakan kepada orang lain
termasuk Azry. Aku hanya
mengangguk.
“Ui..
I respect youlah. You boleh bercinta dengan orang lain lepas tu
kahwin dengan orang lain? Very obedientlah you ni, untung parents you dapat anak macam you ni. Mana
pergi boyfriend you sekarang? Mesti
dia frust menonggeng macam I jugak kan ?”.
“Entahlah,
tak tau, tak ambik tau. Eh! dahlah jom
kita pergi sana
balik” aku segera menukar topik cerita dengan mengajak Dino balik ke PWTC
semula mentelahan pula waktu sudah agak lewat petang.
“Your story very interestinglah Sara,
lain kali sambung lagi ya. Tak sangka
pulak cerita you lagi dasyat dari cerita I.
Patutlah you pandai nasihatkan I mengalahkan mak I pulak, rupanya lebih
banyak experience dari I. Terasa pulak keciknya diri I ni” aku terus melangkah tanpa menghiraukan Dino
yang berada di belakangku.
“Eh
tunggulah, lajunya jalan” Dino berlari anak mendapatkan aku.
Kami
bersama-sama beriringan keluar dari pusat membeli belah The Mall. Kali ini aku berdiri agak jauh dari Dino
supaya insiden tadi tidak berulang lagi walaupun dia ku lihat menjeling-jeling
memerhatikan aku.
No comments:
Post a Comment