Petang itu
sedang aku sibuk menyemak report yang disediakan oleh Dida, telefon bimbit ku
berdering. Aku segera mengangkat telefon
bimbit yang terletak di meja sisi dan terlihat nama kak Lia tercatat di
skrin. Dengan cepat butang hijau ku
tekan.
“Hallo!
Kak Lia”.
“Sara,
apa khabar?” suara kak Lia kedengaran sayup di hujung talian.
“Baik,
kak Lia?”.
“Akak
sihat, Lia kat ofis ya?”.
“A’ah,
Lia ada kat ofis. Hari sabtu hari tu
Sara balik rumah ibu. Kak Min sefamili
pun ada. Kenapa kak Lia tak balik?”
tanya ku ingin tahu.
“Oh
kak Lia balik rumah mak abang Idham, kitorang tidur sana. Ibu dengan ayah sihat?”.
“Mereka
sihat, ibu ada jugak tanya pasal kak Lia.
Ibu kata dia ada cuba
telefon kak Lia tapi tak dapat. Bila senang-senang
tu kak Lia telefonlah ibu, kesian dia”.
“Iyalah,
nanti kejap lagi akak telefon. Oh ya, kak Lia nak jumpa Sara nanti boleh tak?”.
“Eh!
boleh, bila?”.
“Petang
karang, lepas ofis, ok tak?”.
“Emm
boleh, di mana?”.
“Akak
tunggu di A&W PJ pukul 6 nanti, ya!
Tapi Sara sorang je tau. Jangan
pulak bawa Azry, akak ada hal sikit nak bagitau Sara”.
“Oklah
kak, nanti kita jumpa ye”
“Bye..”
ujar kak Lia mengakhiri perbualan kami.
Selepas
meletakkan telefon bimbit ku di atas meja, aku tertanya-tanya pada diri ku
sendiri. Apalah yang hendak diceritakan
oleh kak Lia kepada ku sehingga Azry tidak boleh ku bawa sama. Tumpuan ku pada
kertas report di hadapan ku terganggu. Soalan demi soalan mulai datang
menghimpit fikiran. Kak Lia tidak pernah begitu. Selalunya jika hendak berjumpa, pasti dia
akan membawa suaminya abang Idham dan bayinya yang masih kecil bersama. Kenapa ya?
Tetapi persoalan itu tiba-tiba terganggu dengan kehadiran Dino ke bilik
ku.
“Hai,
hari-hari jumpa pun rindu jugak ke?
Melamun jauh nampak, mengalahkan orang tengah bercinta” sapa Dino.
Tiada
kata-kata yang terkeluar dari mulutku selain dari senyuman yang hambar yang ku pamirkan.
“Kenapa
ni Sara? Lain macam je you ni”.
“Kenapa
apa? Ada-ada saja you nilah. I tengah berfikir
macamana nak buat report yang sekali
imbas bos tengok dah boleh faham, dan tak payah lagi I nak explain panjang-lebar”.
“Alah
pasal report tu. You janganlah nak pening-peningkan kepala you
fikir pasal report you tu. I guarantee
you buatlah macammana canggih pun, Datuk mesti tanya banyak jugaklah. Dia mana boleh kalau tak dengar suara you
yang manja tu, sebab tulah kalau boleh seminggu tiga kali nak buat meeting.
Buat menyusahkan orang aja” tempelak Dino.
“You
ni cakap siang pandang-pandanglah”.
“Tak
habis ayat tu, biar I habiskan, cakap malam intai-intai. Betul ke?” aku ketawa,
gelihati dengan gelagat Dino yang lucu itu.
“Suka
hati youlah. Ha! ada apa hal ni? You ni kacau sajalah”.
“Sampai
hati you cakap dengan I macam tu ya. You
tak suka I datang ofis you ni ke? Kalau
tak ada urusan I tak datang sini Puan Sara.
Ni ha! proposal you pasal exhibition di PWTC tu dah approved” dokumen yang Dino letakkan di atas
meja ku ambil dengan perasaan gembira.
“So, I dah boleh proceedlah dengan apa yang I dan marketing staff I rancangkan tu? Sayanglah kat you Dino”.
“Bila
nampak duit sayang ye, you ni betullah mata duitan. Kesihan betullah kat husband you”.
“Ha!
jangan nak babitkan husband I pulak
dalam hal ofis kita ni. Duit yang I nak
dapatkan ni pun bukan masuk dalam poket I tau.
Ini untuk ofis jugak, nanti you jugak yang sibuk tanya mana saleslah mana collectionlah, cakap senanglah..”.
“Oklah,
I faham. Jangan lupa nanti bagi I detail dan exact figure, how much is the
amount and what are the things to buy,
senang staff I nak refer dan prepare the cheque payment” pinta Dino.
“Cayalah
you Dino. Eh lagi satu, disebabkan short of staff I need a favour, boleh
tak?”.
Dino
merenung dengan senyuman manis di bibirnya yang dihiasi kumis tipis membuatkan
aku serba salah. Tetiba semacam ada satu
perasaan aneh yang datang menyelinap ke sudut hati. Eh! apahal aku ni?
Dino
tidak berkata apa-apa selain dari senyuman miang yang membuatkan aku terkada ng menyampah dibuatnya.
“Hallo!
You dengar tak apa yang I cakapkan ni Dino?”
meja ku hempuk dengan fail kertas yang ada di tangan. Dino terus tersengih.
“Apahal
lagi Sara?”.
“Tak
ada, on the exhibition day nanti I
kalau boleh nakkan
your staff including you to help us at the booth. You tahukan , I buat dua shift. Satu shift ada dua orang so maknanya satu
hari empat orang kena on duty di exhibition booth. Lagi dua orang I nak stay di office to answer
phone calls and attend to walk-in puchasers on enquiries. Nanti I buatkan duty rooster I masukkan
nama dua orang staff you dengan you sekali ya, boleh tak?” tegas ku seakan-akan
merayu.
“Amboi!
Manisnya bicara you bila nak minta tolong ya.
Boleh, no problem tapi jangan
lupa masukkan jugak nama staf-staf I untuk claim
and replacement leave nanti dalam
your claim report.”
“Eh,
takkanlah I nak lupa pulak. So, ok ya. Nanti bila dah siap schedule tu I will pass to
you a copy. Thanks
ya Dino” aku terasa sedikit lega
dengan persetujuan itu.
“You are most welcome. Eh, hari sabtu kelmarin I tengok husband you
lain macam aje pandang kat I, suspen
betul” Dino mengingatkan kejadian tempoh hari.
“Iya
ke? tak adalah”.
“My two friends tu ingatkan you berdua girlfriend boyfriend. I kata diowrang tu laki bini dowh. Siap diowrang kata kenapa I tak tackle you. Kalau I dapat tackle you diowrang nak belanja I makan tiga hari tiga malam. Diowrang yang kata tau bukan I buat-buat
cerita, betol” beria-ia Dino bercerita.
Aku
mempamirkan senyuman, enggan mengulas lanjut kerana sikap Dino yang memang aku
sedia maklum, kalau lebih banyak aku bercakap dan bertanya lebih banyak pula
cakap dan pertanyaan yang akan dia ungkapkan.
Diam adalah jalan yang terbaik.
Bila melihat tiada apa-apa reaksi dari ku, Dino pun menyambung
kata-katanya tadi.
“You
pergi tengok wayang ke? Ni mesti tengok
cerita Fast & Furious 4 kan? tak
sanggup I nak beratur panjang. Hari tu
memang ingat nak tengok cerita tu jugak tapi tengok orang ramai beratur nak
beli tiket, langsung tak jadi” jelas Dino.
“Best
jugaklah cerita tu. Husband I yang beria-ia nak tengok, I temankan aja”.
“Husband you ada tanya apa-apa pasal I
tak?”.
“Nak
tanya apa? Jangan nak perasan “.
“Tak
adalah, sebab hari tu I tengok dia tertoleh-toleh sampai dua kali. Semacam je muka dia, agaknya dia jealous kot. Tulah kahwin lagi dengan orang cantik, nasiblah
kan ”.
“Ada-ada
aje you ni” jam di tangan ku kerling.
“Dah
nak dekat pukul lima ,
I nak baliklah” ujarku.
“Ehwah,
baru pukul lima
dah nak balik. Boss apa ni?”.
“I
ada hal sikit”.
“Tak
habis-habis dengan hal. Hero you ajak
pergi mana pulak?”.
“Eh
eh, suka hati I lah. You pulak yang jelous kenapa?”.
“Jealous tu tak adalah, cemburu sikit je. Oklah, I nak pergi minum teh tarik dengan
Mior dan Amin kat kedai biasa. Kalau
agak-agak you nak join datanglah ye”.
“Kan I kata I dah nak
balik ada hal”.
Aku
terlewat sampai ke destinasi yang dijanjikan.
Petang itu jalanraya sesak sungguh.
Apabila sampai di kawasan parkir A&W kelihatan kereta-kereta telah
penuh memenuhi kawasan parkir tersebut.
Aku terpaksa berpusing dua tiga kali untuk mendapatkan tempat untuk
meletakkan kereta. Semasa memerhatikan
tempat kosong untuk meletakkan kereta, aku ternampak kereta Suzuki Swift biru
kak Lia sudah berada di situ. Nasib ku
agak baik apabila sampai di satu sudut ada pula kereta yang mahu keluar dan aku
segera memakirkan kereta. Sejurus enjin
kereta ku matikan aku segera keluar dan berlari anak ke restoran itu. Pintu kaca A&W terbuka dengan sendirinya
sebaik aku tiba, terasa lega bila berada di dalam restoran yang berhawa dingin
itu. Sambil melangkah mata ku liar
mencari kelibat kak Lia. Tidak berapa
jauh dari situ aku ternampak kak Lia sedang melambaikan tangan. Aku segera mendapatkannya.
“Sorry kak, dah lama akak sampai?” tangan
ku hulur dan kak Lia memelukku erat.
“Baru
je, air pun tak habis lagi. Sara nak
makan apa-apa tak?”.
“Tak
apa, Biar Sara pergi beli sekejap, akak nak apa-apa lagi?” kak Lia
menggeleng. Aku terus melangkah ke
kaunter dan kembali semula menatang dulang yang berisi segelas float dan ubi
kentang goreng.
“Azry
tau ke Sara datang jumpa akak ni?” tanya kak Lia sebaik aku menghenyakkan
punggung.
“A’ah,
Sara ada bagitau Azry, kena bagitaulah kak, nanti kalau Sara balik lambat tak
bagitau bising pulak dia” ujarku dan kak
Lia mengangguk tanda faham.
“Baby
Farah macamana? Sihat? Dah pandai apa dah dia?” float di gelas besar ku
hirup.
“Farah
dah pandai menyarap dah, sekarang ni tengah angkat-angkat buntut, tak lama lagi
merangkaklah tu” kak Lia kelihatan gembira apabila bercerita tentang puteri
kesayangannya yang seorang itu.
“Mulut
dia bising. Dia pun dah pandai panggil
mama papa, gigi pun dah penuh, kuat menggigit pulak tu, ni ha tengoklah” kak
Lia menunjukkan lengannya yang lebam kesan gigitan Farah pada ku.
“Seronok
ya kak ada baby”.
“Sara
bila lagi? Jangan nak merancang-rancang, beranak satu dulu, lepas tu barulah
boleh nak merancang untuk menjarangkan anak”.
“Tak
adalah, mana ada merancang. Merancang
nak dapat anak adalah. Azry tu tak
sabar-sabar nak timang anak. Tapi tak apalah, baru sepuluh bulan kahwin, relax
dululah kak, nak honeymoon puas-puas,
lepas tu barulah boleh fikir tentang anak”.
“Tak
semestinya ada anak tak boleh honeymoon”
celah kak Lia.
“Akak
tentu bahagia dengan abang Idham dan sekarang dah tambah dengan Farah lagi
kan?” wajah kak Lia kelihatan
berubah. Kak Lia terdiam dan aku terkedu.
Oops!
Aku tersalah cakap ke? Tak mungkin. Sepanjang yang aku kenal dengan abang Idham
suami kak Lia tu, orangnya baik dan kelihatan begitu romantik sekali. Tak tahulah kalau di depan orang sahaja dia
berlakun begitu.
“Akak
ok ke?” tangan kak Lia ku genggam.
Kak
Lia hanya menundukkan muka. Wajah kak
Lia masih cantik seperti dulu dan bertambah ayu dengan memakai tudung. Mana-mana lelaki pun jika terpandang kak Lia
pasti akan menoleh dua kali. Walaupun bertudung
tetapi kak Lia pandai bergaya.
Almaklumlah, tugasnya sebagai setiausaha membuatkan dia harus sentiasa
kelihatan up to date dalam
berfesyen. Kak Lia kelihatan mengesat
airmata dengan tisu putih di tangannya.
“Eh
kenapa kak? Ada
apa-apa yang Sara terlepas cakap yang buat akak menangis ke?” kak Lia menggelengkan kepala.
Tangisan
nya bertambah. Walaupun tanpa esakan tetapi dari henjutan tubuhnya aku dapat
merasakan begitu. Nasib baiklah kami
duduk di penjuru yang agak terpencil dari orang yang lalu lalang.
“Kak..,
cakaplah kak, Sara sedia mendengar” pujuk ku.
Mata
kak Lia kelihatan sembap kerana menangis.
Aku begitu simpati melihatkan keadaan kak Lia yang begitu sedih
sekali. Aku tidak pernah melihat kak Lia
beraksi begitu. Kak Lia seorang yang
periang dan dia tidak cengeng. Apakah
yang membuat dia begitu sedih sehingga menangis teresak-esak? Aku merenung wajah kak Lia. Kak Lia cuma diam.
“Boleh
Sara janji dengan kak Lia?” aku
mengangguk.
“Tolong
jangan cerita pada ibu dan kak Min, janji ya” aku mengangguk lagi buat kesekian
kalinya.
Selepas
terdiam buat seketika kak Lia memulakan bicara, “Abang Idham dah beberapa hari
tak balik rumah. Semenjak Farah lahir, akak dah perasan perubahan abang Idham. Dia selalu saja balik lambat dan kadang kala
tak balik langsung. Setiap kali akak tanya dia akan marah-marah, melenting tak
tentu pasal” kak Lia mengesat hidung
dengan tisu.
“Akak
tak tau apa puncanya tiba-tiba ja dia boleh berubah perangai macam tu”, luah
kak Lia dengan sedu, matanya berkaca.
“Dia
ada girlfriend ke kak?” tanpa
berselindung aku bertanya.
“Memang
mula-mula akak tak percaya. Sampailah
satu hari akak terbaca SMS dari telefon abang Idham. SMS yang perempuan tu
hantar sebut perkataan I love youlah,
I miss youlah, apa maknanya tu? Tapi
abang Idham tak tau yang akak ada terbaca mesej tu. Bila akak tanya dia ada
girlfriend lain ke, dia beria-ia menafikan. Kami selalu bertengkar pasal ni. Bila dia marah dia akan keluar dari rumah dan
balik jauh malam” cerita kak Lia lagi
“Dah
lama ke hubungan dia dengan girlfriend dia tu?” tanya ku.
“Akak
rasa perempuan tu memang sudah ada semasa akak mengandung lagi tapi akak yang
tak perasan. Sejak lepas akak bersalin tu memang menjadi-jadilah perangai dia,
sekarang ni dia dah tak balik rumah tiga hari”
kak Lia mengesat airmata.
“Akak
tak call ofis dia?”
“Ada , tapi staff dia kata
dia bercuti. Akak malaslah nak tanya
banyak, nanti semua orang tahu pulak cerita kami ni”.
Aku
hanya mampu memujuk dan menyabarkan kak Lia sahaja. Aku tidak mahu melihat kak Lia bersedih dan
aku tidak suka kakak ku diperlakukan begitu.
Kak Lia telah banyak berkorban untuk abang Idham. Dia dah lupa ke?
Semasa dia menyambung pelajarannya keluar negeri siapa yang membiayai
perbelanjaannya? Waktu itu mereka sudah
mengikat tali pertunangan sebaik sahaja mereka berdua tamat diploma. Beberapa bulan selepas itu kak Lia mendapat
tawaran pekerjaan dan abang Idham mahu terus mengambil ijazah Jurubina di luar
negeri walaupun dia boleh berbuat demikian di sini sahaja. Kerana memikirkan masa depan, kak Lia
bersetuju untuk membantu dari segi kewangan sementara mendapat pinjaman yang
telah dipohon dan diluluskan oleh pihak kerajaan. Oleh kerana sayangkan abang Idham jugalah kak
Lia mengirimkan wang untuk abang Idham membeli sebiji motor di sana untuk
kemudahannya ke kuliah. Abang Idham
ibarat kacang lupakan kulit, habis madu sepah dibuang. Geram betul mendengarkan cerita kak Lia
tentang dia. Ini tidak boleh jadi, aku
harus usahakan sesuatu supaya Farah tidak kehilangan papanya ke tangan orang
lain. Kesian Farah…
No comments:
Post a Comment