Monday, January 27, 2014

TIPS MENULIS NOVEL



Bahagian Pertama 

Terlalu banyak surat dan e-mel yang saya terima meminta saya memberi beberapa tips untuk menulis. Sesungguhnya saya tidak dapat membalasnya kerana masalah masa yang seperti tidak cukup rasanya.

Melalui ruangan ini saya ingin berkongsi dengan para peminat, pembaca dan mereka yang berminat untuk menulis beberapa tips. Memang saya sentiasa mengalu-alukan kehadiran penulis baru bagi memeriahkan bidangpenulisan tanah air.

Menulis dan menjadi penulis bagi saya perlukan kesabaran dan ketabahan (tip pertama saya). Ini yang paling utama dan paling perlu ada pada setiap orang yang bercita-cita mahu menjadi penulis. Ketabahan dan kesabaran ini akan dilalui dalam beberapa peringkat ketika menulis dan selepas tulisan kita sudah sedia diterbitkan (kadangkala kita rasa karya kita boleh diterbitkan tetapi penerbit rasa sebaliknya).

1. Kesabaran dan ketabahan

Dalam proses permulaan menulis, seseorang penulis baru harus sabar dan tabah bagaimana mahu mencari idea untuk menulis. Kadangkala penulis baru menghadapi masalah bagaimana mahu bercerita, mencari bahan cerita atau bagaimana membina plot-plot dalam cerita itu nanti. Di sini kesabaran paling utama kerana proses membina cerita bukanlah proses yang mudah.

Proses pertengahan adalah proses yang cukup mencabar kesabaran penulis, ketika cerita sudah dibina. Sedang sedap menulis atau menaip tiba-tiba si penulis kehilangan idea. Apa nak ditulis? Idea terbang melayang, cari tak jumpa-jumpa. Kalau idea dah terputus macam mana nak menulis, kan?

Sabarlah… ada cara untuk menanganinya.

2. Selepas menghabiskan karya, mencari tajuk buku pun satu hal. Tetapi perkara ini boleh dibantu oleh penerbit. Kadangkala dalam proses ini membuatkan kita boleh jadi tidak sabar kerana kita tidak suka dengan tajuk yang diberikan oleh penerbit. Sabarlah….

Dan paling penting, seorang penulis baru perlu sabar dan tabah dalam menghasilkan karyanya, tabah ketika mengetahui karya mereka dibakul sampahkan dan sabar apabila mendengar komen daripada editor penerbitan yang mengatakan buku awak ni rubbish!, buku awak ni tak ada nilai!, apa buat cerita macam ni?, atau bermacam-macam lagi.



copy paste: www.mykarya.net

.

No comments:

Followers