Wednesday, January 29, 2014

MACAM MANA HENDAK MENYUSUN BAB?



Bagaimanakah kita boleh mengagak ketebalan novel kita sebelum ia dijadikan buku? Panduan daripada saya ialah, gunakan 12 poin, jenis font Times New Roman dan taip langkau 1.5 baris di kertas A4. Satu halaman bersamaan dengan 1.5 halaman bila ia dijadikan buku. Justeru itu, manuskrip setebal 300 halaman di kertas A4 akan menjadi 450 halaman bila ia dijadikan novel.

Setebal manakah yang elok bagi sesebuah bab? Bagi saya, satu bab yang tidak memenatkan pembaca ialah di antara 4.5 hingga 7 halaman. Andainya sesebuah bab itu lebih daripada itu, misalnya 8 atau lebih 10 halaman, pembaca akan jemu membaca.

Dia akan menyelak dan hatinya akan mengusik, ‘bilakah bab ini akan berakhir?’ Mainan di hati pembaca akan mengganggu tumpuan bacaan. Dia akan hilang fokus dan berasakan novel kita tak sedap.

Jika sesebuah bab itu terlalu pendek, misalnya 1.5 atau 2 halaman tebalnya, ia akhirnya akan menjadikan novel yang dibaca melompat-lompat. Seolah-olah, baru nak panas ceritanya, tetapi kita potong dan tamatkan bab itu.

Justeru itu, 3 halaman itu orang kata, sudah sedang elok. Lagipun, seseorang penulis boleh menyiapkan 3 halaman dengan agak mudah. Ini bermakna dalam sehari, dia dapat siapkan 4.5 halaman. Ini dikira sudah cukup sebagai penulis sambilan.

Bab-bab di antara 4.5-7 halaman ini melancarkan pembacaan dan membantu pembaca berasa ‘berjaya’ bila dia dapat menyudahkan sesebuah bab. Bayangkan marathon yang terpaksa dilalui oleh pembaca bila menatap 10 halaman untuk satu bab.

Lebih cantik jika kita boleh tulis setiap bab yang ketebalannya lebih kurang sama sahaja. Ini akan membantu ‘pacing’ pembacaan. Pembaca boleh berehat seketika, buat kerja lain sebelum menyambung pembacaan.


# copy paste : wayang minda/eyman haikal

.

No comments:

Followers