Azan subuh baru sahaja berkumandang. Hanya ruang dapur dan bilik Mak Jah di
tingkat bawah sahaja yang kelihatan terang. Mak Jah sedang mengambil wuduk
untuk menunaikan solat. Manakala penghuni lain di banglo dua tingkat itu masih
asyik dibuai mimpi. Begitulah kelazimannya suasana rumah itu setiap kali waktu
subuh menjelang.
|
Usai
solat, Mak Jah ke dapur untuk menenggek air. Sementara menunggu air masak, dia
menghidupkan mesin basuh dan membersihkan sekitar ruang dapur. Tatkala jam
menunjukkan pukul 7.30 pagi, barulah dia menyediakan sarapan.
Sarapan
yang disediakan ringkas sahaja. Dia hanya membancuh seteko kopi panas dan
menyediakan beberapa butir telur separuh masak. Roti yang telah dibakar dicalit
dengan mentega dan kaya manis. Itulah hidangan sarapan penghuni rumah itu hampir
setiap pagi.
“Petang
nanti kalau you balik awal, boleh tak tolong ambilkan baju dekat laundry? Laundry tu tutup pukul enam. I takut
tak sempat sebab appointment I dengan Datin Bibah pukul
empat. You tahulah kalau kita orang dah duduk berbual. Tambah-tambah kalau ada
Datin Sally dengan Nancy Tan tu, ada aje cerita mereka,” pinta Mazni sambil
melangkah menuruni anak tangga. Mazni masih di dalam pakaian tidur.
“I tak
boleh janji. Hari ini sehari suntuk ada mesyuarat. Pagi di Subang Jaya dan
petang nanti di Putrajaya pulak. Sebelum you pergi jumpa kawan-kawan Datin you
tu, you singgahlah kat
laundry tu
dulu.” Mustafa membetulkan tali leher yang dipakainya. Hari itu dia memakai
seluar slack
hitam
dipadankan dengan kemeja berlengan panjang warna biru muda.
“I malas
nak berpatah balik. Lagipun, I tak lalu kat kedai laundry tu.” Awal pagi lagi Mazni
sudah merungut. Dia muncung. Wajahnya kelihatan sedikit pucat tanpa sebarang
alat mekap yang bertempek di kulit muka seperti selalu.
Mustafa
sudah duduk di kerusi makan. Dia menuangkan
sendiri air kopi ke dalam cawannya. Sekeping roti bakar dijamah.
“Kalau
macam tu, minta tolong Mirul saja.” Setelah habis sekeping roti, dia meneguk
kopi pula.
“You
lupa ke? Bukan ke hari ini dia ada appointment dengan Datuk Kadir di kilang tu?” Mazni mengingatkan suaminya.
“Oh ya,
nanti jangan lupa kejut dia. Kalau tak dikejut nanti sampai ke tengah hari pun
dia tak bangun. Kalau ada apa-apa suruh dia call I.”
Mustafa sudah selesai bersarapan. Kemudian dia
mengatur langkah ke ruang tamu sambil Mazni mengekorinya dari belakang. Dia
duduk di sofa. Terbongkok-bongkok dia memakai stoking sebelum keluar menuju ke
garaj kereta.
Mazni
sekadar menghantar suaminya dengan pandangan mata. Setelah pasti Mustafa sudah
pergi barulah dia menutup pintu utama dan hilang ke tingkat atas.
Jam di dinding sudah menunjuk ke
angka sepuluh. Mazni sudah pun mandi dan memakai pakaian cantik. Walaupun hanya
duduk di rumah, wanita yang berusia 50 tahun itu tetap mahu kelihatan menawan.
Ketika
dia melintasi bilik Amirul untuk ke ruang bawah, dia melihat pintu bilik anak
bujangnya itu masih bertutup rapat. Dia yakin Amirul masih belum bangun
daripada tidur lalu dia menghampiri bilik tersebut. Tombol pintu cuba diputar
tetapi ternyata pintu itu berkunci dari dalam. Mazni mengetuk daun pintu
bertalu-talu sambil melaungkan nama Amirul.
Setelah
beberapa minit mengetuk dan memanggil, barulah kelihatan wajah Amirul terjengul
di sebalik daun pintu yang terkuak. Rupa-rupanya dia sudah bersiap dengan
memakai pakaian kemas. Rambutnya disisir rapi. Haruman minyak wangi yang
dipakai Amirul menusuk kuat ke hidung membuat Mazni terasa sedikit pening.
“Kenapa,
ma? Mesti mama ingat saya belum bangun, kan?” Amirul menyengih.
“Tak
adalah. Mama cuma nak pastikan Mirul dah bersiap-siap untuk pergi temu janji
tu. Temu janji dengan Datuk Kadir tu pukul berapa?” Mereka dua beranak menuruni anak-anak tangga ke
aras bawah.
“Katanya
bila-bila sebelum waktu makan tengah hari. Dari sini ke Sungei Way tu tak jauh
mana pun. Kalau jalan tak jam lima minit dah sampai,”
jelas Amirul ceria.
“Bagus
anak mama. Tak payah susah-susah mama nak kejutkan,” puji Mazni.
“Saya
sedang bersemangat ni, ma. Rasa tak sabar nak mulakan kerja. Dah bosan rasanya
duduk rumah hanya makan tidur saja,” rungut Amirul lagi.
“Jangan
hangat-hangat tahi ayam. Mula-mula saja bersemangat, lepas tu malas.” Mazni
menuangkan minuman ke dalam cawan untuk Amirul dan dirinya. Roti bakar yang
masih panas serta dua butir telur separuh masak yang telah dipecahkan ke dalam
mangkuk kecil disuakan kepada anak bujangnya itu. Senang hatinya melihat Amirul
bersarapan dengan berselera sekali walaupun hanya roti bakar bercicahkan telur
separuh masak.
“Mama
janganlah cakap macam tu. Kata-kata yang keluar dari mulut mama tu adalah doa
tau, ma.”
“Yalah,
mama akan doakan supaya anak mama rajin dan ringan tulang.”
Amirul
menyengih.
“Mirul,
boleh tolong mama, tak?”
“Tolong
apa, ma?”
“Balik
nanti Mirul singgah
laundry
ambil pakaian yang mama hantar kelmarin, boleh?”
“Boleh,”
jawab Amirul dengan senang hati. Dia memandang jam di tangannya. “Okeylah, ma.
Saya pergi dulu, takut terlambat pulak nanti.” Amirul bangkit lalu melangkah
pergi.
“Okey. Good luck,” ucap Mazni.
“Terima
kasih, ma.” Baru beberapa langkah Amirul menapak tiba-tiba langkahnya terhenti,
dia berpatah balik. Seperti ada sesuatu yang tertinggal. Dia menuju ke dapur.
“Nak ke
mana tu?” tanya Mazni pelik.
“Nak
jumpa Mak Jah sekejap.” Begitulah lazimnya sikap Amirul jika mahu keluar ke
mana-mana pasti tidak lupa untuk bersalam dan memberitahu Mak Jah akan
kepergiannya.
AMIRUL sudah tahu benar selok-belok untuk ke kilang
yang terletak di Sungei Way itu. Tanpa ada apa-apa masalah dalam masa tidak
sampai sepuluh minit dia sudah berada di dalam kawasan kilang. Kereta diparkir di tempat
letak kereta awam. Kebetulan semasa dia keluar dari kereta dia terserempak
dengan dua orang pekerja kilang yang melintasi tempat itu, lalu ditegurnya.
“Assalamualaikum.”
Dia memberi salam kepada dua orang lelaki tersebut.
“Waalaikumussalam,”
jawab mereka serentak.
“Maaf,
nak tumpang tanya,” kata Amirul berbasa-basi.
Kedua-dua
lelaki itu mengangguk.
“Di mana
pejabat Datuk Kadir?” tanya Amirul sopan.
“Oh,
pejabat Datuk Kadir? Pejabat Datuk Kadir di tingkat lima. Saudara boleh naik lif di situ untuk ke sana.”
Salah seorang daripada mereka menjawab sambil menunjuk jalan arah.
“Okey,
terima kasih,” ucap Amirul sambil menghadiahkan senyuman ikhlas. Dia
menghulurkan tangan untuk berjabat dengan kedua-dua lelaki itu.
“Ya,
sama-sama.” Kedua-dua lelaki tersebut menyambut tangan yang dihulur sebelum
berlalu.
Sebaik pintu pejabat dibuka, Amirul
melihat ada seorang pekerja wanita duduk di meja hadapan sedang menghadap skrin
komputer. Apabila wanita itu menyedari kehadirannya, serta-merta dia menoleh
pandang. Wanita yang memakai pakaian serba biru itu mempamerkan wajah manis.
Belum sempat Amirul memberi salam, wanita itu terlebih dahulu mengucapkan salam
kepadanya. Sambil tersenyum-senyum Amirul menjawab salam wanita yang bermata
galak itu.
“Saya
ada temu janji dengan Datuk Kadir, dia ada di dalam?”
“Ya, Datuk Kadir ada di pejabatnya.
Nama encik siapa?”
“Amirul Fahmi bin Mustafa.”
“Tunggu
sekejap, ya?” Wanita itu kemudiannya dilihat mengambil gagang telefon dan
bercakap dengan seseorang.
“Di
sebelah kiri itu bilik Datuk Kadir. Encik boleh masuk, dia sedang menunggu encik,” kata wanita itu
lembut.
Tertera
nama Datuk Kadir di daun pintu pejabat
yang ditunjuk oleh wanita itu tadi. Sebelum masuk, dia mengetuk dengan perlahan
daun pintu tersebut. Apabila kedengaran suara orang dari dalam mengarahkannya
masuk, barulah daun pintu itu dibuka. Sebaik melihat wajah Datuk Kadir yang tersenyum lebar,
Amirul mengucap salam dan tangan dihulur untuk bersalaman.
Datuk
Kadir berdiri sambil menyambut huluran tangan anak muda itu. Dia menyambut
kehadiran anak bujang sahabatnya itu dengan ramah.
“Duduk,
Amirul,” kata Datuk Kadir. Kemudian dia menekan butang interkom. “Bawakan dua
cawan teh,” arahnya kepada setiausaha. Lelaki itu memandang wajah anak muda yang duduk di hadapannya. “Papa apa khabar? Lama dah uncle tak jumpa dengan papa Amirul,”
soalnya yang bercermin mata itu. Lelaki itu kelihatan segak walaupun sudah
berambut putih. Usianya mungkin lebih tua dari papa Amirul.
“Papa
sihat. Dia kirim salam pada uncle.” Amirul sudah beberapa kali bertemu dengan
Datuk Kadir sebelum ini. Malah dia juga sudah pernah ke rumah lelaki itu semasa
hari raya. Amirul senang berhadapan dengan Datuk Kadir yang ramah itu. Dia
tidak ada rasa kekuk atau segan dengan lelaki yang sudah dianggap seperti
bapanya itu.
Datuk
Kadir duduk bersandar di kerusinya. “Uncle dapat tahu yang Amirul baru dua
bulan habis
degree.
Amirul ada niat untuk sambung belajar lagi nanti?” tanyanya ingin tahu.
Amirul
mengangguk. “Ya, uncle. Saya memang berhajat nak sambung belajar lagi tapi
bukan sekarang. Buat masa ini saya ingat nak cari pengalaman bekerja dulu di
sini.”
“Baguslah.
Amirul masih muda lagi. Oh ya, uncle akan letakkan Amirul di bahagian production. Nanti kemudian Amirul
bolehlah bekerjasama dengan pegawai di bahagian production untuk belajar
perkara-perkara yang bersangkutan dengan lebih terperinci lagi. Sekejap lagi
uncle akan kenalkan Amirul dengan Gunawan untuk tunjuk kawasan kilang. Gunawan
tu pegawai yang akan bekerja dengan Amirul nanti.” Bicara Datuk Kadir terhenti
apabila wanita yang memakai pakaian serba biru tadi masuk membawa dua cawan teh
panas. “Nini, nanti awak tolong panggilkan Gunawan masuk. Saya nak jumpa dia,”
arahnya kepada wanita tersebut.
Wanita
yang dipanggil Nini itu sekadar mengangguk sebelum beredar keluar.
Beberapa
ketika kemudian, lelaki yang bernama Gunawan
masuk ke bilik pejabat Datuk Kadir. “Ya, Datuk panggil saya?”
“Gunawan,
saya kenalkan inilah pengurus baru di tempat awak.”
Gunawan
menoleh memandang Amirul dengan senyuman lalu tangan dihulur untuk berjabat
tanda perkenalan.
“Amirul.”
Amirul memperkenalkan dirinya.
“Nanti
sekejap lagi awak tunjukkan bilik pejabat dan sekitar kawasan kilang. Dan saya
nak awak bagi maklumat yang perlu kepada Amirul,” kata Datuk Kadir.
“Baiklah.”
Gunawan mengangguk.
“Minum
dulu, Amirul. Sekejap lagi Gunawan akan tunjukkan bilik pejabat awak. Kalau ada
apa-apa masalah pejabat boleh berurusan dengan Cik Nini, ya?” Datuk Kadir
meneguk minumannya.
Sejurus
Amirul menghabiskan minumannya, dia bangkit dari kerusi lalu menghulurkan
tangan kepada Datuk Kadir. “Terima kasih, uncle... err... Datuk.” Dia mahu
membiasakan dirinya untuk memanggil Datuk Kadir dengan gelarannya apabila di
tempat kerja.
Datuk
Kadir ketawa. “Saya harap awak berdua dapat bekerjasama untuk mempertingkatkan
prestasi organisasi kilang kita ini.” Datuk Kadir menatap dalam ke anak mata
Amirul sambil tangannya digenggam erat. Air mukanya manis sahaja.
Gunawan
membawa Amirul ke bilik pejabatnya terlebih dahulu. Pejabat Amirul terletak di
tingkat bawah.
“Ini
bilik kau.” Gunawan membuka daun pintu yang bertutup rapat. Bilik sederhana
besar itu lengkap dengan peralatan sebuah pejabat.
“Dulu bilik ini dihuni oleh
seorang pengurus perempuan. Bulan lepas dia berhenti sebab ikut suaminya
berpindah.”
“Patutlah
bilik ini nampak kemas dan bersih.” Amirul duduk di kerusinya. Dia memusing ke
kiri dan kanan dan kemudiannya duduk berjongkang-jongket. “Aku suka bilik ini.”
Dia memandang Gunawan yang masih berdiri di tepi pintu sejak tadi. “Dah berapa
lama kau bekerja di sini?” tanyanya ramah.
“Dah
hampir lapan tahun. Alhamdulillah, di sinilah rezeki aku.” Gunawan mengambil tempat bertentangan
dengan Amirul tanpa diarah.
“Lapan
tahun? Lama juga.” Amirul berjeda. “Tak ada masalah bekerja di sini?”
sambungnya lagi.
“Semua
perkara yang kita buat dalam dunia ni pasti ada masalah. Tak ada perkara tanpa
masalah. Yang penting kerja kena ikhlas. Insya-Allah kalau kita ikhlas, kita akan rasa keseronokannya. Jom,
aku bawa kau ke kilang pulak.” Gunawan mendahului Amirul keluar dari bilik
pejabat itu.
Kemudian
Amirul dibawa masuk ke sebuah kilang yang
bising dengan bunyi mesin. Semua pekerja yang memakai pakaian seragam
kelihatan kusyuk membuat kerja masing-masing tanpa menyedari kehadiran mereka.
Amirul dibawa melawat sekeliling kilang. Segala benda yang dilihat dijelaskan
dengan terperinci oleh Gunawan agar Amirul faham dan mengetahui segala proses
kerja kilang tersebut.
Ketika
Gunawan memberi penerangan kepada Amirul, tiba-tiba pandangan mata Amirul
tertancap pada kelibat seorang gadis. Segala apa yang dikatakan oleh Gunawan
bagaikan sudah tidak kedengaran lagi. Dia seperti berada di awang-awangan.
Tapak kaki tidak terasa menjejak ke tanah. Dia merenung gadis yang memakai
pakaian seragam itu.
‘Macam
pernah aku lihat dia ni, tapi kat mana ya?’ tanyanya di dalam hati.
Tatkala
melihat Amirul yang sudah hilang tumpuan, Gunawan berhenti dari bercakap. Dia
tidak hairan melihat sikap Amirul berubah serta-merta apabila ternampak kelibat
gadis manis itu. Dia faham benar perasaan seorang lelaki kalau melihat
perempuan, apatah lagi perempuan cantik seperti si merah jambu. Tetapi dia
berasa pelik dengan cara Amirul merenung gadis itu. Dia tidak pernah melihat
perempuan secantik itukah atau adakah dia mengenali gadis itu secara peribadi?
“Amirul,”
panggilnya. Dia menghampiri Amirul yang sedang terlongo seperti orang terkena
pukau itu. “Amirul,” panggilnya lagi apabila panggilan pertama tadi tidak
diendah.
Amirul
terkejut mendengar suara Gunawan memanggil namanya. Badannya ternaik sedikit.
Dia seolah-olah baru tersedar daripada mimpi siang. Dan serentak itu, gadis
yang direnungnya tadi menoleh dan terpandangkan wajah Amirul yang berdiri
betul-betul di tepi tempatnya bekerja. Pandangan mata mereka beradu seketika.
Apabila tersedar cepat-cepat gadis itu menoleh semula dan menyambung kerjanya.
“Kau
kenapa? Macam orang nampak hantu,” tegur Gunawan apabila melihat sikap pelik
Amirul. Tangannya menepuk-nepuk belakang Amirul sambil anak matanya mengerling
gadis yang menjadi punca Amirul seperti dipukau.
“Tak ada
apa-apa,” kata Amirul gagap.
“Jom,
aku bawa kau ke kafeteria. Kebetulan sekarang ini waktu makan tengah hari. Aku
belanja kau makan hari ini sebagai salam perkenalan kita.” Mereka beriringan ke
kafeteria sambil berbual kosong.
Fikiran
Amirul dibayangi wajah gadis yang dilihat tadi. Insiden yang berlaku beberapa
minggu lalu menerjah mindanya.
.
No comments:
Post a Comment