Sedang Farhana sibuk bekerja, tiba-tiba dia disapa oleh seseorang. Lantas dia
menoleh memandang wajah empunya suara. Dia terkesima. Ketika mata
mereka beradu pandang, degupan jantungnya rasa tidak menentu. Dia menjadi kaku,
seperti ada sesuatu yang menghalangnya daripada bergerak. Mereka bertatapan
tanpa kata-kata buat seketika.
|
“Maaf
kalau saya mengganggu.” Amirul berbasa-basi.
“Tak…
tak…” jawab Farhana gugup. Dia seolah-olah baru terjaga daripada lena yang
panjang.
“Saya
Amirul Fahmi. Panggil saya Amirul.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Err…
saya Farah.”
“Farah
saja?”
“Nur Farhana.” Farhana memandang sekeliling. Dia perasan
ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan mereka. Dia berasa serba salah.
“Oh…
cantik,” bisik Amirul.
“Hah?
Apa awak cakap?”
“Nama
awak cantik,” puji Amirul. Dia gugup.
Farhana
tersenyum malu. Jantungnya berdegap-degup.
“Kalau
tak silap saya, awaklah yang melanggar saya di Mc D dulu, kan?” Amirul
terkenang detik pertemuan mereka. Sebuah pertemuan tanpa dirancang. Walaupun
ketika itu emosinya terganggu dengan sikap Qistina yang menjengkelkan itu,
namun iras wajah manis gadis yang melanggarnya itu tetap melekat kemas di
mindanya.
“Err…
err… ya, betul. Sayalah tu.” Farhana mengaku. Senyuman yang terukir di bibir
lelaki itu semasa insiden itu berlaku masih jelas dibayangan matanya. “Hari tu
saya dah mintak maaf, kan? Memang saya tak sengaja.”
“Saya
dah maafkan awak. Saya tahu awak tak sengaja. Dah, lupakan saja. Oh ya, dah
lama awak bekerja di sini?” Amirul
bertanya dengan wajah ceria. Tidak disangka dia akan bertemu semula dengan
gadis itu di sini. Entah kenapa sejak terpandangkan wajah gadis itu buat
pertama kali, hatinya sering teringat-ingatkan wajah itu. Dia selalu berharap
agar suatu hari kelak dia akan dapat bertemu lagi dengan gadis itu.
Alhamdulillah, permintaannya termakbul juga akhirnya.
“Baru
empat tahun.” Masih ada nada gugup di hujung suara Farhana.
“Hmm…
lama jugak ya. Maafkan saya ganggu awak bekerja. Sebenarnya saya datang ke mari
mahu melihat-lihat dan berkenalan dengan pekerja-pekerja yang ada di sini.”
Amirul memberi alasan. Dia tahu alasannya itu tidak masuk dek akal. Jika benar
dia mahu berkenalan dengan pekerja-pekerja di situ, mengapa dia hanya kelihatan
berada di tempat Farhana sahaja sejak tadi?
“Tak
apa,” jawab Farhana sebelum kembali berpaling untuk meneruskan kerjanya yang
terhenti. Dia tidak sanggup direnung oleh sepasang mata lelaki yang baru saja
dikenalinya itu. Degupan jantungnya semakin berdetak kuat.
“Boleh
kita jumpa lagi nanti?” tanya Amirul mahukan kepastian. Dia sedar ketika itu
bukanlah waktu yang sesuai untuk dia bertemu ramah. Bukan saja banyak mata yang
memandang malah banyak pula persepsi yang akan bermain di benak mereka yang
melihat.
“Err…
err…” Belum sempat Farhana memberi jawapan,
cepat sahaja Amirul bersuara.
“Ini kad
saya. Nanti awak call saya, ya?” Amirul menghulurkan
sekeping kad namanya kepada Farhana.
Tanpa
berkata apa-apa Farhana mengambil kad itu dengan tangan terketar-ketar.
“Jumpa
lagi,” kata Amirul berbisik sebelum beredar.
Haruman
minyak wangi yang dipakai oleh Amirul menyusuk hidung Farhana yang masih mamai.
Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia tidak menyangka seorang
pengurus muda yang tampan mahu menyapa dan berkenalan dengannya yang hanya
gadis kilang berasal dari kampung. Dia bukan bermimpi tetapi itu realiti. Dia
kemudiannya menatap kad nama yang masih berada di tangannya. Tertera nama
lelaki itu dengan jelas di dada kad itu.
Amirul FAHMI B MUSTAFA. Jawatan dan nombor telefon juga
tertulis lengkap di situ.
Ketika waktu rehat untuk minum
petang, Farhana tidak sabar mahu bertemu dengan Hamimi. Dia mahu menceritakan
apa yang berlaku tadi dengan Hamimi. Tentu Hamimi akan terkejut setelah
mendengar ceritanya malah sudah pasti gadis itu tidak percaya dengan ceritanya.
“Mimi,
aku ada cerita nak beritau kau.” Dia menarik tangan Hamimi. Tangan itu
kemudiannya dipimpin menuju ke sebuah bangku yang terletak di bawah sepohon
pokok yang besar dan rendang tidak jauh dari kilang tempat mereka bekerja.
Angin petang bertiup nyaman. Dedaunan kering pun berterbangan mengikut arah
tiupan angin lalu terdampar lesu ke tanah.
“Ada
cerita apa sampai tak sabar-sabar nak bagitahu aku?” Hamimi duduk di bangku
yang menghadap jalan raya. Kenderaan kelihatan bersimpang-siur. Sebentar lagi
keadaan jalan raya itu akan bertambah sesak apabila ramai yang berpusu-pusu
untuk pulang dari pejabat.
“Pengurus
baru kita tadi datang kat tempat aku,” kata Farhana ceria. Dia sangat teruja.
“Apa?
Biar betul? Dia datang jumpa kau?” Hamimi melongo.
“Ya. Dia
datang jumpa aku. Rupa-rupanya dia masih ingatkan aku lagi.” Farhana meraba-raba
ke dalam poketnya mencari sesuatu. “Ini kad dia.”
Hamimi
mencapai kad itu dari tangan Farhana. Kad itu ditatap. “Amirul Fahmi nama dia.
Habis tu, dia bagi kad ni kat kau nak buat apa?”
“Dia
suruh aku telefon dia. Dia kata dia nak jumpa aku lagi nanti. Jangan marah.”
“Eeii… bestnya. Kalau kau jumpa dengan
dia, kau jangan lupa bawa aku ya?”
“Eh...
eh... kau ni. Mana boleh aku bawa kau?”
“Oh ya,
kacau daun pulak aku nanti, kan?” Hamimi tergelak.
“Tau tak
apa,” kata Farhana. Kad nama yang berada di tangan Hamimi diambil kembali lalu
disimpan semula ke dalam poket unifomnya.
Bekalan
air minuman yang dibawa Farhana dari rumah diteguk perlahan. Kemudian bekas air
itu dihulurkan kepada Hamimi pula. Hamimi meneguknya beberapa kali.
“Kalau
Ako dengar cerita kau ni, mesti dia cemburu,” kata Hamimi. Pandangan matanya
dilemparkan ke jalan raya. Wajahnya berubah.
“Kenapa
pulak dia nak cemburu? Kau ni suka buruk sangka. Kan aku kata kita orang tak
ada apa-apalah?” tegas Farhana.
“Itu
kata kau. Aku tau dari dulu lagi dia tu ada hati dengan kaulah Farah. Dari
renungan mata dia bila pandang kau tu lain macam. Setiap kali bila aku tengok
cara dia berbual dengan kau tu aku macam dapat rasa perasaan dia.”
“Ya ke?
Tapi aku tengok dia selalu usik kau. Dia suka menyakat kau, kan?”
“Dia
suka sakat aku aje. Sebenarnya itu hanya untuk menutup perasaan sebenar yang
tersimpan dalam hati dia terhadap kau. Itulah kau tak tau macam mana nak baca
hati orang.” Hamimi seakan-akan dapat meneka apa yang tersirat di dalam hati
Syukur walaupun lelaki itu tidak pernah bercerita.
“Pandai-pandai
aje kau ni.”
“Bukan
ke kita dah berkawan rapat sejak empat tahun lalu? Empat tahun tu bukan
jangkamasa yang singkat tau, Farah?
Kalau kahwin dah beranak-pinak.”
“Aku tak
rasa dia suka kat aku. Selama empat tahun kita berkawan, aku tak pernah nampak
walau sekali pun gerak laku atau sikap dia yang menunjukkan dia suka kat aku.
Entah... aku rasa tak kot.” Farhana yakin lelaki yang sudah dianggap saudara itu tidak menyimpan
apa-apa perasaan terhadapnya.
“Kau
tau, Farah... kadangkala orang yang paling mencintai kita adalah orang yang tak
pernah menyatakan cintanya kerana orang itu takut kita akan berpaling dan
menjauhinya. Tapi bila suatu masa dia hilang dari pandangan mata barulah kita
akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kita sedari.”
“Amboi!
Pandai kau berfalsafah.” Farhana tersengih.
“Terpulanglah
pada kau, Farah. Oh ya, bila kau nak jumpa dengan Encik Amirul kau tu?”
Perasaan teruja yang dirasai Hamimi melebihi apa yang dirasai oleh Farhana.
“Belum
lagilah. Dia baru kata nak jumpa. Lagipun dia suruh aku call dia dulu. Kau agak-agak okey
ke kalau aku call
dia?”
Farhana meminta pendapat Hamimi.
“Apa
salahnya? Bagi aku tak salah.”
“Kau tak
rasa macam aku ni yang terhegeh-hegeh ke?”
“Taklah.
Dia yang minta kau call dia, kan? Jadi apa
salahnya?”
“Aku
malulah.”
“Jangan
nak malu sangatlah. Takut nanti kau gigit jari aje nanti.”
“Maksud
kau?” Farhana berpura-pura tidak mengerti.
“Yalah.
Banyak sangat fikir. Itulah inilah. Lama-lama Encik Amirul tu bosan menunggu
kau. Last-last dia cari yang lain. Kau melepaslah, faham Cik Farah?” Hamimi
mencubit geram pipi Farhana.
“Adoi!
Sakitlah.” Pipinya digosok-gosok perlahan. “Aku dengan Encik Amirul tu baru nak
berkenalan, kau dah fikir yang bukan-bukan. Takkanlah dia yang berpangkat
tinggi macam tu nakkan aku yang hanya bergelar Minah Kilang ni?” Farhana
merendah diri. Kalau betul-betul dia suka kat aku elok jugak. Dia tu dahlah
hensem, berpangkat pulak tu, bisik hatinya.
“Kalau
tak ada apa-apa takkan dia bersungguh-sungguh sampai datang jumpa kau. Bagi kad
suruh kau telefon dia lagi.”
“Dia dah
ada makwelah. Entah-entah perempuan tu tunang dia.” Farhana teringatkan gadis
seksi yang bersama Amirul ketika kejadian itu berlaku. Pasti gadis itu
seseorang yang sangat istimewa di dalam hidup lelaki itu. Kalau tidak, masakan gadis itu dengan selambanya merangkul
manja lengan dia?
“Mungkin
perempuan tu adik dia kot? Tak pun sepupu dia ke? Kita kena berfikiran positif, jangan suka salah
sangka.” Hamimi memulangkan paku buah keras. Selalunya Farhana yang suka
menggunakan ayat itu sebagai nasihat kepadanya.
Farhana
terdiam seketika. Berbagai-bagai persoalan yang bermain di benaknya. Sangkaan
Hamimi ni terlampau jauh perginya. Encik Amirul tu tak ada apa-apa pun. Dia
cuma nak berkawan je, tak lebih dari itu, fikirnya.
“Rashid!”
Tiba-tiba Farhana memanggil seorang lelaki berbadan gempal yang kebetulan lalu
berhampiran tempat mereka duduk. Rashid adalah rakan setugas dan serumah dengan
Syukur.
“Ya,
Farah. Ada apa?” Lelaki itu datang menghampiri mereka.
“Aku tak
nampak Ako hari ni. Dia tak kerja ke?” Farhana bertanya.
“Dia
cuti, balik kampung. Dengar cerita kata emak dia meninggal. Eh! Takkan kau
orang tak tau?” jelas Rashid.
“Emak
dia meninggal? Bila?” Farhana dan Hamimi saling berpandangan. Hati mereka
tersentuh ketika mendengar berita sedih itu. Tapi mengapa Syukur tidak
mengkhabarkan berita itu kepada mereka?
“Emak
dia meninggal malam tadi. Malam tadi jugak dia balik kampung.”
“Emak
dia sakit apa?” tanya Hamimi pula.
Sebagai kawan
rapat, berita kematian itu amat mengejutkan mereka. Tambahan pula yang
meninggal itu adalah emak Syukur. Selama ini lelaki itu tidak pernah
menceritakan emaknya. Apa yang mereka
tahu emak dan ayahnya sudah lama terpisah. Dua orang adik lelakinya berada di
bawah jagaan emaknya yang menetap di Ipoh manakala dia pula di bawah jagaan
ayahnya. Kini ayahnya sudah pun mempunyai keluarga lain dan menginap di Klang.
“Kemalangan
motor. Motor yang emak dia bawak dilanggar kereta dari arah belakang.” Rashid
menyampaikan berita yang didengarnya daripada rakan serumah sebelum beredar..
Dalam
waktu yang sama, Farhana mencuba untuk menghubungi Syukur beberapa kali melalui
telefon bimbit tetapi malang talian telefon bimbitnya dimatikan. Farhana resah.
Hatinya tidak senang bila terkenangkan Syukur yang sedang dalam kesedihan itu.
“Tak
dapat ke?” tanya Hamimi apabila melihat wajah sugul Farhana.
Farhana
menggeleng menjawab pertanyaan Hamimi itu.
“Sekejap
lagi kau cubalah lagi.”
“Kesian
Ako kan, Mimi?” Perasaan simpati Farhana terhadap Syukur menggunung tinggi.
“Nak
buat macam mana? Dah takdir perjalanan hidup dia begitu rupa. Dia terpaksa
redha saja. Dia lelaki, Farah. Dia kuat. Lagipun dia dah biasa hidup tanpa emak
dan ayah dia.”
Sejak
bekerja dan tinggal di Petaling Jaya, lelaki itu hanya balik berjumpa emaknya
setahun sekali iaitu pada hari raya Aidil Fitri. Manakala hari-hari yang lain
dia banyak menghabiskan waktunya di rumah bujang. Dia juga jarang pulang ke
rumah ayahnya. Kalau tidak ayahnya yang menelefon menyuruh dia pulang, dia
tidak akan berbuat demikian. Syukur pernah meluahkan perasaan, bercerita
tentang keluarganya kepada mereka suatu ketika dulu. Semenjak mengetahui kisah
keluarganya, hubungan mereka bertiga semakin erat dan rapat.
“Tak
apalah. Nanti kejap lagi aku akan cuba lagi. Jom, kita masuk kerja,” luah
Farhana. Mereka bangkit dari bangku lalu melangkah beriringan memasuki kilang
tempat mereka bekerja. Fikiran gadis itu masih melayang-layang memikirkan
Syukur.
.
No comments:
Post a Comment