Mama dan papa telah mulai sibuk
untuk persediaan kenduri perkahwinan kak Rina yang bakal diadakan beberapa
bulan saja lagi. Pada pemikiran aku
biarlah kami berpindah ke rumah kami sendiri dahulu sebelum kenduri perkahwinan
kak Rina diadakan, walaupun Azry mendesak untuk berpindah selepas kenduri. Aku menurut sahaja kehendak Azry itu kerana
tidak mahu dianggap tidak menghormati keputusan suami. Urusan jual beli rumah itu telah kami
selesaikan sebaik sahaja duit deposit 10% telah kami jelaskan kepada tuan
rumah. Selebihnya akan kami uruskan
melalui pinjaman bank. Segala
dokumen-dokumen berkenaan dengan jual beli telah kami bereskan melalui peguam
yang dilantik. Barang-barang keperluan
telah mula kami beli sedikit demi sedikit.
Walau
pun kami belum lagi berpindah ke rumah itu, namun sesekali apabila di hujung
minggu kami akan bermalam di situ. Azry
juga telah memberitahu mama dan papa mengenai hajat kami untuk berpindah. Pada mulanya mama tidak bersetuju dengan niat
kami itu tetapi setelah dipujuk akhirnya mama akur. Sebenarnya mama risaukan
tentang aku yang terpaksa tinggal sendirian jika Azry kerap keluar daerah. Kami mahu belajar hidup sendiri, itulah
alasan yang kami beri. Bagi papa pula
tiada halangan langsung malahan dia bersetuju dengan tindakan kami itu. Kami berjanji kepada mereka yang kami akan
sering pulang untuk menziarahi mereka apabila ada waktu kelapangan.
Selepas sehari suntuk
bertungkus lumus dengan kerja di pejabat, badan mulai rasa letih. Apabila jarum jam menunjukkan pukul 5.30
petang aku mengemas meja dan bergegas untuk pulang. Sebelum pulang dari pejabat aku ke tandas
sebentar. Mengelap muka yang berminyak
dengan kertas tisu yang ku keluarkan dari beg tangan. Bedak disapu nipis dengan menggunakan span
dan mencalitkan sedikit gincu bibir.
Rambut hitam ku sisir rapi. Hari
ini aku terpaksa balik dengan teksi kerana kereta ku yang rosak telah aku
hantar ke bengkel semalam. Azry tidak dapat menjemput aku kerana petang ini dia
terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting di pejabatnya. Aku melangkah keluar dari tandas menuju ke
pintu utama. Tiba-tiba aku terserempak dengan Dino di ruang lobi. Dia tidak menegur aku apatah lagi mahu
menoleh memandang ku. Aku jadi serba
salah. Pada hemah aku, aku tidak berbuat
apa-apa kesalahan jadi mengapa aku mesti ada perasaan serba salah terhadap
Dino. Aku bertekad menegurnya.
“Hai
Dino, nak balik ke?” sapaku.
“Iyalah,
nak baliklah ni, nak pergi mana lagi?
Bukan ada makwa nak ajak dating” jawab Dino dengan wajah selamba. Tiada senyuman di wajahnya seperti
selalu. Aku terus mengorak langkah
keluar dari bangunan pejabat 16 tingkat itu apabila aku perasan yang Dino
seperti tidak mengendahkan aku.
“You
nak pergi mana tu Sara? Bukan you park
kereta kat bawah ke macam selalu?” dahi
Dino berkerut.
“Oh
kereta I kat bengkel, hari ni I kena balik naik teksi, I nak tunggu teksi di jalan besar sana tu” aku menunjuk dengan muncung.
“Hai,
I kan ada,
kenapa you tak minta I tolong hantarkan you?”.
“Tak
apalah nanti menyusahkan orang pulak, orang tak suka kita tak tahu”,
perliku.
“Apa
gunanya kawan. Jom, I hantarkan you
balik. Ke you yang tak sudi”.
“Tak
apalah Dino, menyusahkan you pulak. Kita
bukannya sejalan”.
“Kita
naik keretalah Sara, bukannya I kena dokong you, tak ada apa yang
susahnya. Jom” desak Dino.
Aku jadi serba salah.
Kerana
tidak mahu membesarkan perkara yang kecil akhirnya aku bersetuju untuk
menumpang kereta Dino. Kami turun ke basement menggunakan lif. Di dalam perut lif sudah sedia ada beberapa
penghuni yang mahu ke destinasi yang sama. Ruang lif yang sempit memaksa aku berdiri
begitu dekat dengan Dino. Wajahnya
selamba begitu juga aku. Apabila sampai
ke aras basement, pintu lif pun
terbuka dan kami pun keluar dari perut lif yang sesak itu. Langkah diatur menuju ke kereta dan aku
mengekor dari belakang Dino. Dino begitu
menghormati aku sehingga membukakan pintu kereta untuk ku. Aku masuk ke perut kereta dan seketika
kemudian pintu di sebelah pemandu dibuka dan Dino duduk, serta merta
menghidupkan enjin kereta. Tali pinggang
keledar ditarik dan ditekan sehingga berdetap bunyinya. Suasana sunyi. Haruman pewangi yang dipakai Dino memenuhi
ruang. Minyak wangi apa yang dia pakai
agaknya, sedap baunya.
Tiada
kata-kata yang terkeluar dari mulut kami.
Jejari Dino menekan punat radio dan kedengaran lagu berkumandang dari
corong radio.
“Cepatnya
you nak balik Sara, kena masak ke?” Dino memecah kesunyian itu. “Tak adalah, balik cepat boleh berehat. I kan
tinggal dengan mother in law”. “Wah senangnya, so mother in law youlah yang siap masak, you balik makan
sajalah ya”
perli Dino.
“Rumah
tu ada maid, so maidlah buat
semuanya. I menumpang Dino”.
“Apa
pulak menumpang, itukan rumah husband
you, maknanya rumah youlah jugak. Husband you tak datang jemput you
pulak”.
“Dia
sibuk, I tak kisah, I dah biasa macam ni, I suka berdikari” jelasku mematikan
soalan yang berlegar di benaknya.
Kereta
Pesona bewarna hitam milik Dino meluncur perlahan kerana kesesakan lalu lintas
dan berhenti di lampu isyarat merah.
“You
balik ni buat apa Dino?” tanyaku pula ingin tahu.
“Tak
ada buat apa-apa, kadang-kadang tu balik terus tidur. Kalau rajin pergi jogging di taman dekat rumah I tu, kalau rajinlah. Hidup I ni tak ada apa yang interesting. Pergi kerja, balik rumah, esok pergi kerja
balik. Macam itulah hari-hari, rutin yang sama berulang setiap hari, bosan. You carikan makwa untuk I, Sara” Dino cuba bergurau.
“Betul
ke ni? You ni high taste, I suruh you
tackle Dida tu you tak nak, dia OK
apa. Cantik, berbudi bahasa, lemah
lembut..” belum habis ayat-ayat yang
terkeluar dari mulutku, Dino terus menyampuk.
“Alah
you ni balik balik si Dida tu, I tak berkenanlah dengan dia tu. Kalau I nak dah lama dah”.
“OK,
Mimi macamana?” Dino mencebek sambil menggelengkan kepala.
“Itulah
I kata you ni memilih sangat. I tak
fahamlah lelaki yang macam you ni. You
tak cuba
macammana you nak tahu you suka dia ke tak?”.
“Masalahnya
I tak nak, kalau I nak dah lama dah I tackle. I nak cari orang macam you”. Dino terdiam, mungkin dia terlepas cakap. Aku
juga terkedu mendengarkan kata-kata Dino itu.
Aku melepaskan keluhan kecil.
“I
tak ada adik atau kakak kembarlah Dino.
Kalau ada, tentu I kenalkan dengan you”.
“Itulah
masalahnya, masalahnya I nak cari orang yang macam you”. Dino berubah serius dan aku hanya mampu
berdiam diri.
“Berhenti
kat tepi gerai tu je, I turun kat situ” arah ku dengan menunjuk dengan jari telunjuk.
“Kenapa?
You tak nak I hantar sampai rumah ke? You takut husband you nampak?”.
“Tak
ada, bukan macam tu Dino. Susahkan you
nanti kena berpusing jauh. Ok Dino, thanks ya, I jumpa you esok, bye..” pintu kereta ku tutup sebaik aku keluar dari
perut kereta Dino itu. Ku lihat Dino
hanya menganggukkan kepala bila aku melambaikan tangan padanya. Alahai, Dino..Dino…
Malam itu
Azry pulang lewat dan aku terpaksa makan malam bersama mama, papa dan kak
Rina. Sambil menikmati makan malam, mama
bertanyakan tentang rumah yang baru kami beli itu.
“Dah
siap beli barang-barang rumah ke Sara?
Mama ingat mama nak belikan washing
machine untuk Sara”.
“Boleh
jugak mama, sebab washing machine saja
yang belum kami beli. Dapur masak dah
ada, peti ais pun dah ada”.
“Pinggan
mangkuk periuk belanga? Ha semua tu tak payah beli, biar mama belikan. Di rumah ni pun ada banyak set pinggan
mangkuk yang belum guna, ambik je”.
“Terima
kasih mama”.
“Tapi
jangan pindah lagi. Biar selesai kenduri
kak Rina dulu ye” celah kak Rina.
Aku
menganggukkan kepala tanda setuju lalu menghadiahkan sekuntum senyuman kepada
kak Rina. Setelah habis makan, aku
menolong mak Mah berkemas. Azry
tiba-tiba muncul di ruang dapur dan memeluk aku dari belakang membuatkan aku
terkejut sedikit.
“Buat
apa ni?” aku melepaskan pelukan Azry
dengan perlahan, malu sekiranya ada orang yang ternampak kelakuannya
begitu.
“Abang
baru balik? Dah makan ke?” tanyaku.
“Sudah. Dah kenyang.
Buatkan abang teh O nipis, sayang”.
“Abang
pergi duduk depan dulu, sekejap lagi Sara datang”.
“Abang
tunggu di bilik, cepat sikit tau” Azry terus menghilangkan diri sebaik mencuit
pipiku. Aku segera membancuh minuman
yang dipesan dan terus ke bilik dengan satu mug penuh air teh yang dibubuh sedikit
gula. Azry sedang menghadap komputer
ribanya. Mug air ku letakkan di atas
meja bersebelahan dengan komputer riba.
“Balik kerja buat kerja lagi, berehatlah dulu
bang” aku menasihati Azry.
“Abang
bukan buat kerja, tengok email saja. Di
ofis tadi tak sempat nak buka” air teh
dihirup. Aku membaca novel cinta
kegemaran ku, novel Kau tetap Di Hati hasil nukilan Liza Zahirah yang baru ku
beli semalam dari kedai buku berhampiran pejabat ku. Baru sahaja beberapa helai muka surat ku baca, mata
terasa begitu berat. Mata terpejam dan
aku terlelap dengan novel masih di genggaman.
Tetiba aku terjaga apabila Azry mengejut dan menganggu mimpiku.
“Cepatnya
tidur, belum pukul 10 lagi, penatke?”
“A’ah
penatlah”.
“Tadi
balik kerja naik teksi ya? Kereta Sara esok tengahari baru siap, abang dah
minta mekanik hantarkan kereta Sara tu terus ke pejabat bila dah siap”.
“Emm..
elok jugak tu, so esok pagi abang kena hantar Sara lagilah ye?”.
“Iyalah,
tak kanlah abang nak biarkan isteri kesayangan abang ni naik teksi ja, esok
abang hantar. Tak apalah kalau Sara nak
tidur, tidur dululah, abang nak turun ke bawah sekejap” Azry berlalu keluar. Aku menghantarnya dengan pandangan mata.
Novel
yang di tangan ku letakkan di meja tepi.
Aku cuba
menutup mata semula tetapi susah untuk lelap.
Fikiran ku menerawang entah ke mana-mana. Nostalgia bersama Irfan menganggu lenaku.
Kita
manusia yang hanya mampu merancang dan Dia penentu segalanya. Hasrat untuk hidup bersama tidak
tercapai. Segala-galanya musnah hanya
kerana orang ketiga. Begitu mudah sekali
semuanya terlerai. Kata-kata dan janji-janji manis yang pernah diluahkan hanya
sandiwara belaka. Mengapa begitu mudah semuanya berlaku seperti angin lalu.
Lelaki oh lelaki…Kalaulah ada kuasa di tangan ku, mahu saja aku menukarkan
semua lelaki-lelaki yang durjana menjadi katak yang melompat ke sana ke mari
tanpa tujuan dan hanya menyanyi memanggil hujan yang tidak turun-turun seperti
sang pungguk yang merindukan sang bulan.
No comments:
Post a Comment