Tengahari itu
Azry menghubungi ku melalui telefon di pejabat.
“Hai
Sara, tengah buat apa tu?” suara Azry
kedengaran gembira.
“Ada
kerja sikit, bila nak balik ni?” tanya
ku.
“Kenapa?
Rinduke?” gurau Azry dengan ketawanya yang panjang.
“Rindu
sikit je” balas ku.
“Kalau
macam tu, abang tak payah balik pun tak apakan?” jawab Azry dengan gurauan lagi.
“Abang
ni, bila nak balik? Sara sunyilah kat
rumah tu, orang cakap dia buat main-main pulak”.
“Iyalah
abang nak baliklah ni, flight abang
sampai pukul 7.30 malam ni, abang balik naik teksi saja, ok sayang, see you tonight” gagang telefon ku letakkan semula ke tempatnya
sebaik sahaja talian dimatikan.
Aku
bermenung lagi. Wajah Irfan datang lagi
menganggu fikiranku. Kenapa wajah Irfan
bukan wajah Azry suamiku yang terbayang di mata? Aku buntu. Pemergian Irfan meninggalkan memori yang
melakarkan derita di hati. Luka yang
dicalarkan meninggalkan kesan parut yang begitu ketara. Aku mengharapkan ada keajaiban yang berlaku
tetapi mana mungkin kerana aku kini sudah bergelar isteri orang. Apabila mengenang kembali episod lalu,
tiba-tiba terasa betapa berat beban rindu yang ku tanggung saat ini buat dia,
Irfan.
Kedengaran
daun pintu diketuk dari luar, lamunanku serta merta terhenti. Wajah Dino terjengul dari balik pintu. Dino memberi salam dengan wajah ceria. Salam berjawab.
“Ya
Encik Dino, happy nampak, ada cerita
gembira ke yang you nak kongsi dengan I?” tanyaku pada Dino yang terus
melangkah menghampiri tempat duduk di depan ku.
Tanpa dijemput Dino menarik kerusi dan duduk.
“Kita
mesti selalu ceria dan gembira, barulah wajah nampak berseri-seri dan awet
muda. Bukan macam you tu, monyok
je. Rindukan cik abang yang jauh ke?”
Dino mengusik dengan wajah mengulum senyum yang nakal.
“Tak
adalah, nak rindu apa, bukan tengah bercinta, bukan orang baru kawin nak rindu
rindu” ucapku.
Ada
perasaan rindu yang meluap-luap yang mencengkam perasaan ku ketika itu bagai
tidak dapat ditahan-tahan. Begitu berat
beban rindu yang ku tanggung saat ini.
Namun perasaan rindu yang membuak-buak itu bukan untuk Azry tetapi pada
lelaki itu.
“Hai…
berangan ke cik Sara oi..” aku tergamam dan tersentak bila Dino mengetuk
meja.
“Apalah
you ni, buat I terkejut je” bentakku.
“Habis
tu I cakap dengan you macam bercakap dengan tunggul kayu je, kenapa dengan you
ni Sara?” tanyanya penuh hairan.
“Tak
ada apa-apalah” tuturku.
Fikiran
ku kosong, rambut yang jatuh ku kuakkan
ke belakang. Dino juga terdiam dan
memandang dengan wajah pelik ke arah ku.
“I
dapat rasa ada sesuatu yang tak kena dengan you ni Sara. Kalau ada problem jangan segan-segan nak
beritahu, I am a good listener, trust me”.
“Mengarut
jelah you ni Dino, tak ada apa-apalah. I’m
Ok. Apa tadi you nak cakap?” aku menukar topik cerita agar Dino tidak terus
mendesak.
“Tak
ada apa-apalah. So you ok kan, I tak sukalah tengok muka monyok you tu. Tak cun langsung”
komen Dino sebelum melangkah pergi.
Aku tidak ada mood untuk terus duduk di bilik pejabat. Perasaan ku gundah. Petang itu aku pulang lebih
awal dari biasa Jalanraya agak sesak
dengan kenderaan. Masing-masing
berebut-rebut untuk pulang ke rumah selepas beberapa jam menghambakan diri di tempat
kerja. Kesunyian hilang sebaik butang
radio di tekan. Berkumandang lagu
nyanyian Sudirman “Yang hilang Berganti”, syahdunya irama lagu itu. Menambahkan rasa sedih dan pilu dengan suara
si penyanyi yang begitu menusuk kalbu dan bisa menitiskan airmata. Bait-bait terakhir senikata lagu itu bagai
terngiang-ngiang digegendang telinga “pergilah kau pergi, ku tak akan menanti,
yang patah kan tumbuh yang hilangkan berganti”. Yang berganti tidak sama dengan yang pergi,
rintih ku. Hati ku sebak.
Aku tidak terus pulang ke rumah sebaliknya singgah di Salon yang
berdekatan dengan rumah untuk mencuci rambut.
Azry akan pulang sekejap lagi, aku seharusnya menunjukkan wajah yang
girang menandakan aku gembira menyambutnya pulang setelah beberapa hari pergi
meninggalkan aku. Dia suamiku. Insan yang banyak bersabar melayan kerenah ku
sepanjang hubungan kami. Walau pun dia
bukan insan yang aku cintai namun kasih sayang yang dicurahkan terhadap aku
melebihi segala-galanya. Aku seharusnya
tidak terlalu emosi. Biarlah kenangan lalu
bersama Irfan menjadi episod terindah di dalam hidupku. Biarkanlah memori-memori itu berlalu bersama
waktu yang datang dan pergi.
“Sara
banyak termenung, kenapa?” tegur Azry
dengan pandangan yang penuh keikhlasan yang terpancar dari wajah
tampannya.
“Tak
ada apa-apa, tengah fikirkan pasal launching
shop lots baru minggu depan” aku
berdalih dan mengalihkan pandangan.
Azry
berbaring begitu dekat dengan ku.
Pipinya hampir menyentuh pipiku.
Tangannya merangkul ku erat.
“Sara
tak rindukan abang ke?” pandangan mata Azry tajam menikam wajahku. Dari sinar matanya jelas kelihatan kerinduan
yang sarat terpancar.
“Kenapa?
Kalau Sara tak rindu…”.
“Maknanya
tak sayanglah tu” Azry cepat mencelah.
Hembusan
nafasnya terasa hangat. Hidungnya yang
mancung melekat ke pipi ku. Aku rimas,
kalau ikutkan hati mahu ku tolak tubuhnya supaya jauh dari ku. Tapi kenapa aku harus punya perasaan begitu
terhadap Azry? Bukankah dia suamiku dan
aku pula isterinya. Halal bagi kami
untuk melakukan apa saja. Ingatan ku
masih pada Irfan. Ya Allah! Irfan
lagi. Tolonglah Irfan pergilah dari
menganggu fikiranku, jerit hatiku.
Tangan nakal Azry mula merayap-rayap mencari sesuatu dan aku pasrah.
“Hallo
kak Lia, kat mana ni?” tanyaku melalui telefon.
“Sara
ada di rumah mak ni. Kak Lia datanglah,
ibu masak sedap hari ni. Kejap lagi kak
Min balik. Dah lama kita tak makan
sama-sama, datang ya”.
“InsyaAllah,
kalau tak ada apa-apa nanti akak sampai, ok” jawab kak Lia dari hujung talian.
Hari
itu selepas habis sarapan di rumah, aku mengajak Azry pulang ke rumah ibu dan
ayah ku di Gombak. Azry tidak pernah
mengelak sekiranya aku mengajak dia ke mana-mana apatah lagi kerumah orang
tuaku. Kebetulan Azry ada membeli
sesuatu sebagai buah tangan untuk kedua ibu dan ayahku dari Penang . Ayah dan ibu kelihatan berbual-bual dengan
Azry menantu kesayangan mereka.
Berbagai-bagai soalan yang ditanya dan berbagai cerita pula yang
diceritakan oleh Azry kepada kedua ibu dan ayahku. Mereka kelihatan begitu mesra. Sesekali kedengaran ketawa mereka
berdekah-dekah. Terhibur juga hati ibu
dan ayah dengan kedatangan kami ke rumah mereka yang selalu sunyi itu.
“Kejap
lagi kak Lia datang bu” aku memberitahu
ibu yang sedang rancak berbual. Semua
mata tertumpu kepada ku.
“Balik
dengan Farah dan Idham ke?” tanya
ibu.
“Entah,
Sara tak tanya pulak tadi”.
“Kesian
ibu tengok Farah tu, kecik-kecik dah selalu kena tinggal” luah ibu.
“Kena
tinggal?” aku pura-pura tidak
mengerti.
“Iyalah,
kena tinggal dengan ayah dialah” rungut
ibu lagi.
“Ibu
dah tau ke cerita pasal kak Lia dengan abang Idham tu?” tanyaku minta
kepastian.
“Naluri
ibu, Sara. Sekilas ikan di laut dah ibu
tau jantan betina” ibu berperibahasa.
Aku
mengalih pandang ke wajah ayah kemudian ke wajah Azry. Rupa-rupanya ibu dan ayah sudah tahu tentang
mereka. Menurut kata ibu, kak Min yang
menceritakan segala-galanya. Ibu dan
ayah telah bersemuka dengan kak Lia mengenai hal itu. Mereka terpaksa redha diatas nasib yang
menimpa kak Lia. Qada dan Qadar dari
Allah tiada siapa yang boleh pertikaikan.
Poligami itu halal di dalam islam.
Mana-mana lelaki pun boleh berbuat demikian jika mampu, bukan sekadar
dua, malah tiga atau empat sekali gus. Kalau
mampu, kalau tak mampu, bagaimana?
Berkemampuan dari segala sudut.
Bukan hanya mampu untuk nafkah batin sahaja malah nafkah zahir
juga. Itulah yang kebanyakan kaum lelaki
terlepas pandang.
“Assalamualaikum”
suara riuh kanak-kanak memberi salam kedengaran dari luar rumah.
Ayah
segera menjengah ke pintu yang sedia terbuka luas. Aizat dan Aidil berebut-rebut menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan datuk mereka yang menyambut mereka di muka
pintu. Lantas segera berlari mendapatkan
nenek mereka pula. Kasih sayang ibu
terhadap cucu-cucunya jelas terlihat apabila ibu memeluk dan mencium mereka
seorang demi seorang. Kak Min dan abang
Fuad masuk dengan membawa beberapa beg plastik yang berisi bekas makanan.
Kak
Min rajin memasak, selalunya jika kami berkumpul sekeluarga begini, pasti ada
saja hidangan yang disediakan oleh kak Min.
Air tangan masakan kak Min memang sedap, mana nak tumpah kuah kalau
tidak ke nasi. Kak Min banyak mewarisi
ilmu masakan dari ibu. Sebab itulah
rendang ayam masakan ibu yang tiada tolok bandingnya hanya kak Min saja yang
boleh menggantikannya. Lauk pauk yang
masih panas dihidangkan di atas meja makan.
Aizat dan Aidil sudah duduk di kerusi kerana tidak sabar-sabar untuk
menikmati juadah yang terhidang. Aroma
dari pai ayam nenek mereka yang menyusuk hidung begitu menyelerakan. Riuh rendah suara kedua-dua hero kak Min
memeriahkan suasana di rumah itu.
Keadaan menjadi lebih huru hara apabila pak usu mereka yang baru pulang
menyakat Aidil. Sekali sekala kedua-dua
mereka kedengaran bertengkar berebutkan sesuatu.
Tiba-tiba kedengaran suara memberi salam dari
luar. Kak Lia melangkah masuk sambil
memimpin tangan Farah yang masih bertateh.
Kak Lia mendukung Farah mendapatkan ayah dan ibu. Abang Idham pun ada sama. Wajahnya selamba. Dia seperti biasa menghulur tangan untuk
bersalaman dengan seisi keluarga yang ada.
“Ok
semuanya dah ada, bolehlah kita makan, nanti sejuk pulak lauk-lauk tu” ayah bersuara.
Kami
semua bergerak ke ruang makan. Menikmati
makan tengahari beramai-ramai begini memang menyeronokkan. Bukan selalu dapat bersama. Sesekali berkumpul beramai-ramai begini,
suasana jadi riuh rendah. Banyak cerita
yang hendak dikongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment