Aku keluar rumah untuk
ke tapak perumahan seawal 8 pagi. Semua
staf-staf di bawah department ku telah berada di situ kecuali Dida. Masing-masing sibuk membuat tugas-tugas yang
telah diberikan kepada mereka. Beberapa
orang tetamu yang hadir sudah mengambil tempat duduk di kerusi-kerusi yang
telah disediakan di bawah khemah.
Telefon bimbit ku berdering.
Diskrin kecil telefon tertera nama Dida.
“Hallo
Dida, you di mana ni?”.
“I’m on my way, puan Sara. Sorry terlambat sikit”.
“Ok
tak apa, drive carefully” pesan ku pada Dida sebelum talian
dimatikan.
Dino
kelihatan tampan dengan memakai baju-t berkolar warna terang. Dia kelihatan bergaya dengan cermin mata
gelap berjenama Rayban. Dino datang
menghampiriku dan melabuhkan punggung di kerusi di sebelahku.
“Hai
Sara, dah lama datang ke?” tegurnya.
“Dah
lama dah, tengoklah muka I ni, mekap pun dah nak cair. Panas pulak cuaca hari ni,
berpeluh-peluh. Pukul berapalah pulak
Dato ni nak sampai, kang dia nak bagi speech
lagi, hish…” aku merungut.
“Tu
ha! Dato dah datang” Dino menunjuk
dengan muncungnya.
Aku
segera bangkit dari tempat duduk diikuti oleh Dino. Kami duduk hampir dengan Dato’. MC yang bertugas menjalankan kerjanya memberi
ucapan selamat datang dan seterusnya meminta Dato’ memberikan ucapan kata-kata
aluan. Selesai ucapan semua
tetamu-tetamu yang hadir diberi jamuan ringan.
Tetamu-tetamu yang hadir terdiri dari ahli-ahli korporat sehinggalah ke
peniaga-peniaga kecil yang berhajat untuk memiliki rumah kedai yang telah pun
dibuka untuk jualan. Sambutannya agak
menggalakkan. Semua staf-staf ku termasuk
Dida yang datang sedikit lambat bertungkus lumus menjalankan kerja
masing-masing tanpa diarah. Penjualan
rumah kedai yang telah dilancarkan hari ini berjalan dengan jayanya. Selesai jamuan Dato’ datang menghampiri aku
dan Dino yang sedang makan.
“Dato’
tak makan ke?” sapa ku.
“Dah.
I dah makan. Ramai juga tetamu yang
datang ya Sara”.
“We have sent flyers to all our existing purchasers dan di kawasan perumahan yang
dekat sini” jelasku.
“Oh!
bagus,bagus. Nampaknya baru saja launching hari ni, sudah sepuluh lot
terjual” puji Dato’ dengan gembira.
“Oklah
Sara, Dino, I ada kenduri nak attend
ni, see you all on Monday ok. Sara, keep
up with your good work” Dato’ pun
berlalu sebaik sahaja berjabat tangan dengan kami.
“Dato’
nampak gembira” ujar Dino sambil mengunyah.
Aku tersenyum puas.
“Nasib
baik, kalau tidak, tau nak bambu orang saja.
Nanti bila meeting siaplah,
asyik memuji you” bisik Dino.
“Biasalah
tu Dino, kalau you ada kat tempat dia, entah-entah lagi over kot” balas ku.
“Dino
you datang sorang je ke?” aku menukar
topik.
“A’ah,
kenapa, you heran ke tengok I datang sorang-sorang. Selama ni you pernah nampak I berdua ke?”
marah Dino.
“Tak
adalah. Sorang saja ke mana-mana tak
boring ke?” usikku.
“Biasa
aje. You pun datang sorang je,
kenapa? Cik abang you mana?”. Gelihati pula aku melihat gelagat Dino
begitu.
“Husband
I datang nak buat apa? Kalau ikut kena tunggu lama, boring pulak dia nanti”
jawabku.
“Ha!
tau tak apa” Dino menjeling tajam ke arah ku.
“Oklah
Dino, I nak baliklah, dah pukul 3 dah ni”.
“You
nak pergi mana lepas ni? Jom kita pergi tengok wayang nak?” cadang Dino. “Ha apa? Cakap lagi sekali”.
“Tengok
wayang” ulang Dino.
“You
ajak I ke?” Dino mengangguk bersahaja.
“Cik
abang I yang kat rumah tu I nak letak kat mana?” soal ku dengan mencekak
pinggang.
“Oppss,
terlupalah pulak, sorrylah..” kata Dino
dengan ketawa.
Pura-pura
terlupa pulak dia. Staf-staf ku turut
beredar bila melihat aku dan Dino masuk ke kereta masing-masing dan memandu
keluar dari kawasan itu. Aku mahu segera
pulang. Rasa letih benar. Perkara pertama yang akan aku lakukan bila
sampai ke rumah ialah mencari bantal.
Tatkala
aku sedang memandu, tiba-tiba ada bunyi mesej masuk ke telefon bimbit. Telefon bimbit yang ku letakkan di dash board ku capai dengan tangan kiri
sambil tangan kanan memegang stering kereta. Mesej dari Dino rupanya. Apalah pulak yang dia mahu ni, getus ku di dalam
hati. Kotak mesej ku buka. Sambil memandu sempat juga aku membaca mesej
yang dihantar oleh Dino itu.
“Love is nothing to do with what you are
expecting to get, it’s what you are expected to give – which is everything”,
apa hal pulak Dino hantar mesej ni kat
aku? Salah hantar ke? aku berteka teki. Setelah habis ku baca mesej itu, aku terus
memadamnya dari kotak mesej. Aku bimbang
kalau-kalau Azry terbaca mesej itu, pasti salah sangka dia terhadap Dino
semakin menebal.
Hari yang dinanti dengan
penuh debaran tiba jua. Kenduri
pertunangan diantara kak Rina dan Hakim kekasih lamanya yang telah kembali
semula setelah beberapa lama terputus hubungan berlangsung dengan meriah. Kak Rina kelihatan manis sekali dengan wajah
yang berseri-seri. Senyuman tidak lekang
dari bibirnya. Kak Rina duduk bersimpuh
di atas kusyen yang dihiasi kain baldu biru bertekad emas. Wajahnya bertambah ayu dengan memakai
sepasang baju kurung moden berwarna pink dan selendang warna senada. Barang-barang hantaran yang telah cantik
digubah telah siap disusun berderet di hadapan kak Rina. Hantaran-hantaran berwarna silver, 13 dulang kesemuanya. Rombongan pengantin lelaki sudah duduk di
ruang tamu bersama barang-barang hantaran 11 dulang berwarnakan emas dari pihak
mereka. Hakim juga ada bersama-sama rombongan pihaknya. Zaman moden sekarang, calon pengantin lelaki turut
ada bersama mendengar kedua-dua belah pihak berbincang tanpa segan dan
malu. Di zaman dulu, bakal tunang hanya
tinggal di rumah sementara menantikan rombongan yang pergi meminang pulang
dengan membawa berita. Dengan cara
begitu mungkin lebih teruja.
Setelah
kata sepakat dicapai, cincin emas bertahkta batu berlian pun di sarung ke jari
manis kak Rina oleh ibu Hakim. Kemudian
rombongan itu berserta tetamu-tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu
selera. Segala-galanya selesai dalam
suasana yang sederhana tetapi meriah.
Papa dan mama kelihatan gembira kerana satu-satunya anak perempuan
mereka telah selamat ditunangkan. Sudah
tentu mereka tidak lagi perlu risau atau susah hati dengan keadaan kak Rina
yang membujang walaupun usianya telah menjangkau 30 tahun. Kini kak Rina sudah punya seseorang yang akan
membuatkan kak Rina gembira dan betah tinggal di Malaysia , itulah doa kami sekeluarga
buat kak Rina.
No comments:
Post a Comment