Pagi itu aku
agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat.
Semua repot-repot harus diperiksa dan disiapkan sebelum mesyuarat
esok. Fikiran semakin buntu dengan
tugas-tugas harian yang tidak pernah akan habis. Aku mencapai telefon bimbit. Aku teringat tentang mesej yang dihantar oleh
Dino kelmarin masih belum berbalas. Dia
pula tidak kelihatan di mana-mana.
Mungkin dia bercuti atau cuti sakit?
Aku pun mula menekan-nekan butang untuk menyusun ayat-ayat, “You don’t love a woman because she is
beautiful, but she is beautiful because you love her”. Sejurus habis ayat-ayat itu ku susun dan ku
hantar, ada panggilan dari telefon bimbitku.
Di skrin kecil itu tertera nama Dino.
“Hallo
Dino, you kat mana ni? Ponteng ke?”.
“I
kat rumahlah, I demam ni” tutur Dino lemah.
“Itulah,
kalau ada makwekan senang, ada orang yang boleh rawat, boleh masakkan untuk
you, ha sekarang tanggunglah sendiri”.
“Apa
nak buat, buah hati kekasih orang”.
“Ha,
apa? buah hati kekasih orang? So
maknanya dah ada buah hatilah sekarang ni? Tak pernah cerita pun”.
“Malas
nak cerita sebab dia dah jadi kekasih orang lain”.
“You
pun satu, dah tau orang tu dah ada kekasih, nak buat apa lagi you
harapkan”.
“Susahlah
nak cakap, hati dah suka pada kekasih orang, nak buat macamana?”.
“Bunga
bukan sekuntum Dino”.
“Sebab
banyak kuntum itulah yang I terpikat kat sekuntum tu, you tak fahamlah”, Dino
bersuara agak tinggi.
“Oklah,
I banyak kerja nak buat ni, ada apa-apa ke you call I ni?”.
“Tak
ada, bila terima mesej you tadi, tiba-tiba rindu pulak nak dengar suara orang
tu.” ujar Dino tanpa berselindung. Apa maksud Dino itu?
“Apa
pulak rindu-rindu ni?”.
“Main-main
jelah, tak boleh ke? Oklah Sara sorry menggangu, esok I datang kerja, nanti
kita jumpa ye. Bye”. Talian pun diputuskan.
Kenapalah
dengan Dino tu? Buah hati kekasih orang
yang dia maksudkan itu adakah aku? Lain
macam saja bunyinya.
Petang itu, selepas
keluar dari bilik mesyuarat Maria memberitahu ada panggilan untuk ku di talian. Gagang telefon ku angkat sebaik aku menghempaskan
punggung di atas kerusi empok di dalam bilik pejabatku.
“Hallo..”
senyap sunyi tiada jawapan.
“Hallo..”
ku ulang sekali lagi.
“Hallo”
satu suara garau membalas.
“Ya,
siapa disana?”.
“Itu
Maisara?” suara itu seperti pernah ku kenali tetapi tidak pasti siapakah
gerangannya.
“Ya,
siapa tu?” tanya ku dengan hati penuh debaran.
“Tak
kenal lagi dengan suara I?” tanya suara itu lagi.
“Err..
siapa?” pertanyaan yang diaju semula dengan soalan.
Suara
itu sungguh-sungguh mendebarkan dadaku. Lama
aku cuba mengingatkan dan akhirnya aku sudah dapat meneka siapa gerangan sipemanggil. Nafas ku terasa sesak. Jantung berdegup begitu kencang sekali.
“Sara,
you tak kenal I?” dia bersuara lagi. Aku
terdiam. Lidah ku terasa kelu untuk mengeluarkan kata-kata.
“Sara,
I menganggu ke?”.
“Tak,
er..Irfan..” suara ku tersekat-sekat
menahan gugup.
“Ya,
I Irfan, you terkejut ke dengar suara I?
Lama tak dengar suara you. You
macam dulu jugak tak berubah” bisik
Irfan.
“I
memang tak pernah berubah dari dulu” aku menguatkan semangat untuk menyusun
ayat-ayat supaya tidak ketara debaran yang ku tanggung ketika itu.
“You
apa khabar?” tanya Irfan.
“Baik,
how about you?” di dalam hati aku
tertanya-tanya darimana pula dia mendapatkan nombor pejabat ku.
“I
ok. Dah berapa lama you kerja di situ?”.
“Dah
3 tahun” sepatah ditanya sepatah yang ku
jawab. Aku tergamam.
“I
dapat tahu yang you dah kahwin? Tak jemput pun”.
“Ya,
I dah kahwin, dah setahun. Nak jemput
macammana? Alamat pun tak tau kat mana? Telefon pun tak nak jawab” aku cuba memberanikan diri.
“Sorry,
sebab tak sempat nak bagitau you. Lepas
you pergi dari I dulu, I minta pindah ke Terengganu. I pergi bawa hati dan nak cuba belajar
lupakan segala-galanya apa yang dah berlaku antara kita” Irfan berterus terang. Aku membatu cuba menahan sebak di dada.
“Siapa
suami you Sara? Itu pun kalau you tak keberatan nak bagitau”.
“You
tak kenal dia, dan untuk pengetahuan you dia adalah pilihan kedua ibu dan ayah
I”.
“You
bahagia?” tanyanya lagi.
Kau
tanya aku bahagia ke tak? Kalau aku tak
bahagia pun kau peduli apa? Apa kena
mengena kau dengan aku? Soalan soalan itu bersilih ganti menerkam mindaku. Aku hanya diam, tiada jawapan bagi soalan
itu.
“Sara,
sorrylah ganggu you, lain kali I telefon lagi ya”.
“Ok”
aku membalas pendek. Gagang telefon
diletakkan semula di tempatnya. Aku
menangis semahu hati. Sedu dan sedan tidak dapat ditahan-tahan. Hatiku rawan.
Wajah Irfan terus
bermain-main dibayangan biarpun Azry yang berada di depan mata. Kenapa kau datang dalam hidup ku dengan
tiba-tiba? Mengapa kau datang sewaktu
aku sudah berdua? Aduhai Irfan tidakkah kau tahu kedatangan kau semula di dalam
hidupku membuatkan aku menjadi keliru.
Luka lama yang mulai sembuh terasa berdarah kembali. Sakitnya dadaku menanggung sebak.
“Sara”
suara Azry memanggil. Aku terkejut dari
lamunan.
“Ada apa bang” jawabku cuba menyembunyikan perasaan.
“Sara
nampak murung, kenapa?” soal Azry dengan
wajah berkerut.
“Banyak
sangat kerja kat ofis tu, tengah fikir macamana nak selesaikan problem supaya
kerja-kerja semua beres dengan sempurna” aku berdalih.
“Jangan
bebankan otak tu dengan fikir banyak pasal kerja. Fikir pasal kerja di ofis saja, balik rumah
tolak semuanya ke tepi” aku cuba memberi perhatian dengan setiap ayat yang
dilontarkan.
“Abang
dah dapat cari rumah idaman Sara, abang ada rancangan untuk beli rumah itu dari
owner lama. Owner
tu nak jual rumah tu sebab mereka nak berpindah ke Kelantan”.
“Betul
ke bang?” hati ku berbunga.
“Esok
kita pergi tengok dulu ya bang rumah tu”
cadangku. Ada senyuman yang
terukir di bibirnya.
Hari itu cuti umum, Azry
membawa aku ke rumah yang disebutkan tadi malam. Memang lokasi rumah itu sangat strategik. Ketika kami sampai, tuan rumah masih belum
kelihatan lagi kelibatnya. Kami duduk
berteduh di bawah sepohon pokok rendang berhampiran taman permainan
kanak-kanak. Angin yang bertiup
menderu-deru terasa nyaman hingga ke tulang.
Azry menghisap rokok dengan begitu bersungguh-sungguh. Asap berketul-ketul keluar dari mulut dan
hidungnya bila dihembus dan mengikut haluan angin yang meniup. Setelah beberapa minit menunggu, dari
kejauhan aku dapat melihat ada sepasang suami isteri dalam pertengahan umur
datang menghampiri kami, aku dapat meneka bahawa mereka itulah tuan punya rumah
yang Azry maksudkan. Tekaan ku tepat
apabila aku melihat mereka datang dan menghulurkan tangan kepada aku dan Azry
untuk berjabat salam. Setelah memperkenalkan
diri, mereka membawa kami menuju ke pintu lif.
Sebaik pintu lif terbuka kami memberi laluan kepada dua orang lelaki
yang mahu keluar dan kami terus masuk ke perut lif. Butang enam ditekan. Selang tiga pintu dari pintu lif adalah rumah
yang dikatakan itu. Tuan rumah membuka
gril dan daun pintu dengan menggunakan anak kunci yang diambil dari dalam bag
yang digalas. Si isteri ramah bercerita
itu dan ini dalam loghat Kelantan.
Memang aku berkenan dengan keadaan rumah itu. Ianya luas dan pemandangan keluar tingkap
juga cantik. Aku bersetuju untuk
memiliki rumah itu. Tidak sabar rasanya
untuk berpindah ke rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment