Biasanya hari isnin adalah
hari ‘moody’. Kemalasan yang melanda tidak mengira siapa
termasuk aku. Mentelahan pula hari ini aku bertolak ke pejabat dari
rumah kedua orang tua ku. Berat rasanya
hati untuk pergi meninggalkan mereka setelah dua hari aku luangkan waktu
bersama mereka. Aku berharap akan ada
lagi peluang untuk bersama seperti kelmarin.
Ibu membekalkan beberapa keping sandwich yang diletakkan di dalam bekas
plastik. Teringat sewaktu aku masih anak
dara dulu, ibu rajin menyediakan bekalan untuk aku bawa ke pejabat sehingga aku
tidak perlu keluar makan di waktu tengahari.
Begitu tersentuh hati kecil ini dengan bekalan yang ibu hulurkan kepada
aku tadi pagi. Aku memeluk ibu erat
sebelum memohon diri untuk ke pejabat.
Pagi
ini jam 11 aku perlu menghadiri mesyuarat pengurusan syarikat. Biasanya mesyuarat ini diadakan dua kali
dalam masa sebulan. Untuk mesyuarat
pengurusan ini, sebagai pengurus untuk jabatan ku, aku harus membentangkan lapuran-lapuran
jualan termasuklah jumlah harga keseluruhan jualan dan koleksi yang bakal
syarikat perolehi dari jualan-jualan itu.
Aku juga perlu mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi bagi pihak
pembeli dan memberi cadangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu bagi
pihak jabatan ku pula dan juga beberapa perkara lain yang berbangkit. Nasib ku begitu baik kerana mempunyai
kakitangan yang sangat berwibawa dan boleh membuat kerja tanpa menunggu arahan. Sebelum mesyuarat bermula, Dida sudah
menyediakan fail minit mesyuarat dan beberapa dokumen untuk ku bawa bersama di dalam
mesyuarat itu. Aku ke tingkat enam
kerana mesyuarat pengurusan itu diadakan di bilik mesyuarat di pejabat
Dato’. Kelihatan Dino, Zali dan beberapa
peguam-peguam yang terbabit dengan projek kami ada di ruang lobi di luar bilik
mesyuarat sementara menunggu Dato’ tiba.
“Kenapa
duduk di luar? Jom lah masuk ke meeting room” ujar ku.
Daun
pintu bilik mesyuarat dibuka dan semua yang terlibat melangkah masuk. Mesyuarat akan dipengurusikan oleh Dato’ Badrul. Dino kelihatan duduk selang satu kerusi dari tempat
ku. Aku tidak dapat melihat dia seperti
selalu kerana biasanya dia akan memilih tempat berhadapan dengan tempat aku
duduk. Dia seperti mahu menjauhkan diri
dariku, mungkin dia berasa jauh hati dengan ku kerana sejak peristiwa di tempat
letak kereta minggu lepas aku seperti seolah-olah cuba larikan diri darinya. Sesekali aku mengerling ke arahnya di sana,
wajahnya kelihatan selamba seperti pura-pura tidak perasankan kewujudan aku di situ. Mesyuarat bermula sebaik Dato’ Badrul masuk
dan duduk di kerusi khasnya dan mesyuarat terus berjalan seperti lancar.
Kemungkinan besar Azry terpaksa berada di JB sehingga beberapa hari
lagi, katanya semasa menghubungi aku melalui telefon siang tadi. Banyak tugas yang harus diselenggarakan
tetapi dia berjanji akan menghubungi ku lagi nanti. Aku tidak mahu terlalu mendera fikiran ku
sendiri dan aku tidak mahu melayan perasaan yang berbolak balik yang menerpa
tangkai hati. Aku perlu berfikiran
positif. Azry ke sana atas urusan kerja
dan bukan melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dan aku tidak perlu menyiasat dengan
menghubungi pejabatnya untuk mengetahui adakah benar dia ke JB atas urusan
kerja atau sebaliknya. Aku rasa
benar-benar berdosa kerana mulai curiga terhadapnya.
Petang
ini aku tidak ada ‘mode’ untuk membelek semua kertas-kertas kerja yang
berselerak di atas meja kerja ku. Aku bingung,
fikiran ku kusut. Emosi ku terganggu. Semakin
banyak aku memikir semakin merungsingkan kepala otak ku yang telah sedia
berserabut ini. Lalu aku melangkah
keluar dengan telefon bimbit di tangan.
Aku terus menaiki anak tangga ke tingkat satu.
“Hai
Mimi” teguran ku disambut dengan senyum lebar.
“Kau
cari aku ke cari Dino?” tanya Mimi yang memakai baju kurung merah jambu.
“Aku
datang sini cari kaulah, siapa lagi?”.
“Iya
ke? Macam tak percaya je” usik
Mimi. Aku memerhatikannya dengan seulas
senyuman.
“Aku
ada hal nak discuss dengan Dino pasal
meeting tadi. Kau ingat aku nak borak-borak kosong je ke?”
sindirku.
“Hai,
manalah aku tau. Kot kot nak meluahkan
masalah yang membendung di hati ke?” teka Mimi.
“Kau
ni mengarut jelah. Dahlah, pergi buat
kerja kau, kang aku repot kat Encik Zali kau tu nanti, baru padan muka” aku ketawa apabila melihat Mimi ketawa lalu
pergi meninggalkannya dengan ketawa yang masih bersisa.
Pintu bilik pejabat Dino yang
bertutup ku ketuk. Dan aku terus menolak
daun pintu dan mengintai ke dalam. Salam
yang diberi berjawab.
“Boleh
saya masuk?”.
“Masuklah,
pintu tak berkunci. Mimpi apa ni?” jawab
Dino sambil bersandar di kerusinya.
Wajah Dino kelihatan manis dengan senyuman.
“Hai,
datang ke bilik pejabat you ni kena ada mimpi ke baru boleh datang?” perliku
lalu duduk di depannya.
“Patutnya
tadi you interkom I bagitau yang you nak datang ke ofis I ni, boleh I siapkan
karpet merah dengan beras kunyit sekali” usikan Dino buat hati ini sedikit
terhibur.
“Buat
apa?” tanyaku. Aku memandang wajah
lelaki itu yang tidak kurang kacaknya.
Wajahnya dihiasi sedikit kumis yang dijaga rapi.
“Sambut
you datanglah” ada riak gembira di air mukanya.
“Ada-ada
je you ni” suasana sunyi sebentar.
“Kenapa
dengan you ni, sejak menjak ni I tengok macam nak lari je dari I, you marah I ya?” Dino tergamam dengan pertanyaan ku.
“I
marah you? Mana pernah I marahkan
you. Tak ada sebab nak marah. Tak tau lah
I kalau you pulak yang marah kat I sebab insiden di basement kelmarin” terang
Dino.
“Kan
I dah maafkan you pasal hari tu.. so janganlah nak ungkit-ungkit lagi pasal tu,
ok?” ujarku.
“I
ingatkan you merajuk dengan I. Bila I
tanya sepatah, sepatah you jawab, macam tak suka je nak bercakap-cakap dengan
I” wajah Dino berubah.
“Tak
adalah, I ok je” aku cuba sembunyikan
perasaan yang gundah.
“Hubby
you mesti tak ada kat sini kan sekarang ni?” Dino cuba meneka.
“A’ah,
dia ke JB seminggu. Hari jumaat nanti
baru balik. Tapi I dah biasalah kalau
hubby I tak ada. Dia memang selalu outstation”.
“You
tak risau ke, bila dia selalu pergi outstation tu?” Dino seakan mendugaku.
“Nak
risau apa pulak? Dia pergi kerja bukan
pergi melancung makan angin”.
“Manalah
tau, asyik pergi outstation je,
tau-tau dah ada branch kat tempat
lain”, usik Dino lagi.
“Branch tempat lain? Memang company
dia ada banyak branch kat tempat lain,
sebab tu dia kena pergi sana sini” jawabku selamba tetapi jauh di sudut hati
hanya Allah yang mengetahui. Tetapi aku
pura-pura tidak mengerti.
“Bukan
branch yang itu, maksud I branch yang lagi satu tu”, Dino cuba
berseloroh.
“Oh
maksud you rumah lainlah ni ek?” Dino mengangguk dengan senyuman mengusik.
“Tak
apalah, lelakikan boleh kahwin empat” aku pula cuba provok.
“Memanglah
lelaki boleh kahwin empat, tapi you tu boleh terima ke? Jangan kata kahwin entah-entah baru tahu ada
skandal je pun dah nak mengamuk sakan” Dino ketawa, suka betul dia menyakat aku
begitu.
“Kalau
dia boleh ada skandal, I pun boleh ada skandal jugak” Dino terdiam dan
tercengang.
“Biar
betul you ni, ada beranikah?”.
“Tak
adalah, I saja je cakap macam tu, you ni ingat I ni dah tak waras ke?” aku cuba menyangkal. Dino terus ketawa menampakkan kekacakkan wajah
seorang lelaki pujaan wanita Malaya.
“You
ni suka buat lawaklah Sara, itu yang I suka berborak dengan you ni. Hati gundah pun boleh jadi terhibur” ketawanya
masih bersisa.
“Hati
you gundah? Biar betul Dino, macam tak
percaya je.. I tengok you tu selalu happy jer…”.
“Itulah
you tak tau, orang nampak zahirnya saja ketawa tapi di dalam hati menangis
orang tak tau..” luah Dino sinis.
“Makanya
Encik Dino, berterus teranglah jangan suka simpan di dalam hati akibatnya makan
hati, kalau makan hati boleh cepat mati tau” usikku sambil terus ketawa lalu
beredar dari situ tanpa memandang ke belakang.
Aku menerima panggilan dari Irfan
lagi buat kesekian kalinya. Aku merasa
begitu gembira. Adakah itu menandakan
Irfan selalu mengingati aku? Ahh, sehingga ke situ pula fikiran ku
melayang.
“Busy ke hari ni?” suara Irfan masih
seperti dulu.
“Adalah
sikit-sikit kerja yang kena dibereskan.
Awak call dari mana ni?”.
“Dari
mana lagi? Ofislah. Tapi lepas ni nak keluar ada appointment. Oh ya! Esok I ada meeting somewhere dekat office you tu, so I ingat since ada area sana nak ajak you lunch, boleh tak? Itu
pun kalau you tak keberatanlah” hatiku
berdebar-debar dengan tiba-tiba. Aku
tersentak disaat itu. Berjumpa? Aku
tidak pernah berharap sejauh itu.
“Hallo! Sara, are you still there?” tanya
Irfan memecah kesunyian itu.
“Ya,
I masih di sini. Emm.. OK lah. Pukul berapa tu?” tanya ku gugup. Betulkah apa yang aku lakukan ini? Oh..aku
seperti tidak percaya.
“Meeting tu pukul 10 pagi. Habis pun mungkin dalam pukul 11.30 kot, so
kita jumpa dalam pukul 12? Is it
fine? I’m not forcing you. Up to you, kalau tak boleh tak apa” suara Irfan mengendur.
“Boleh, no problem” cepat saja ayat-ayat itu
terhambur keluar dari mulutku.
“So,
I tunggu you di mana?”.
Persetujuan
ku membuat Irfan gembira, jelas kedengaran dari tona suaranya. “Bangunan ofis you yang tinggi tu kan? Bangunan Mercu Jaya, kan?”.
“Pandai
you teka” puji ku.
“You
tunggu di depan bangunan tu je, boleh?”
cadang Irfan.
“You
nak ambil I dan kita pergi makan tempat lain?”.
“Kalau
di luar boleh? Kalau tak boleh, tak
apalah , dekat ofis you pun ok”.
“I
rasa dekat sini jelah, ye” cadang ku.
“Ok,
no problem. I tak kisah mana-mana pun boleh, asalkan you
setuju”.
Kami terdiam
sebentar.
“Lama
kita tak jumpa ya Sara. Macamanalah
agaknya nanti?”.
“Macamana apa pulak?” hembusan nafas Irfan jelas kedengaran.
“Entahlah,
rasanya masa dan jarak waktu yang memisahkan kita terlalu lama.
Berdebar-debar
jugak nak berhadapan dengan you nanti” luah Irfan.
Engkau
berdebar Irfan? Aku apatah lagi. Jangan kau tanya perasaan aku bagaimana. Sudah tentu debaran ku melebihi apa yang kau
rasa. Ahh! Kita tunggu saja, bagaimana
esok nanti disaat pertemuan dua mata, dua hati dan dua jiwa yang dulu pernah
menjadi satu tetapi kini…. terasing.
No comments:
Post a Comment