Kebahagiaan adalah adil di dalam kehidupan walaupun pada diri sendiri.
Kalau jasmani diberi makan,
rohani juga harus demikian,
iaitu dengan ilmu pengetahuan,
Kalau jasmani diberi pakaian,
rohani juga demikian,
iaitu dengan budi.
Kalau jasmani diberi latihan,
rohani juga harus demikian
iaitu dengan kesucian
Kalau jasmani diubati,
rohani juga demikian,
iaitu dengan takwa kepada ALLAH...
Monday, November 16, 2009
Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.