Pejam celik pejam celik, tanpa sedar kita sudah hampir kepenghujung tahun 2016. Seakan baru minggu lepas kita menyambut tahun baru. Subhanallah.. waktu semakin pantas berlalu. Hanya tinggal lebih kurang 3 minggu lagi tahun baru 2017 akan menjelang. Mudah2an di tahun baru nanti, perjalanan hidup kita semua bertambah baik dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Aamiin.
Tahun 2016 berlalu tanpa karya baru. Dan hingga ke hari ini, aku masih belum mula menulis. Ilham seperti sudah ke laut perginya. Mood untuk berkarya juga seperti sudah terbang dibawa angin lalu. Mudah2an semangat dan ilham akan menggebu2 setelah melangkah ke tahun baru.
InsyaAllah, aku berazam tahun baru mahu terbitkan sebuah karya baharu. Mudah2an berhasil dan Allah permudahkan. Senyum lebar sampai ke telinga.. hehehe.. harap2 azam jgn hanya tinggal azam saja. Doakan aku ya sahabat2. Oklah. Mata pun dah kelat. Jam sudah hampir pukul 12 tengah malam. Sebelum aku akhiri coretan kali ini, aku tinggalkan dgn serangkap pantun.
Bulan di langit bersinar terang..
Bintang berkelip cahaya terserlah..
Selamat malam utk yg tersayang..
Semoga mimpi yg indah2..
Bintang berkelip cahaya terserlah..
Selamat malam utk yg tersayang..
Semoga mimpi yg indah2..