Thursday, February 20, 2014

APA BAGUSNYA MENYEBUT JENAMA DALAM TULISAN?

Ada penulis yang tidak mahu menyebut jenama dalam karya mereka kerana berasakan cara itu akan mempromosi produk yang disebut. Contohnya, jika watak hero dan heroin menjamah burger di sebuah restoran, penulis tidak menyebut jenama McDonald’s kerana tidak mahu mempromosi jenama itu.

Jika dilihat daripada sudut begitu, pendirian penulis itu ada betulnya. Buat apa kita beri promosi percuma kepada mana-mana syarikat? Tetapi, kita harus mempertimbangkan pula, jika kita gunakan jenama itu, apakah ia akan menguntungkan atau merugikan karya kita?

Sebenarnya, penggunaan apa jua jenama memanglah akan menguntungkan syarikat berkenaan. Mereka dapat promosi percuma. Tetapi, kita pun dapat meningkatkan rasa authentic(seperti betul-betul) watak, dan latar tempat novel kita.

Jika kita gunakan watak hero yang hensem dan kaya, adalah lebih meyakinkan jika si hero memandu Mercedes Benz E-Class, berkacamata Cocoons, berpakaian baju-T jenama Polo, berseluar Strhobby, jam tangannya jenama Tag Heuer dan berkasut Hogan. Memasukkan jenama-jenama ini sudah cukup menggambarkan seorang hero yang bergaya dan kaya.

Ia memberi imej seorang hero yang ada kelas. Dan yang penting juga, ia menggambarkan yang kita sebagai penulis ada buat research untuk watak kita. 

Dalam pada itu, adalah tidak molek andainya kita gunakan sesuatu jenama yang dikaitkan dengan imej yang buruk. Contohnya, jika kita hendak buat kisah seorang pegawai bank yang rasuah, kita tidak boleh guna nama Maybank sebagai tempat watak itu bertugas.

Walaupun ia authentic, ia juga memberi imej yang buruk kepada bank itu. Kalau pihak bank tahu, kita harus bersiap-siap pasang peguam!


Credit kpd : www.facebook.com/Wayang Minda 

 .

Tuesday, February 11, 2014

KARNIVAL KARANGKRAF 7 - 9 FEBUARI 2014



Karnival Karangkraf telah berlangsung selama 3 hari berturut2 bermula pada hari Jumaat hingga Ahad lepas. Sayangnya saya tidak dapat turut sama menyertai rakan2 novelis untuk sama2 mempromosikan novel2 yg dijual kerana ada hal peribadi yang tidak dapat dielakkan. Harapan saya, moga2 saya akan dapat sama2 meng 'havoc' kan suasana di PBAKL nanti.. InsyaAllah...

.

Followers